January 31, 2011

my besties wedding : Sazlin & hubby


congrats to Kak Lynn & Farhad. 
I am happy for you.. 
just remember, wedding is all about sharing.
patience and love is the recipe. 
SELAMAT PENGANTIN BARU!

January 30, 2011

bila kaki gatal nak berjalan

minggu lepas dan minggu depan adalah sangat menyeronokkan. semuanya kerana masa weekend untuk berjalan. yeah~ oops. tapi bukan di oversea pun. hanya di 'Malaysia Truly Asia' sahaja. =)

minggu lepas kami di PD dan kami stay di Glory Beach Resort. waktu malam macam biasa mesti ada sesi BBQ. sedap pulak makan gelap gelap. heh~

dan, minggu depan aku dan family-in-law akan ke Janda Baik Pahang sebab ada Family Day. mesti ada banyaaaak hadiah akan dapat sebab ada sukaneka pagi. hehehe..  dan kami akan stay di Wadi Samrah Resort. yeay yeay~dan of coz ada sesi BBQ lagi. =)

sebenarnya aku nak cerita pasal link link di internet yang akan aku guna untuk me-riki tempat tempat menarik sebelum sibuk nak berjalan. selalunya aku akan me-riki hotel dan baca lah all the reviews about the hotel atau resort sebelum confirmkan untuk menginap.

kalau jalan jalan dalam Malaysia, aku mesti akan klik di journeymalaysia : http://www.journeymalaysia.com/ 


kalau nak ke over the sea aku akan klik di tripadvisor : http://www.tripadvisor.com/


bagi aku, dua dua link ini sangat membantu aku. contoh, sekarang ni, aku sedang me-riki pasal Hard Rock Hotel Penang. instead of aku bukak website Hard Rock Hotel, aku juga rajinlah membaca review (lebih kepada pujian dan kutukan) pasal hotel tu kat tripadvisor. dulu, sebelum trip ke Krabi & Bali, tripadvisor jugalah tempat aku mengorek info.

mode : berangan =P


January 21, 2011

sungguh hemat-nya saya *wink *wink

aku memang dari dulu sangat suka menghabiskan duit di internet. kata orang moden sekarang, i love online shopping. tapi tak pernah pulak sebelum sebelum ini nak meng-hapdetkan dalam blog ni.

sebab hari ini rajin, plus ada baaaaaaaanyaaaaaaaaaaak masa kat opis, aku dengan senang hati mahulah meng-announcekan barangan yang aku beli di internet. of courselah barang si kecittonet aku tu...

tadaaaaaaaaaa...


erk alamak! rupa bentuk barang nya lupa nak snap. sowwiii~ halah, headband untuk damia alani. plus complimentary gift (oops.. its not supplementary hokkay. heh~) dari si owner yang baik hati tu. TQ TQ! lepas ni ai order alice band pulak eh..



dan untuk menambahkan rasa kebaik-hatian (maaf dewan bahasa, saya mempermainkan anda) owner bribbons  itu telah menderma RM1 dari setiap pembelian. bagus bagus. hati murni suci bersih gitu... ai like~ barulah dikatakan membeli secara berhemat..

oh oh di facebook pun boleh jumpa mereka di sini : klik! klik!


January 17, 2011

birthday dinner @ Marche Restaurant

prounounced : mar-shay...

di blog aku ni, tak pernah aku cerita pasal my besties rasanya kan. dipendekkan cerita, my besties nih aku rapat sejak dari sekolah menengah lagi. officially masa form three, sebab dah satu dorm. masa form one belum rapat sebab dorm diorg semua kat asrama tingkat tengah dan aku sorang tercampak kat tingkat atas. pastu bila naik form two, macam tengah tahun dah mula rapat coz dorm sebelah sebelah. dan tmpt study kat dewan makan (huh, dewan makan kah tmpt study aku dulu?) pun sebelah sebelah.. sejak itulah aku mula rapat hinggalah ke hari ni. walaupun aku dah kahwin dan sibuk dgn anak, tapi if ada event (mostly makan makan dan lepak lepak) aku akan cuba sedaya upaya untuk attend. diorang semua aku dah anggap macam adek beradek dah. sayang korang~

berbalik cerita pasal marche, (aku nih selalu keluar tajuk, kan. pang~) kitorang sampai dalam pukul 8.45 malam. so sesampai sahaja, borak kejap dan terus round satu pusingan di Market Marche tu. agak 'jakun' kejap. tapi disebabkan dah awal awal meriki apa makanan sedap di Marche nih, kitorang order Rosti with beef bacon. ok juga. sedap.

rosti with beef bacon

borak punya borak. makan punya makan. dah pukul 11 malam dan damia pun merengek nak tido. so, kitorang pun mintak izin berangkat pulang. to anyah, happy birthday sis.. semoga berbahagia di samping keluarga tersayang. 

 luv u all!

anyway, kepala nih sangat serabut dan tensi sungguh. ujian sangat hebat melanda diriku.. =(

January 11, 2011

KLCC dan SJMC

jumaat yang lepas, aku half day sebab nak kena gi SDMC (dulunya adalah SJMC. sangat terbiasa panggil SJMC okay). my beloved gynae : Dr Delaila arahkan aku ambik ubat atas sebab sebab masalah wanita aku..

tapi sebab aku rajin, sebelum ke SJMC, aku telah pun menyimpang kejap ke KLCC. ngeh ngeh~ ala, dari ofis ikut lorong SMART, dah sampai KLCC dah. tak sampai 12 minit pun. dahlah time solat jumaat. memang canteklah jalan time tu.. boleh buat selalu macam gini. ngeh lagi..

sebab aku dah tahu ke arah kedai mana aku nak tuju dalam KLCC tu, aku terus lah ke butik Arzu. oopss~ tipu sunat. ada singgah jap. 4 minit di Mothercare untuk cuci mata dress damia. agak lama jugek kat Arzu sebab tudung yang aku nak tu, kaler dah out of stock. SA yang pandai menghabihkan duit aku tu tunjuk lah satu scarf. cantek... so aku rembat satu. satu je sebab mahal hokkay! dan beberapa anak tudung Arzu gak. yum yum yum~

hasil tangkapan.. puas hati den!

lepas tu terus terkejar ke parking kereta sebab takut terlambat sampai ke SJMC. kalau tak burn pulak GL untuk hari tu. langkah kaki punyalah laju tapi mata tetap liar jeling kiri kanan tengok kedai yang agak2 best. dan yess! aku nampak satu kedai cupcake. kasi tawaf kedai tu satu kali. dan itu dia.. RED VELVET CAKE! sangat menggiurkanlah. aku tapau se-slice. cukuplah untuk lunch aku hari itu. ngap!

bukan hari sabtu. so masih guna plastik

amik bau dulu..

yaa itu dia.. lunch di hari jumaat

sebab KL nih banyak traffic light.. so aku sempat makan sambil menunggu.. heh~

oraits. sampai di SJMC lagi 15 minit pukul 3. kira oraitlah. ingat senang ke orang orang macam aku nih nak ber-shopping dalam masa masa singkat.. heh~ kat SJMC sekejap sahaja sebab my gynae tak ada. jumpa dengan nurse je sebab dia dah serah awal awal prescription form tuh. next visit baru gynae bagi detail.



nasib baik tak ramai orang petang petang nih. kalau tak, berasap menunggu.

oh oh. aku ada hutang cerita pasal trip ke johor dan wedding adek aku kan. baik. baik.

January 10, 2011

kali pertama di-tag okay!


kali pertama di-tag oleh blogger - kak yana. tq kak!
hahahaaa. dah ada blog baru leh merasa di-tag cemana kan.
oraitslah. cekidaut~

5 NAMA SAMARANKU
1. Mas >> almost sapa yang kenal
2. Kak yong >> keluarga, kampung, kawan rapat sekolah rendah
3. Masjuju >> my besties. selalu alang yang panggil =)
4. Juju >> suami kesayangan, ada gak yang lain ngegada panggil..
5. Juliana >> masa formal macam interview ka..

5 TARIKH PENTING
1. 13 Disember 2008 >> tarikh nikah
2. 03 February 2010 >> tarikh lahir si kecittonet
3. 08 Oktober 1982 >> tarikh lahir suami kesayangan. waah~ jatuh ranking no. 3 dah. hehe~
4. some date in July 2011 >> tungguuuu.. Insya Allah =)
5. tarikh apa lagi ek???

5 PERKARA AKU BUAT SEMALAM
1. bangun tido kol 9 pagi.. penat seyy ronda Padang Kota malam tadi..
2. bawak Damia Alani mandi pool di Suria Apartment @ Bukit Merah Laketown
3. lunch di Restoran Asam Pedas @ Kamunting.. terbaeekkk!
4. singgah solat jamaq at the famous one, Masjid Ubudiah @ Kuala Kangsar
5. malam layan AJL 25 : tuah Anna Rafali tahun ini...

5 PERKARA BUAT ANDA GEMBIRA
1. dengar Damia Alani gelak gelak kena geletek
2. tengok Damia Alani ngecek nak mamam. nak! nak! nak!
3. dapat spent time with my little family. selalunya weekend lah.
4. dapat shopping dari pagi sampai malam. wee syiok~
5. lepas shopping makan sedap sedap macam orang kaya. hahaha~

5 SEBAB JAWAB SOALAN
1. sebab dah kena tag lah. haddoi..
2. boleh hapdet blog yang sepi nih
3. ulang alasan no 1 boleh?
4. erk.. baru no. 4 ka??
5. no other reason dah. surrender!

5 KAWAN UNTUK DITAG
3. nana awek nain : http://woahnana.blogspot.com/
4. kak yana balik boley tak? =P
5. ok. saya takda kawan blogger lain.. sapa nak kena tag angkat tangan???


January 6, 2011

kawen punya pasal

adek perempuan saya sudah pun selamat bernikah pada weekend yang lepas. tapi belumlah sempat sempat mahu update di blog yang sepi ini.. nantikan...

oh oh jangan lupa layan AJL25 ahad ini, oraits?

January 4, 2011

2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...