January 29, 2015

Sambungan cerita semalam

Salam semua.
Lama sungguh ku menghilangkan diri. Ampun..
Sebenarnya ada benda lain nak cerita. Tapi tamau lah, sebab sedih.
Next entri, aku nak cerita pasal jalan jalan di bumi Queensland, Australia.
Mana tahu kalau ada yang mahu ke Gold Coast atau Brisbane, 2 bulan lagi atau tak pun 2 minggu lagi, tanpa guna khidmat travel agent aka main belasah saja macam kami...
Bolehlah intipati blog ku ini dijadikan rujukan serba sikit. Kalau lah, sudi kiranya.
Ataupun, pesanan kepada sesapa yang nak ke sana, boleh jugak aku nak menumpang kirim barang sikit. Nanti ku transfer duitnya yaaa.. PM k! Ehehehehe...

Fridge magnet dari Movie World. Tempat kesukaan Annya Nopal buat setakat hari ini


January 1, 2015

Usah Berduka, Malaysia!

Hari ini, hari pertama di tahun 2015, pastinya ramai rakyat Malaysia yang masih bersedih dengan musibah yang melanda Malaysia di dalam tahun 2014 dan yang masih dilalui di waktu ini.

Tak kira apa yang berlaku, percayalah, semuanya sudah tertulis untuk kita. Kita sebagai barisan pelakon di pentas dunia, sudah lama tersedianya skrip dan jalan cerita di atas sana. Sebagai hamba, seharusnya berusaha untuk jadi lebih baik bagi mendapat ganjaran di akhir hari nanti.

Kejadian pesawat pesawat hilang dan terhempas, tragedi banjir besar, kemarau dan catuan air yang tak menentu, derita di Gaza yang akhirnya diganti tangisan air mata gembira rakyatnya dan seluruh dunia, keperitan hidup di Syria yang tak berpenghujung. Malah, dengan masalah peribadi kita sendiri, masalah keluarga, kesulitan wang, kesulitan hidup. Semua itu, Allah hadiahkan kepada kita untuk kita sentiasa berpaling semula, tunduk dan mohon padaNya. Ingatan untuk diri saya juga.

Marilah kita sama sama berdoa agar kita semua diberi ketabahan untuk menghadapi takdir ini. Dan berdoa agar musibah ini diganti dengan keindahan yang tak terbayang oleh kita. Mungkin bukan di dunia. Mungkin diterima balasannya di syurga nanti.

Jangan tangisi duka mu, wahai Malaysia. Bertabahlah.

Doa yang baik baik aja.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...