October 26, 2010

ogival green pink

ingat tak lagi entry tentang wishlist mommy damia untuk first bikini damia alani? damia dah dapat pun her very first bikini.. tada......



walaupun bukan gaun ropol ropol bagai kaaan... lagilah nampak boyish nya damia alani ni. tapi takpela. mommy risau takut sun-burn nanti. huuhu... beli untuk damia sebab kena attend family day company abah di Tiara Beach PD. kalau takda family day ni tah bila la damia nak dapat swimming suit. heh~





suka sangat air.

 
bye~



October 25, 2010

buah hati pengarang jantung pisang

inilah dia buah cinta hati saya....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



kejap je jadi budak comel. after a few second...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 ngee~

geram je tau. but mommy always love you honey!

damia dah tak demam dah. yeay~


October 20, 2010

bila anak demam mak buat apa??

damia demam lah hari ni. kesian betul tengok baby kecik kecik nih sakit. tak kira lah demam ke selsema ke batuk ke. dahlah tak pandai cakap lagi. asyiklah 'uhm.. uhm.. uhm' mintak dokong. nak bertepek jela dengan mommy dia. kasi tangkap gamba sikit. heh~



jawapan untuk persoalan, bila anak demam, mak dia kena cuti. duduk umah. jaga anak. kaaan..


oh oh. satu benda nak kongsi dengan para ibu. takde kena mengena dengan demam lah tapi.


j&j messy times wipes nih adalah satu barang baby kegemaran mommy buat masa sekarang. sangat bagus kegunaannya lagi lagi bila damia makan dan air takde pulak time tu. selalunya bila dalam kereta. tapi bila sampai tempat ada air, mommy tetap akan basuh dengan air. yang penting mommy sooka. yeay~


October 19, 2010

hari kelima : krabi

hari kelima : 08 oct

hari hari terakhir kami di bawa oleh tour guide See Tho Holidays pusing pusing pekan Krabi. mula mula tengok ikan kat marine park. pastu, tour guide tu letak kitorang kat tengah tengah pekan. nampak CIMB Thai. cuba cucuk kat atm. berjaya lah jugak cucuk 500Baht. sebelum dihantar ke Krabi Airport, kami singgah ke Tiger Cave Temple. uniknya temple nih, nama je bunyik tiger tapi sekor tiger pun takda. yang banyak monyet je.

kolam ikan sangat besar

kasi can lah sikit.. hek hek hek

dah jumpa pun bank kita

duta CIMB Thai baru dilantik

Tiger Cave Temple

masih di Tiger Cave

bye Krabi~

woohoo. sampai jugak last entry pasal trip ke thailand nih. cemana ye aku nak tutup story. hmm.. skema sikit. sesungguhnya, trip ini akan jadi kenangan untuk aku dan encik suami. dan mungkin satu hari nanti, ada rezeki akan jalan jalan negara orang dengan damia alani. yeay~


October 18, 2010

hari keempat : krabi


pasal krabi ni lambat pulak meng-update nya. been busy lah last weekend. kami sefamili ke family-day company kesayangan encik suami di PD.

sambung cerita. di krabi aktiviti penuh satu hari iaitu 4 island tour: Phra Nang Island, Poda Island, Cup Island & Chicken Island. snorkeling adalah aktiviti wajib. so.. rasa sangat malas cerita panjang.. kita layaan gamba sudah...

 kitorang pilih naik long tail boat

bersama encik suami kesayangan. ecewah!

 katanya resort paling mahal di Phra Nang Island. RM22K satu malam.

 boat parking di Poda Island

 ini matjengs!

 ok ok. tau tau. happy kan??

 cuci mata versi satu

 cuci mata versi dua

 lunch time untuk ikan sekalian

 Chicken Island

 ikan yang senantiasa lapar. huh.

 betul.. lesen diving kami dah expired.

feeling feeling di hawaii.. makan buah atas boat!

sesi malam, merempit di pekan krabi. carik pasar malam untuk makan malam.




sambung ke last entri. last day di krabi..

October 14, 2010

hari ketiga : phuket dan krabi

hari ketiga : 06 oct

lepas breakfast (actually breakfast di thailand tidaklah seteruk jika di bali. kalau di bali, babi di merata pinggan. sungguh tidak menyelerakan.) kami packing barang untuk next trip iaitu krabi! i was so excited sebab tak sabar nak ke sana. island nya tersangatlah cantik tidak terperi. orang kata..

trip ke krabi makan masa 2 jam actually. tapi dlm perjalanan tu, kami singgah di Island Safari, Phang Nga. ada elephant trekking plus ATV. memandangkan tidak cukup masa, proceed dengan elephant trekking je lah. waah~ best gila naik gajah lalu lalu air sungai kecik. sila layan gambar..

 dah macam hero heroin hindustan dah

 ok.. ke king and queen of thailand?

 perlu ke payung tu liza ooi? heh.

ok. sesampai di Krabi La Playa, kami keluar dan mencarik motor untuk disewa. senang sikit nak meronda malam malam. boleh jalan gi pasar malam krabi. oh oh.kat sini famous pancake. lebih kurang macam roti canai tapi lain sikitlah. sedap makan waktu panas woo. di phuket ada juga jual tapi mahal. 50baht sekeping. kat sini 20baht yang paling basic. ada di satu tempat tu, 15baht je. anyway, pergi krabi mesti cuba pancake ya.

 pancake terhangat di krabi

 i like her shop. it is clean, tidy..

and yummeah!!


next entri sambung lagi cerita hari ke empat dan aktiviti di krabi. huh. bila nak habis nih. ngeee~~


October 13, 2010

phuket : hari kedua

hari kedua : 05 oct

trip hari ni ke phi phi island. ada aktiviti snorkeling. tapi bila feri start sahaja enjin, hujan turun selebat lebat nya. alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi selamat balik. cumanya snorkeling kali ni tak berapa cantik. dan kena turun dari feri besar bukannya speed boat atau pun long tail boat. sebab musabab : musim hujan. bahaya naik boat kecik. mungkin masa hujan nih, coralnya tak boleh lawan dengan pulau redang lah. tapi view setiap island.. cantik yaa amat. maaf ya gambar dari kamera yang pixel nya kecil so agak kurang memuaskan. heh. layaann...

 green sticker for snorkeling with lunch treat

cepat naik feri sebelum hujan menderu turun

 subhanallah.. view of phi phi island

viking cave yang famous itu

snorkeling time

aktiviti malam, kami ke Phuket Fanta Sea. best jugak. lain kali nak datang sini dan mesti bawa damia alani okay. sebab banyak benda yang cute miyut. bebudak suka kot. sampai sampai sahaja terus menuju dining hall. memang jadi jakun dan batak ah kejap. dining hall dia.. mak aih. besar gilaaa. tapi memang highly recommended lah. siapa pergi phuket mesti dan kena pergi ke Phuket Fanta Sea. untuk maklumat lanjut. sila layari Phuket FantaSea.

 coach yang ambik visitor dari hotel ke FantaSea

 entrance

 ni baru satu section. ada banyak lagi section. halal section pun ada. dont worry.

white tiger. gerun weh.

balik sahaja dari FantaSea kami naik tuk tuk lagi singgah Hard Rock Cafe Phuket sebab tak puas semalam datang, sempat beli tshirt untuk anak yang kena tinggal kat Malaysia nuu. pastu kami lepak minum teh tarik di kedai semalam. tapi kali ini masih lagi hujan, kitorang decide jalan kaki ke hotel sahaja mengharungi hujan. yang best nya di Phuket ada baju hujan macam plastik sampah yang besar tu. pakai ni kepala tak basah dan tak penat pegang payung. murah. 30baht je.

tuan punya blog
Liza my travel partner
dah macam hantu kum kum.

sambung pulak hari ketiga di Phuket dan Krabi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...