September 24, 2015

Umrah 2013 - Kenangan Terindah


Kaabah di waktu subuh yang indah. Simbolik perpaduan umat Islam.
Rindu bangat. Melihat Kaabah hati cukup tenang.
Berada dekat hati jadi gerun, terasa betapa besar ciptaan Allah.
Dan berasa kerdilnya aku sebagai hambaNya. 

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua!

Terlintas kenangan aku dan suami mengerjakan umrah, di bulan Februari 2013. Kali pertama dalam hidup aku dan kali kedua bagi suamiku. Bersyukur dan terima kasih yang banyak kepada suamiku sebab sudi bawak aku bersama dia ke tempat yang paling diidamkan oleh semua orang Muslim diseluruh dunia. Walaupun dah 2 tahun kami tak jejak kaki ke sana, tapi kenangannya masih fresh, masih terbayang bayang segala aktiviti di sana. Jadi, sempena kita sambut hari raya aidiladha sambil makan daging korban, jomlah baca blog aku nih nak share cerita pasal pengalaman umrahku. 

Semuanya berjalan dengan cepat. Memang tak sangka dapat jejak kaki ke Tanah Suci Kota Mekah dan Kota Madinah dalam waktu yang tercepat ini. Yelah, anak anak masih kecil dan baru habis pantang juga. Annya 3 tahun dan Nopal 6 bulan waktu itu. Tapi, semuanya dah ditetapkan oleh Allah dan syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pada mulanya, suamiku seorang aja mahu ke sana. Tiba waktu, suami aku tergerak hati agaknya bertanya pada tuan badan untuk sama ikut dia ke sana. Siapa yang tak mahu kan? Dahlah semuanya disponsor. Mahu tak lompat bintang 20x! 

Berat juga hati pada mulanya sebab Nopal masih menyusu badan. Macam macam fikir. Macamana nak simpan EBM nanti, macamana nak fokus solat kalau terlupa pam susu satu hari. Pastu nak tinggalkan baby dalam 13 hari tu, cukup ke susu simpanan dalam freezer. Macam macam godaan lah.  Annya masa tu umurnya dah 3 tahun so dah boleh jaga diri jugak, kan. Aku tetapkan hati dan pujuk hati sendiri, Allah Maha Tahu dan Dia sebaik baik perancang. Dan keluarga mertua juga banyak bantu siang malam tolong jaga anak anak syurga kami. Alhamdulillah semuanya ok.


Di bawah 'payung gergasi yang cantik' di
bahagian belakang Masjid Nabawi, Kota Madinah.
Alhamdulillah dengan jemputan dan rezeki dari Allah.

Selepas pergi kursus yang tak berapa nak kursus tu (pergi sekali je tu pun tak berapa paham), cuti annual leave pun dah approve dengan boss, aku pun dah mula semangat. Memang tak berapa nak prepare sangat, jubah jubah pun mak mertua yang kasi pinjam. Baju kurung bawak sehelai dua. Telekung bawaklah 3-4 helai sebab mak mertua kata kat sana memang selalu pakai telekung, senang nanti. Mesin pam susuku memang tak lupa. Masa berlalu, hari yang dinanti dah tiba. Dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Perasaan bercampur campur. Yelah, orang kata macam macam yang jadi kat sana. Haih banyaklah! Ditambah pulak dengan diri yang sangat hina dina ni, kan.. Kata kunci : Jangan Dengar Cakap Orang. Pengalaman kita sendiri yang rasa. Sememangnya Allah itu Maha Penyayang. Dari sehina hina manusia hingga semulia mulia insan, semuanya dijemput dan disatukan di tempat yang sama. Yang kaya, yang miskin semua jadi pengunjung setia Masjidil Haram, di dalamnya ada Kaabah dan Masjid Nabawi di dalamnya tempat Nabi Muhammad saw dimakamkan. 

Aku dan suami serta 2 orang adik ipar, sepupu dan pakcik pakcik dan makcik sebelah suami semuanya bersama ke sana dengan pakej Andalusia. Kami pilih terbang terus ke Madinah dahulu, kemudian ke Mekah untuk tunaikan umrah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dengan kesabaran yang tinggi. Seronok dan happy dapat berjalan dalam satu rombongan famili yang besar macam ni. Setiap kali pulang dari masjid, makan di hotel mesti kami akan duduk semeja makan bersama. Atau tidak pun, kami akan makan nasi arab dan kebab yang dibungkus dan makan di kafe hotel. Kalau ada rezeki, dapatlah jumpa di depan pintu Mall selepas waktu solat, kami akan bersama makan di Food Court di dalam Mall. Setiap kali naik bas untuk ziarah masjid, lawatan atau pasang niat di mana mana miqat, adik ipar aku akan cecepat cop tempat dalam bas dan kami akan duduk dekat dekat semuanya. Kecohnya hanya yang dalam rombongan kami boleh rasa. Kebetulan ahli rombongan yang bersama kami juga orang orangnya sporting, pak lawak dan mak lawak pun semua ada. Satu bas semuanya dah jadi macam satu famili yang besar dan sempoi disana.


Ahli rombongan dari Klang. Meriah dan happy sentiasa.

Ketika buat Sai'e di tingkat paling atas bangunan.
Di akhir hari di Madinah baru discover benda alah ni dan boleh disewa.
Kecohnya bukan main. Tapi kami tak kacau orang. Umrah selesai juga.

Hari pertama. Sesampai di hotel di Madinah dalam 2-3 jam sebelum Subuh. Jadi aku dan suami bersiap ke Masjid Nabawi untuk solat subuh di sana. Alhamdulillah, mudah untuk kami sebab kami memang pilih untuk tinggal bersama satu bilik di hotel. Lebih memudahkan pergerakan dan komunikasi kami disana. Kami akan lakukan apa yang patut dilakukan di masjid sendirian (solat, baca Al Quran) dan bila selesai akan bertemu semula di pagar masjid setiap kali pulang ke hotel. Kami akan berjalan bersama, makan bersama, shopping bersama, most of the time. Bukan dirancang pada mulanya, tapi makin lama makin selesa begitu dan kami teruskan hingga di Mekah. Tak kira berapa lama kami berada dalam masjid, di akhir masa kami akan berjalan bersama dan pulang ke hotel. Ye.. Sweet pun iya. Demi keselamatan pun iya. 

Paling mencabar aktiviti disana, perjalanan ke Taman Raudhah iaitu tempat yang paling mustajab untuk berdoa. Juga makam Rasulullah SAW ditempatkan. Aku hanya sempat berdoa dan solat sunat di sana sebanyak dua kali aja. Kali pertama ramai ramai dengan rombongan ustazah Andalusia. Dan kali kedua dengan teman rapat disana yang baru jumpa dan baru kenal, dan masih berhubung hingga sekarang, Dasiah. Dia masa itu mengandung, memang tabah dan sangat sabar nak harung lautan manusia ke Raudhah. Ramai betul jemaah perempuan di dalam Raudhah tu. Waktu lawatan untuk perempuan hanya ada waktu tertentu aja dapat masuk. Mungkin sebab itu jemaah perempuan terpaksa berebut bertolak nak masuk ke dalam Raudhah. Berbeza dengan jemaah lelaki sebab mereka dapat masuk ke sana sekerap yang boleh. 

Penghujung musim sejuk di Madinah memang terasa sangat aman. Pagi pagi bila balik dari masjid dengan waktu sejuk begitu memang sangat best. Bila waktu lawatan, cuaca rasa dingin jadi takdelah rasa penat sangat. Di Madinah, melawat tempat bersejarah macam Perkuburan Baqi', Bukut Uhud, Masjid Qiblataini, Medan Magnet. Aku dan suami juga lebih banyak bershopping di Kota Madinah. Takdelah shopping sakan cuma beli apa apa yang rasa murah dan berbaloi aja. Yang mungkin tak dapat di Malaysia. Sebab suami dah pesan awal awal. Tetapkan hati, nanti di Mekah hanya ulang alik ke masjid aja, fokus untuk ibadah dan tak usah nak berbelanja itu ini lagi. Dan, aku rasa pesanan itu memang berkesan bila berada di Mekah. Takde masa sangat nak bersiar siar sebab busy berumrah. Bab makanan, personally bagi aku di Kota Madinah makanannya lebih enak. Kebab, nasi arab, air buah dan ais krim memang favourite kami bila balik dari masjid. Aduhai, rindunya kenangan di sana. Semoga aku berkesempatan lagi ke sana dengan suami dan anak anak nanti, Ameen.

Kali pertama dapat solat di masjid yang paling indah dan aman, Masjid Nabawi.
Disini, setiap kali selesai solat fardhu menjadi satu kebiasaan untuk
solat jenazah secara berjemaah. Betapa untungnya mereka yang ditakdirkan
meninggal dunia, disolatkan dengan jumlah jemaah yang banyak,
kemudian diusung dan ditanamkan di tanah yang suci.


Bukit Uhud atau Jabal Uhud. Sangat sangat besar. Tak dapat bayangkan bagaimana
keadaan perang pada waktu itu yang diketuai Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta
para pemanah yang diamanahkan untuk tetap berada di atas Bukit Uhud tetapi mereka ingkar.
Dan mutawif ada cakap, ganjaran pahala untuk mereka yang solat jenazah ialah
satu qirat iaitu berat pahalanya seperti beratnya Bukit Uhud itu. Allahu Rabbi. 

Medan Magnet di Madinah.

Masjid Qiblatain, Madinah atau dikenali Masjid Dua Kiblat.
Tukang sponsor in the house!
Terima kasih sayang. Semoga Allah balas yang baik untuk kamu.

Menara Jam di pagar utama bahagian belakang Masjid Nabawi.
Masa ni kami jalan jalan cuci mata waktu malam di sekitar Masjid.
Keluar masuk kedai. Yang paling banyak jualan jubah, aksesori, perhiasan dinding,
ada juga kedai Body Shop, H&M, Starbucks, dan banyak lagi.
Mutawif pesan, kalau nak shopping disini boleh berpada pada dan dengan niat untuk
memajukan peniaga dan rakyat Madinah kerna Nabi Muhammad SAW juga suka berniaga.
Bagus kan Mutawif iols?

Hari terakhir aku di Kota Madinah. Sebelum meninggalkan Kota Madinah, aku dan suami sempat melambai tangan, berdoa dan memberi salam kepada Rasul Allah yang dirindui oleh semua umatnya. Serious, rasa sayu sangat hati terpaksa tinggalkan kota suci ini. Insha Allah kami sekeluarga akan datang lagi ke sini.

Pandangan Masjid Nabawi yang lebar dan luas dari sebelah kanan, sudut hadapan masjid.
Kelihatan sedikit Kubah Hijau dimana dibawahnya adalah makam Nabi Muhammad SAW.
Perkuburan Baqi' berada di sebelah kanan di luar pagar Masjid Nabawi. 

Perjalanan ke kota Mekah. Kami semua menaiki bas yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 8-9 jam. Dalam perjalanan, kami berhenti di satu masjid untuk solat dan miqat, memasang niat umrah. Kemudian berhenti lagi untuk makan malam. Menu special, nasi arab dalam dulang kongsi ramai ramai. Habis makan, kami solat di surau kedai tersebut memang ala-ala Padang Pasir. Tersedia pondok-pondok batu dan setiap pondok hanya muat 4-5 orang sahaja untuk bersolat. Kemudian sambung perjalanan hingga diberitahu mutawwif yang bas kami sudah pun berada di dalam Kota Mekah. Subhanallah, masa itu hati ini rasa bercampur baur. Hanya Tuhan saja yang tahu!

Selesai Tawaf buat kali pertama.
Happy teramat sangat!

Selesai Tawaf Sunat. Kami buat waktu Dhuha. 
Panas terik tapi waktu ini kurang orang dan ada peluang untuk masuk 
dengan mudah untuk solat sunat di dalam Hijir Ismail.

Di depan pintu Masjidil Haram. 
Tempat yang selalu aku dan suami berjumpa 
untuk sama sama berjalan pulang ke hotel

Hari hari seterusnya di Mekah, selain buat umrah kami melawat sekitar Kota Mekah, antaranya kawasan perkampungan para jemaah haji berwukuf di Padang Arafah dan kawasan tempat melontar jamrah. Yang paling romantik of coz di Padang Arafah di atas Jabal Rahmah. Aku sorang je kot yang terasa romantik. Sebab, disitulah tempatnya pertemuan Nabi Adam as dengan pasangan syurganya, Hawa selepas dihalau dari Taman Syurga dan diturunkan ke Bumi. Padang Arafah juga merupakan tempat para jemaah haji menunaikan wukuf. Berwukuf merupakan rukun haji yang mesti dilakukan di Padang Arafah pada suatu masa yang ditetapkan oleh Allah untuk seluruh jemaah haji berdoa merayu meminta ampun atas dosa dosa yang lalu. Kan kalau kita lihat di TV, dari atas pemandangan sekitar Padang Arafah, Masya Allah.. sangat padat dengan muslimin muslimat dari seluruh dunia. 

Tempat ziarah lain, ke Gua Hira' di Jabal Nur iaitu tempat persembunyian Nabi Muhammad saw ketika beliau berusaha menyebarkan agama Islam yang pada waktu itu belum dapat diterima oleh umat manusia. Dan juga tempat beliau menerima wahyu dari Allah melalui penurunan ayat Al Quran surah Al-Alaq (Iqra'). Hanya melawat kawasan je di sana tapi tak kesempatan mendaki. Waktu yang disyorkan untuk mendaki ialah waktu malam. Sempat juga ke ladang unta. Orang tak pernah tengok unta depan mata kan, jadi agak jakun sikit. Kira femeslah unta unta tu sekejap sebab ramai yang berposing sakan dengan mereka. Boleh cuba juga minum susu unta di sana. Fresh dan terbaek dari ladang. Cuma dua tempat yang tak sempat kami pergi (1) Muzium Mekah kerna sedikit masalah berkaitan dengan pak guard muzium tu dan (2) Kilang Percetakan Al Quran, pun kami tak dapat pergi sebab waktu tu kilang tu ditutup sementara.

Di atas Jabal Rahmah. Tempat pertemuan Adam Hawa.
Romantis, kan? Ni versi Hamdi Mas nih. Hehe..
Oh ya, dikatakan di bukit ini juga tempat Nabi Muhammad saw
memberikan khutbah terakhir sebelum beliau wafat. Wallahu'alam..

Berlatarbelakangkan the famous Padang Arafah, di Jabal Rahmah.
Disinilah jemaah haji berwukuf, saat yang mereka nantikan ketika haji.
Cantik en. Terus buat profile picture aku kat Facebook lepas balik umrah.

Usap kepala unta. Kekonon penyayang padahal penakut!

Kenangan bersama teman umrah yang kuat semangat, Dasiah.
Tengah sarat mengandung, now dah jadi baker berjaya. Kek dia sedap.
Kami mula rapat disana dan masih berhubung hingga sekarang.
Thanks to Facebook.

Kalau ikutkan banyak lagi nih nak cerita pasal pengalaman aku yang pertama kali mengerjakan umrah. Cerita memang tak abis. Cuma sempena Raya Haji, Raya Korban atau Aidil Adha yang mulia ini, didoakan semoga ibadah korban kita diterima. Tak kiralah satu bahagian atau seekor lembu atau kambing, atau dinegara manapun ia dikorbankan. Ibadah korban itu sangat sangatlah dituntut jika kamu berkemampuan. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pengampun, Maha Penyantun. 

** Kepada ahli keluarga mangsa tragedi kren yang jatuh di Masjidil Haram baru baru ini iaitu pada hari Jumaat 04 September 2015, semoga tabah menghadapi dugaan dan salam takziah. Mereka yang terkorban adalah insan mulia yang terpilih. Terpilih kerana dijemput sebagai tetamu Allah di tanah suciNya, dan menemui ajal mereka disana. Betapa untungnya mereka! ** 

Untuk pembaca blog ku yang tersayang, doakan semoga aku dan suami dapat menjadi tetamu Allah lagi, dapat menunaikan ibadah haji di masa waktu kami sihat dan bertenaga, dalam keadaan mampu mental dan fizikal. Doakan juga semoga urusan haji untuk Papa dan Mama untuk tahun akan datang diberikan pada mereka dan giliran mereka disegerakan dengan sempurna. Ameen..


Berhenti solat di masjid di Laut Merah, ketika dalam perjalanan 
ke Airport Makkah untuk perjalanan pulang ke Malaysia.
Semoga kami dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci ini lagi. 



September 13, 2015

Outstation + Liburan : Jakarta Part 2

10 Ogos 2015

Makan malam hari kedua kami di Jakarta, di Bunga Rampai, Menteng, Jakarta Pusat. Waaah, masa sesampai tu, macam terkagum kejap. Sebab very the beautiful and very the eksklusif. First time nih. Dari luar bangunannya nampak ala ala zaman kolonial British gitu. Cantiiik. I loike!

Huuaa... Apesal gambar ni tak nampak muka?

Okeh, disebabkan Aji dan Wifey (Aji is teman lama suami) yang belanja dinner, jadi kita makanlah apapun makanan yang dah diorder. Katanya semua menu disini memang makanan khas dari seluruh Indonesia. Fine dining for Indonesian cuisine, gitu.. Dari minuman, lauk pauk, desserts semua makanan asli Indonesia. Ada iga bakar Sulawesi, daging dendeng, satay ayam Madura, ada macam macam lah. Pergh, memang terbaeklah. Alhamdulillah, kenyang.

Control sikit Mommy. Behave...
Tatau nama tapi sedap.
Ni pun sedap. Gravy dia ada rasa durian.
Tau kami dari Malaysia, main lagu Malaysia aja.

11 Ogos 2015

Pasar Majestic atau Pasar Mayestik.

Ribuan atau jutaan tekstil kot ada kat sini. Banyak gila. Ala macam di Nilai tu jugakla. Tapi kedai disini banyak dan rapat rapat. Parking pun penuh saja. Sib baik ada Supir tak yah susah carik parking. Masuk ke kawasan Mayestik ni perlu bayar parkir dulu. Banyak sangat hokeh kedai kain yang ada. Tak ingat dah haritu google, nama kedai apa tah yang orang suggest pergi. Supir ku ni pun pandai nak senang dia, terus tunjuk kedai paling hujung hampir dengan pintu keluar kawasan Mayestik, Toko Pronto Moda. Dalam hati kata amboi pandai ko bershopping kain eh, tunjuk kedai pun nampak mahal nau dari jauh.. Tapi sebabkan malas sangat nak pening carik kedai tengahari panas terik, aku terus jela tarik tangan Annya Nopal masuk dalam kedai cepat cepat.

Tanpa banyak soal terus mintak Mbak salesgirl tu tunjuk area kain lace. Naik lif tingkat 4, haaa hambik ko nak jenis lace apa semua pun ada. Dari negara mana ko nak, semua ada. Mau juling bijik mata. Aku ni sebab ada orang mintak belikan, so dah tau apa yang nak. Pergi area French lace, pilih kain pilih warna. Pusing 2-3 round lagi. Pilih pilih lagi. Mintak diskaun. Ok dah, bayar.

Annya Nopal? Huh.. dah buat macam stadium abah diorang. Berlari lari, siap pijak kain ke hape aku nampak. Mbak salesgirl tu jeling jeling je kan. Oops maaf lah ye..

450 ribu semeter. Kalau ada bajet lebih boleh beli.

Yang longgok longgok gini ada diskaun. Kena rajin pilih.

Pinggan keramik. Cantik dan murah. Kena pandai tawar harga. Dan kena rajin jalan carik kedai. Ikutkan hati nak gak beli pasu pasu yang white blue itu. Dengan pinggan 3 tier yang warna pastel memang cantik sangat. Tapi pikir cemana pulak nak mengangkutnya nanti. Hentikan hasrat ko, Mommy. Dapat 2 serving dish cukup ler. Nanti datang sini lagi ye.. **pujuk hati sendiri**

Dah dah jom balik. Panas tu hoi!

Panas terik kat luar tu cecepat masuk kereta, suruh Pak Supir gerak ke Thamrin City. Lapar campur haus agaknya anak-anakku. Nampak orang jual buah, mintak buah. Nampak jual air, mintak air. Nampak keropok orang sua tepi cermin kereta, merengek nak. Okay, Mommy beli..

15 ribu sebungkus. Sedap! Nyesal tak beli 2-3.

Thamrin City Mall. Haha.. datang lagi. Okeh kali ni sebab ada kawan mintak tolong belikan telekung.  *TIPS* Kalau siapa nak bershopping disini bawaklah duit rupiah cash banyak banyak ye. Cuma extra careful lah bawak duit tu. Pegang kuat kuat hembeg. Ehehe.. Sebabnya senang nak membayar nanti. Boleh pakai kartu kredit (dalam BM kad kredit) tapi diorang caj 3% dari harga bayaran. Rugi kan. Jadi, sediakan duit cash supaya tak banyak kali datang sini macam aku.

Kat Indon suka pakai telekung berwarna. 


Selesai misi mencari telekung di Thamrin City, kami ke Plaza Indonesia. Dekat je Thamrin City dengan Plaza Indonesia atau nak ke Grand Indonesia. Kalau naik taksi tak macet, tak sampai 5 minit pun. Kalau lebih tu memang korang kena tipu lah dengan teksi tu. Oh yaa, *TIPS* hati hati naik teksi di Jakarta ni. Diorang suka bawak jauh jauh putar putar dibawak ke mana-mana. Nanti bayarannya jadi mahal padahal dekat je. Yang boleh dipercayai ialah Blue Bird dengan Silver Bird. Yang lain dari itu kalau boleh elakkanlah ye.

Sambung cerita tadi. Disebabkan suamiku meeting di The Plaza, kami ke Mall yang paling dekat dengan ofis, Plaza Indonesia. Lapar beb! Makan di dalam Plaza Indonesia ni sebenarnya mudah tapi kami nak makan nasi gak. Japanese restaurant banyak tapi tak mencapai target. Ada food court, tapi food court tu campur dengan gerai jual babi gak dalam tu. Hmm memang taklah suami ku nak makan kat sana kan. Pusing pusing akhirnya kami makan di Kafe Betawi.

Lontong Betawi.
Sempat lagi main di sini. Nama tempat apa tah. Bukan Fun World.

Sebelum dinner, kami singgah beli Martabak lagi di Jalan Pencenongan. Beli lagi sebabnya hari first datang Jakarta dah beli dan rasa. Sedap tapi mahal. Martabak telor 80 ribu. Kalau di Kotabaru 30 ribu jer. Memang berderet gerai makan tepi jalan disini. Macam macam ada. Semua gerai mula berjualan dari jam 6 petang sampai malam. Di depan jalan ni ada gerbang 'Wisata Kuliner Jakarta'. Banyak juga yang jual martabak di sepanjang jalan ni. Tapi yang paling sedap dan femes dan ramai orang beli ialah Martabak Pencenongan 43. Bungkus bawak balik makan di hotel. Tapi makan panas panas lebih enak.



Martabak Tipis Kering & dalam kotak tak nampak Martabak Telor

Dinner kami special sikit malam nih. Nasi Goreng Kambing Kebon Sirih, Jalan Kebon Sirih, Menteng. Hebat, ada websitenya klik DI SINI. Gerainya tepi jalan aja berdepan dengan bangunan office Garuda Indonesia. Super terkenal sih. Diorang kata lah. Tapi memang sedap. Ramai orang.. Buka dari jam 5 petang hingga jam 3 pagi. Atau hingga nasi habis. Lihat parking keretanya aja dah tau memang ramai orang. Yang datang beli pun bukan calang calang keretanya. Mewah mewah okeh kereta. Makan tepi jalan je pun. Tapi kalau sedap, tak kira lah tepi jalan ke kan. Suamiku beli 2 bungkus bawak balik hotel. Sebungkus 40 ribu kalau tak silap. Di sini ada jual satay kambing juga. Pun sedap. Tapi tak ingat berapa ribu secucuk.

Besar gila kualinya Pak. Sebelah tu ada kuali gak dengan nasik menggunung. 

Bakor jangan tak bakor. Satay Kambing.
Hamboih siap posing bila tau muka nanti masuk blog Malaysia.


Berakhir sudah liburan kami anak beranak di Jakarta dan Banjarmasin. Best ek. Si Abahnya sibuk meeting, si isteri dan anak anaknya sibuk ke sana ke sini makan itu ini. Hehe... Terima kasih ye suamiku sudi tumpangkan masa untuk kami berholiday. Lainkali ada meeting di Jakarta lagi, bawak lagi kitorang, nanti boleh kita pergi Anchol pulak. Dah riki riki dah, kat Anchol ada Dufan Theme Park. Seronok seronok seronok. Hehehe..

Sampai jumpa semua. Thanks sudi jenguk blog hamba!!


Baca juga pasal :
Outstation + Liburan : Banjarmasin & Martapura
Outstation + Liburan : Jakarta Part 1




September 6, 2015

Outstation + Liburan : Jakarta Part 1

09 Ogos 2015

Sampai di Airport Soekarno Hatta, Cangkerang, Jakarta jam 12 tengahari waktu tempatan. Jumpa Pak Supir, terus gerak mencari makanan. Lapaaar... Lunch di Restoran Sedap Malam. Makan seafood di waktu tengahari. Apa tah nasib hari tu, semua pun habis. Dari ikan nila sampailah ke air semangka. Sib baik lala masak cili dengan sotong bakar isi telor tu sedap. Layannn... Tak rekomen datang sini, boleh carik food tempat lain, okeh.




Ke Jakarta kali ini, kami stay di Morrissey, Service Apartment di Menteng, hampir dengan area Jalan Sabang. Sebab utama pilih hotel ni sebab dekat dengan The Plaza. Senanglah suamiku nanti pagi pagi nak gi meeting takda tempuh macet. 4 hari 3 malam, kami pilih boutique hotel yang best dan yang best. Double best. Ehehe.. Let's check out website Morrissey - I Am Morrisey. Macam biasa, aku tempah di Agoda.com.

Masa check in hotel, kelam kabut sikit terjadi. Ada pulak aku boleh tersalah booked tarikh check in. Aduuiih. Dahla dah bayar full, dah sampai hotel dah pun.  Gelabah tak hengat punya tapi aku berlakon baek nak cover line konon konon macam takde apa. Yela, takut kang kena jegel dengan suamiku. Esok dahla dia ada important meeting. Nak carik hotel lain, memang tak lah. Tengok lobby je, dah in love. Mestilah kena tido sini gak. Telefon sana sini, buat drama sikit kat kaunter. Akhirnya, boleh tukar tarikh, tiada extra charges dan kamar pun sudah tersedia. Thanks to Agoda team and Morrissey's front desk girl! You make my dream comes true. Eceh!!

Bajaj ni bukan sekadar hiasan, berfungsi.
Boleh naik nanti dia hantar sampai Sarinah Mall. 
Sebelum kejadian ngeri di kaunter terjadi.. Kehkeh.
Favourite spot Annya Nopal. Love the deco.

Okeh, hotel sangat best. Walaupun bukanlah sejibik macam kat rumah aku, tapi feeling dia memang rasa macam di rumah sendiri je. Feel like home gitu. Yeah that's right. Nak cerita pun, memang meleretlah jadinya pasal hotel ni. Kat lobi hotel dah berlambak ambik gamba. Dalam lif pun nak berposing amik gamba. Masuk masuk bilik je semua benda pun nak amik gamba. Sikat, selipar, kepala paip pun nak amik gamba. Teruk betul tahap jakunnya! Ahaha.. Jadinya, aku rasa nantilah aku buat entri khas untuk review pasal ke-best-an Morrissey ni dengan gambar gambar sekali. Sabar ye. Tungguuuu...

Dah terkawal sikit tahap kejakunan aku di Morrissey nih, kami melawat swimming pool pulak. Knowing Annya Nopal, kalau duduk hotel memang rajin benar berendam di pool. Bukan berenang hokeh, berendam aja pun...

*****  *****

Hard Rock Cafe Jakarta. Dinner di Jakarta memang aku dan suami dah plan nak ke sini. Takde nak buat apa pun cuma nak lepak makan dan minum layankan aktiviti borak berejam kitorang. Tapi kebetulan petang tu dapat whatsapp dari junior sekolah kami. Pengumuman, aku dan suami dulu sama sekolah ya. Katanya dia sefamily ada di Jakarta jugak. Apalagi, setting time, kitorang jumpa di HRC. Dinner sedap malam tu ditaja oleh usahawan berjaya suami isteri tu lah sempena birthday anak perempuan dia katanya. Alhamdulillah..



Terima kasih daun keladi Afex and Hana.
Semoga dimurahkan rezeki kalian.

Sebab aku ni macam mesti nak singgah HRC kalau pegi jalan mana mana. Tak dapat duduk minum, dapat masuk shop dia cuci mata pun jadilah. Ada jugak aku story sikit pasal HRC di blog nih. Kalau rajin baca boleh la klik di link : Hard Rock Cafe PhuketHard Rock Cafe Surfers Paradise & Hard Rock Cafe Penang. Cuma di Hard Rock Cafe Melaka & Hard Rock Cafe Bali je tak pernah post apa apa sebab tak pernah tulis kat blog ni. Ehehe.. Eh, tapi kan lepas beramah mesra dengan Mbak kasir (dalam BM, hakak kaunter bayaran) di HR shop ni, rupanya boleh apply jadi member HR for free. Kumpul point beli tshirt ke, minum air segelas ke, duduk hotel ke then nanti ada lah rewardsnya. Selama ni tak tau, kat Jakarta baru tau. Sebabkan baru tau, Mbak kasir tu pun bagi aku form to participate a survey, dah complete survey dapat free appetizer. Yeay.. nanti balik Malaysia boleh redeem kat Hard Rock Kuala Lumpur!


10 Ogos 2015

Suami dah keluar gi meeting, aku dengan semangatnya kejutkan anak anak kesayangan bangun pagi sebab Mommy dah tak sabar nak berjalan. Pukul 11 pagi, kami pun berjimba di Grand Indonesia Shopping Town. Well, layankan Mommy dulu ye keluar masuk kedai. Sebab jap lagi kena layankan kamu berdua pulak having fun di tempat favorite diorang.

Fun World Grand Indonesia. Dari naik escalator dah terjerit jerit dah bila ternampak bumbung Fun World tu. Ok Mommy paham.. Fun World di sini takdelah besar sangat tapi better la daripada takde langsung, kan? Siap siap topup Fun World card, haa mainlah sampai korang penat!






Lepas meeting, suamiku bergegas (amboi ayat bergegas macam berlari la tu kengkononnya) ke Grand Indonesia. Late lunch di Penang Bistro, Grand Indonesia. Food sedap. Semua menunya masakan cina dan mostly memang masakan Malaysia. Lebih kurang macam di Penang Cafe. Ada nasi ayam, nasi lemak, nai goreng, ABC, cendol. Harga berpatutan dengan lokasi restoran.

Amboih garangya muka suamiku nak order makanan pun.. Hehe

Thamrin City Mall. Ada bermacam macam benda jual dalam Mall nih. Accessories dari rantai, gelang, penyepit rambut, Tudung, Blaus mak, Tshirt mak, Tshirt bapak, Tshirt anak, Telekung macam macam jenis, Kaftan cecantik, Baju batik, Spender. Pendek kata u name it u got it! Sebabkan aku dah tau nak carik apa dalam ni jadinya masa tu takdelah membazir sangat. Kali kedua datang sini jadi ingat jugalah dimana dimana nak carik telekung yang cantik cantik kan. Sememangnya sekeping gambar pun tak sempat nak snap. Sebab sakan bershopping. Lagipun masa terhad. Sebab ada dinner date dengan teman lama suami malam ni jadinya kena balik cepat ke hotel untuk elak macet. Haih, dah keluar dari Thamrin City, hati berbaur baur rasa nak datang lagi. Mesti kena repeat nih. Kita tunggu next entri k. Bye everyone! Jumpa di entri seterusnyaaa.


Baca juga pasal :
Outstation + Liburan : Banjarmasin & Martapura
Outstation + Liburan : Jakarta Part 2




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...