Makassar, Sulawesi Selatan
Ini merupakan kali ketiga kami sekeluarga cuti cuti di Kota Makassar. Alasan banyak kali datang sini sebab antara bandar yang berdekatan dengan Kotabaru. Dari Bandar Udara Gusti Shamsir Alam, Kotabaru, hanya perlu menaiki satu pesawat sahaja untuk ke Bandar Udara Antarabangsa Hasanuddin, Makassar. Anggaran masa perjalanan lebih kurang 1 jam dan tiada perbezaan waktu antara Kotabaru dan Makassar. Kota Makassar atau dikenali juga sebagai Ujung Pandang merupakan sebuah kota di bahagian Sulawesi Selatan, Indonesia. Boleh baca lebih lanjut di SINI
Tiada agenda lain, kami berliburan hujung minggu aja. Sesampai tiba di Bandara jam 6.30 petang, langit dah gelap dan dah masuk waktu Maghrib disana, kami terus menuju ke hotel kami untuk 4 hari 3 malam di Best Western Plus Makassar Beach yang kami tempah dari Agoda.com.
Beca comel. Naik berempat. Hambek! |
Tak sah kalau tak ke Pantai Losari waktu malam, sebentar singgah ke sana sebelum dinner, kami ke sana naik beca sahaja. Kebetulan depan hotel ni memang banyak standby beca, taksi, kereta sewa. Pilih aja mana suka.
Hari ke 3, masih aktiviti yang sama, ke Mall. Lunch Di McDonald di Mall Ratu Indah. Tiada yang menarik di sana, petang itu kami menuju ke TSM lagi. Sekali lagi terlihat manusia berkumpul ramai menyaksikan persembahan unik di tepi kolam TSM. Ooh.. masih artis yang sama seperti semalam, PHAWAK. Terdetik di hati untuk melihat lebih dekat muzik yang unik ini, kami anak beranak duduk bersila sambil menyaksikan persembahan solo yang asyik dan menghiburkan. Ya, ternyata memang unik muziknya. Dengan adanya bunyian merdu seruling bersama suara angin, desiran air dan omabak, terkadang kedengaran bunyi helang dan kadang kadang bertukar dengan muzik yang rancak dengan hanya menggunakan alat muzik yang kelihatan seperti kulit kulit siput dan kerang yang semuanya diikat seperti segugus anggur yang besar. Eceh.. apesal keluar ayat jiwang pulak tiba tiba. Haha.. Sempat jugak aku beli sekeping CD Phawak.
Diperkenalkan oleh pembantu Phawak yang jual CD tu, Phawak sebenarnya berasal dari Bolivia, Amerika Selatan merupakan suku kaum asli American Indian yang kini sudah pun menetap di Kota Malang, Jawa Timur. Juga dikenali sebagai Lobito yang bermaksud “serigala’ di dalam Bahasa Latin. Pulang dari hotel, aku gighkan diri meng-google background Phawak. Ternyata, Phawak cukup terkenal di seluruh Indonesia, aku kira. Ialah sebuah kumpulan yang terdiri daripada 3 pemuzik asal Bolivia iaitu Karito, Lobito dan Luis dari suku kaum Inca Maya, yang membawa muzik mereka ke tanah Indonesia. Lobito pula merupakan lead singer kumpulan. Banyak melakukan persembahan di mall-mall seluruh Indonesia dan mengadakan persembahan tetap di Jatim Park di Batu, Malang. Sambil mendengar muzik dari CD yang sempat dibeli di TSM, aku macam terpukau dan rasanya tidak hairanlah muzik Phawak menjadi kegilaan dan kesukaan rakyat Indonesia. Jika ingin tahu lebih lanjut tentang Phawak, silakan ke youtube atau cuba klik link di SINI.
Insha Allah, ada rezeki ke Makassar lagi. Air Asia ada direct flight dari Kuala Lumpur ke Makassar ya.. Baiklah, jumpa lagi. Bye!
No comments:
Post a Comment