December 30, 2010

kisah cinta khairul fahmi penjaga gol malaysia



Malaysia telah pun menang Piala Suzuki AFF 2010. yeaaayy!! cayalah team harimau muda malaya!!! disebabkan itu jugalah tetiba nama si penjaga gol Mr Khairul Fahmi yang mantap itu sangatlah famous dan paling banyak di-google. dan disebabkan kerajinan ku meng-google (akukah makcik kepoh itu??) aku telah terjumpa blog ini... blog awek si fahmi tuuu... klik : blog awek khairul fahmi goal keeper harimau malaya 

nasihat : kepada perempuan perempuan diluar sana, janganlah ganggu kebahagian bebudak nih. sian diorang..

dan kepada sesiapa yang tak heran pun pasal goal keeper terhangat di malaya ni ataupun tak kisah langsung pasal bola.... heh~ mari kita layan gambar ini....


si kecittonet saya =)


December 28, 2010

misi belum berakhir

adoiii! fenin ai tau... adek mahu kawen tapi kakak yang fenin. tu aa last minit konon nak carik barang. last last satu hapa pun tak ready lagi. banyak pulak tu. tudung time wedding... baju nak pakai time nikah... plus tudung... dress damia... pastu dengan rumah tak habis habis sepah... bilik pengantin lom hias.. aarrrghh... masa tidak mencukupi... stress! stress!

December 23, 2010

pavlova oh pavlova

p/s: kepada pemilik pemilik gambar di bawah, harap maaf ya. saya google, download dan save untuk koleksi peribadi dan siarkan di blog ini. jika anda tidak mahu gambar koleksi anda berada di blog ini, silalah email dan saya akan delete a.s.a.p. ampun~

by the way readers, saya tak tahan mahu ini.... semua..... 











soooooooooo yuuuuuuuuuummmmmmmmyyyyyyyyyyyyyyy bebeh!!!

December 22, 2010

craving for this

sangat sangatlah rasa nak makan ini...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


PAVLOVA!!!!!!


gambar cilok dari : wikipedia

December 20, 2010

pengunjungku oh~

info from : nuffnang

waah.. baru tiga hari tak meng-update blog ku ini dan cerita aku pun macam membosankan, bilangan pengunjungku menjatuh menjunam terjunam.. bosan sangatkah blog ku ini????
erk.. aku pun takdak idea nak update. kepala tengah serabai...
oh oh. nanti update pasal trip ke johorlah.. wee~



December 16, 2010

serabut

kepala aku sekarang sedang...

berserabut

pikir macam macam

berserabut

pusing pusing

berserabut

macam nak pecah pikir

kesimpulannya, aku STRESS! help~


December 15, 2010

doa

Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah, berikan petunjuk pada ku. Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang aku tidak ketahui. Ampunkan dosaku, redhailah aku wahai Tuhanku. 
Amiiin~

December 13, 2010

kisah cinta kami

alhamdulillah.. pada tarikh 13hbdis ini cukup lah 2 tahun status ku sebagai isteri.. masih lagi penuh dengan kasih sayang dan harapanku masih jauh dan segalanya hanya Allah yang menentukan....

nak 'menghangatkan' kisah cinta kami, mari letak gambar time cintan cintun masa muda mudi dulu. heh~


p/s: damia alani, adalah bukti cinta mommy dan abah. sentiasa jadi anak solehah ye sayang..

December 11, 2010

Adrini's First Anniversary Contest

entri kali ni nak update tentang mommy meng-join contest kali kedua di alam blog. kali pertama adalah contest anjuran babyibu dan azzamoro. boleh klik ini kalau nak baca..

contest kali ini adalah sempena first anniversary blog kak adrini. banyak betul syarat syaratnya tapi demi memenuhi jemputan khas dari pembuat contest aku pun joinlah. kak adrini lah of course. iye.. tak percaya, rujuk entri pasal all about my breastfeed journey  nih di bahagian komen. jadinya, dengan rela hati, aku pun meng-joinlah dan harap harap ada luck kali ini. mengharap.. mengharap… mengharap….


senarai para sponsor yang sememangnya sangatlah bermurah hati dan berhati mulia (bodek sikit sikit je). super cute creative kan banner mereka (up bodek lagi..). ada 8 kesemuanya dan susunan adalah mengikut abjad:









nampaknya aku kena join category A sahaja lah. category ini akan diadili berdasarkan lucky draw. category B (boleh klik sini untuk syarat penyertaan) pun ada tapi belum boleh join sebab belum pernah jadi customer kak adrini. category B khas untuk customer adrini sahaja. kak adrini ni penjual nursing wear yang cantek cantek tu. ada nursing kurung, ada nursing blouse. do check out her fabulous product by clicking her website here. oh, alamak. ini sudah promote product adrini. heh~

pada sesiapa nak join contest ini, silalah buat satu entry seperti aku nih dan penuhi syarat syarat beliau. wish me luck! enjoy~

p/s: kenal kak adrini ni dari blognya yang famous itu. beliau dah macam BF consultant yang tak berbayar sebab provide blog tentang tips tips BF dan pregnancy. silalah layan baca blog beliau. =P


KPI oh KPI

hari hari buka official email, mesti dapat reminder. pasal... KPI.. KPI dan KPI..



haih laa KPI.. dahlah mid year review punya result sangatlah memalukan. huh~ ok. due date 31 dis. lambat lagi...


December 9, 2010

perlu ke?

sangat malas nak kemas kan ini..

*
 
*
 
*
 
*
 
*

ok. tak payah buat macam * ni lagi. bukan surprise mana pun. bukan pasal cek nuffnang pun!



perlu ke? perlu kot sebab aku rasa semak sungguh! tak organize langsung masjuju ini.



December 8, 2010

kadang kadang

kadang, bila baca blog orang berduit dan berjaya, terfikir bilalah giliran aku agaknya.. tapi.. kalau takda usaha macamana nak kaya???

kadang, bila baca blog orang orang yang cantik manis dan bergaya, terfikir kalaulah aku seperti dia, dunia ini akulah yang punya. bersin pun orang kata lawa..

kadang, bila lupa diri, teringin semua, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. jangan jadi orang lain kalau diri kita tak selayaknya. jadilah diri sendiri. sayangi orang tersayang.

terapi hari ini. si kecit tonet saya sudah 10 bulan..

 


 



December 2, 2010

damia cukur jambul lagi..

nak update kenduri sabtu lepas di Klang. house warming Pak Lang. lebih kurang macam kenduri kesyukuran masuk rumah baru lah. malam sebelum kenduri ada main mercun letup letup. dah rasa macam raya..

pagi tu ada majlis cukur jambul. untuk anak Pak Uda - Baby Habib, anak saudara Pak Lang - Baby Uwais, anak abang Man dan ada sorang baby baru lahir nak cukur jambul juga iaitu Baby Mia ;;) ;;)

enjoy gambar ye..

 lihat ada 2 buai sahaja

damia... alani!

 boo!

 baby uwais

 nak jugak!

 ada 3 kepala sedang beratur


turn damia pulak..

lihat banyak lagi gambar kenduri di facebook masjuju. klik di sini sahaja.

December 1, 2010

cerita di sebalik ikea

ahad yang lepas, aktiviti hujung minggu aku sefamili (semua org termasuk alyahani tapi terkecuali bayu, kimi & nain) jalan jalan ke ikea. mak aih~ ramainya manusia tak boleh nak cakap. 28hb, weekend yang gaji masih belum terusik agaknya. susah rasanya nak shopping sambil bersesak tapi sebab dah bersusah payah mencari parking so pusing lah jugak ikea tu walaupun aku takda beli apa apa. cuma lepaslah dapat makan meatball dan kek daim pun dah kira puas. yummy~ banyak juga stuff baru di ikea. best!


okeh. gambar di snap oleh kamera angah adikku yang serba canggih tu. so aku takda simpanan nak upload dalam blog. aku masuk kan logo ikea sudeh. heh~


bukanlah aku nak cerita pasal lampu baru di ikea, lilin wangi wangi, sofa yang simple tapi mahal, quilt design yang baru. tapinya tentang pencopet = pencuri di ikea. lebih spesifik lagi, di surau ikea! huh sungguh kurang sopan. kesian akak yang kehilangan wallet dia tu. teraba raba dia mencari dalam handbag merah dia sambil mulut asyik ulang ulang ayat ‘dia pakai jeans kat tepi pintu ni je.. ingatkan dia nak solat’.

aku pun peliklah orang yang macam ni. apa perasaan dia bila dia dah jauh dari surau ikea tu dan dia buka wallet akak tu? apa dia pikir ye bila dia amik duit rm300 (akak handbag tu cakap) dan belanjakan duit tu untuk dia beli nasi ayam untuk makan malam? apa dia rasa bila dia tengok mykad akak tu dan campak kan wallet merah (mungkinlah sebab handbag pun merah) tu dalam longkang atau semak berhampiran? takkan takde rasa apa apa. haih~

bayangkan perempuan punya keje pulak tu. sanggup pulak dia bersesak dalam surau yang kecik tu dengan orang bersilih ganti sejadah dan telekung untuk solat maghrib. aku tak kiralah kalau kalau dia nak pakai duit curi tu untuk beli ubat anak dia yang tengah demam teruk. haram tetap haram weih walaupun kau berniat murni wahai pencopet wanita. aku lebih sanggup sedekah kat makcik yang sakit tulang belakang yang juga duduk berdekatan dengan pintu surau ikea yang aku jumpa semasa solat asar pada hari yang sama juga.

manusia ni memang tetap manusia lah. ada yang bermuka bersih tiada langsung jerawat nasi tapi hati busuk dengan hasad dengki . tak boleh tengok orang senang. tak boleh tengok orang lebih. tak boleh tengok bahagia. tak boleh tengok orang ada segala galanya. bukan sahaja dengki malah penuh dengan rasa iri hati, cemburu dan sesetan dengannya. ada juga manusia yang penuh dengan jerawat batu di muka dan badan tapi tak pernah lupa bersedekah hanya RM3 di masjid setiap hari jumaat.

jauhkanlah diri kita dari penyakit yang merbahaya tu ye. tak baik. nanti tak ramai kawan. kurang orang nak tolong kita waktu sembahyangkan jenazah kita masa kita mati nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...