November 29, 2010

and the winner is....


..weee~ damia alani dapat no. 8! tetap dapat hadiah walaupun saguhati. alhamdulillah. rezeki damia. saingan hebat hebat belaka. si comel dari  no 1 hingga 7 kesemuanya umur 2 tahun ke atas. boleh berposing sakan you. damia sahaja umur 8 bulan. heh~

kepada penganjur contest gaya si comel berbaju raya, wahai yana (babyibu) dan azza (azzamoro), terima kasih memilih damia alani sebagai salah seorang pemenang. dan kepada para sponsor hadiah, terima kasih daun keladi =) tak sabar nak menunggu hadiah pulak. hehe~


mahu lihat senarai pemenang boleh klik di blog azzamoro dan blog babyibu. mommy nak kiss gudnite kat damia. bye!

November 26, 2010

all about my breastfeeding journey


just to share with you guys about my wonderful journey as a breastfeed mom in 9 months 3 weeks. hope you guys do not mind as too many stories about the journey in this blog world. as a breastfeed mom, we do share and we do care, right?

baiklah, bermula hari ini dengan sah nya aku telah pun berhenti sepenuhnya untuk melakukan aktiviti rutin aku di ofis iaitu 'pumping session' atau yang selalu aku sebut : mengepam. tapi, kalau di rumah aku akan tetap direct-feed lagi lagi balik dari kerja dan of course sebelum dia tidur. damia yang carik sendiri dan aku tak sampai hati tengok dia merengek rengek nak mommy dia even aku rasa agak sikitlah susunya berbanding dulu. tapi kalau damia yang takde bawah ketiak aku masa time tido, aku lah pulak yang nangis. heh~

sebenarnya dari umur damia dekat 8 bulan lagi susu aku mula berkurang dan aku mula bagi damia susu formula. sebelum decide nak beri susu formula, ia sangat merunsingkan aku hinggakan setiap hari aku berbincang dgn encik suami. tapi, encik suami sangat memahami dan mintak supaya aku tak stress dan doa banyak banyak. aku pikir mungkin balik dari bercuti ke krabi & phuket membuatkan susu kurang.. mungkin. tapi di sana, aku tetap menjalankan rutin aku. setiap hari at least ada 5 kali sesi pengepaman aku buat. banyak stok ebm yang aku bawak pulang dan aku tatang EBM tu mcm damia sendiri. tak lekang dari aku.tapi yelah, mungkin bukan rezeki damia lagi.

satu hari mengepam di ofis.. satu ketika dulu..

packing bawa balik bekalan untuk esok

alat yang amat berjasa untuk aku & damia

rasa sedih pulak =(

berbalik cerita asal, sebab apa aku decide nak stop? sebab aku dah dapat terima kenyataan yang aku dah tak produktif untuk mengeluarkan susu untuk damia alani, sedih juga tapi aku redha. setiap hari doa aku setiap kali lepas solat supaya dengan izin Nya rezeki damia mencurah setiap kali aku pam. tapi pada aku, setelah aku berusaha, berdoa dan bertawakal, tetap tidak mencukupi, mungkin Allah dah tetapkan sampai sini sahaja lah kot rezeki damia iaitu sampai usia damia nak masuk 10 bulan ni. alhamdulillah.. selama dekat 10 bulan damia lahir, aku dapat rasa seronok, sangat enjoy, ikhlas, bangga yang aku berjaya memberikan susu yang terbaik untuk damia alani.

moment terindah =)

darling mia dah kenyang? good girl!

kalau difikirkan logik oleh orang biasa (yang tidak BF) mungkin anggap BF ini memenatkan, tapi amazing-nya, tak pernah pun aku rasa penat malah rasa badan sangat ringan. tapi yalah, sesuatu pekerjaan tu tak semudah yg kita sangka. aku terpaksa hadapi banyak rintangan. ye.. banyak..

aku pernah rasa down bila tengok susu yang aku perah hari hari makin berkurang sebelum damia mencecah umur 6 bulan. hari hari aku tanya kenapa, sebab apa. dengan banyaknya nasihat dan tips kepada aku dan aku amalkan, aku berjaya catch up balik dan pengeluarannya memberangsangkan walaupun stok susu (EBM) semakin kurang ketika itu. pam satu hari cukup untuk hari keesokannya. kira 3-4 botol susu untuk kegunaan damia di rumah baby sitternya. contoh nasihat yang aku terima adalah cuba minum rebusan air longan, minum teh herba (sacred tea), banyakkan makan buah yang berserat, jangan skip makan nasi, tambah sesi pam dari 4 kali ke 5 kali, bangun kol 3-4 pagi untuk dapat susu berkualiti, dan macam macam lagilah. dan, disebabkan banyak (banyak gila okay!) blog pasal ilmu dan experience tentang BF ni lah aku dapat ilmu. dengan membaca blog ibu ibu yang tegar ni, aku pernah berusaha dan berazam nak jadi macam diorang. banyak lagi tapi ini adalah top 5 blog yg mesti aku kunjung :

1- kak farah owner sarakids yang berjaya, sering menceritakan pengalaman membesarkan anak anak yang comel dan bijak.

2- insiprasi untuk aku mengepam pada awal kelahiran damia, klik

3- mencari idea dan tips yang aku guna untuk menambah susu di kala production berkurangan, klik

4- kak hayatie yang siang malam pam susu. salute her! banyak sangat info dapat dari blog ni, dan

5- kak suraya owner lunatots bagi keyakinan untuk aku miliki spectra. juga banyak info dari kak su tentang growth spurt, tentang macam macam ilmu susu ibu. terima kasih semua..

lihat warna susu dlm botol. berlainan dengan susu formula kan?

dan, ada satu yang mahu aku kongsi disini. aku tau isu pasal susu ibu vs susu formula tak pernah habis di dunia blog ni. pendapat aku, bukanlah aku nak kata susu formula tidak baik dan tidak bagus. bagus juga. mahal pulak tu. bagi aku, yang mahal tu mestilah yang bagus kan? damia pun sekarang dah minum susu formula dalam lebih kurang sebulan lebih dah. dan mungkinlah sampai damia besar. plan aku, aku akan bekalkan damia dengan susu setiap kali ke sekolah. tapi buat masa ini, ternyata lah dia lebih suka susu mommynya. tapi aku lega sebab damia juga terima juga susu lain. sebab ada kalangan baby lain tak boleh terima langsung susu lain selain susu maknya. dan aku lagi lega damia boleh terima bermacam macam makanan. contoh, cekodok pisang, bahulu, cookies, ais krim mcd (sikit je!), mashed potato kfc, dan macam macam lagi lah. haih keluar tajuk lagi..

cumanya yang aku perasan, antibodi damia tidak lagi kuat berbanding ketika dia minum susu ibu. syukur daripada umur damia satu hari hingga berhari hari (heh~) hingga lah umur dalam 7 bulan lebih, tak pernah pun dia demam dan selsema yang berhari hari lamanya untuk sembuh. alhamdulillah. mungkin berkat susu ibu itu yang memang disaran dan disuruh dalam Al-Quran..

ini adalah catatan harian aku buat setiap kali habis mengepam di ofis. setiap hari dan setiap masa aku tak lupa untuk mencatat. untuk kenangan mungkin.




kiraan stok EBM di rawang & klang. senang ketika emergency

aku post entry tentang BF ini bukanlah untuk mengundang masalah atau apa. cuma untuk berkongsi pengalaman dengan gelaran aku sebagai ibu yang menyusu. dan sebagai ingatan kepada anak ku tersayang, damia alani, bila dia besar nanti terbaca blog kisah mommy nya. yeah~ harapan ku agar anak yang kedua nanti lebih lama tempoh penyusuannya. insya allah. tapi bila?? tungguuuu..

mommy loves you darling mia. always.. =)

kamus hari ini ;

BF : breastfeed or breastfeeding
EBM : expressed breast milk (susu ibu yang dibekukan)

November 25, 2010

blog meruntun jiwa

pagi tadi sebelum buka email kerja, aku terpanggil nak baca blog yang di-update oleh member blogger yang lain. terbaca satu entri dari blog kiena . kiena nih member aku masa di matriks ptpl. Dia juga sifu aku di alam blog nih. kiena posted tentang kisah sedih di satu blog ni. baru sahaja aku baca satu entri, terasa sungguh kehilangan arwah adik walaupun tak pernah jumpa. sedih sampai tak sedar aku dah mengalir air mata. 

buat mummy Alana dan daddy Alana.. tabahlah hadapi dugaan yang Allah berikan ini. percayalah.. adik Alana Qish menunggu kalian di syurga sana sambil tersenyum rindu. ~Alfatihah..

sesiapa yang ingin tahu kisah penderitaan adik Alana dan bagaimana perasaan rindu seorang ibu, ayah dan abang, silalah singgah dan baca "doa buat alana' ini.

p/s: betul kiena.. terus aku teringatkan damia alani. mungkin tak sama tapi perasaan seorang ibu tetap ada. rinduuuu mia… 

November 24, 2010

pengumuman pemenang gaya si comel berbaju raya

ditangguh lagi la. harini cuma ada senarai peserta sahaja. jumaat baru ada top 20 dan isnin barulah tahu sapa pemenangnya dan bolehla rembat semua hadiah hadiah yang best tu. =) first time masuk contest nih semenjak ada blog. hehehe. klik lah contest yang aku masuk ni. dah lama rupanya. tarikh 01 Oktober.

haih.. tiba tiba rasa berdebar pulak dengan entry oleh azzamoro dan BabyIbu. eksaited nak tahu announcement diorang hari nih. nampaknya hari hari lah aku mengecek blog diorang nih. heh~

gambar cilok dari BabyIbu & azzamoro

p/s: damia alani peserta no. 06 untuk kategori gegirl =)


November 23, 2010

i follow....

untuk menghargai para follower ku, hari ini dengan rasa bangga rajin (iyolah.. rajin update blog saja tapi nak mengemas workstation sendiri malas!) aku telah pun mem-follow korang juga dengan menyinggah blog yang sangat lah cantik cantik belaka and banyak info tu. maaf ya lambat sungguh nak mem-follow-back. terima kasih sudi jengah blog aku. huhu~

 

dan kepada blogger yang sudi tempek komen di shout box aku, aku sudah pun singgah blog korang juga. terima kasih banyak banyak. dapat juga baca the latest entry dari korang. harap kita dapat kongsi ilmu bersama. hip hip hooray~



November 21, 2010

review barang percuma

setelah berjaya mempromokan cara cara untuk mendapatkan contact lenses percuma dalam blog daku ini (berjaya ke?? berjaya updatela adala) dengan rasa bangganya aku telah pun berjaya meng-redeem contact lense aku di kedai eyewear yang aku pilih untuk collect. so, beginilah rupanya contact lenses percuma itu...



review : rasa macam tak pakai lense langsung.. siyes beb!

November 19, 2010

contact lenses percuma


pengumuman untuk para pemakai contat lenses sahaja.

sila lah ke laman web acuvue atau terus ke laman promo love-this-feeling untuk dapatkan free trial contact lens untuk 3 hari. senang sahaja. cuma isi personal detail anda, then next, pastu next, print form, and.. done! percuma.. sapa nak bagi?



pagi pagi baca email

pagi tadi sampai office, sebelum mengecek akaun nuffnang yang tersayang (ehem~ bodek bodek), buka dulu yahoo mail. ada satu email dari kidspot.com.au yang belum dibaca.

 
yup.. damia dah pandai wave tangan dia bila kita kata 'bye-bye' or 'bye damia'. lagi pulak kalau orang yang mendukungnya tu pakai baju lawa, pakai tudung, wangi wangi, atau tengah pegang kunci kereta/motor, lagi lajulah dia melambai lambai. hihi.. damia alani memang suka berjalan!

lepas ni nak ajar damia salam pulak. lagi satu skill damia kena pandai adalah flying kiss. real kiss mommy kata : no no no. dengan yang muhrim je boleh. haha..

November 9, 2010

jualan murah ke langit.. kembali!!

dia muncul kembali! weehoo~ cepat korang.. membeli ketika ini memang berbaloi. takkan rugi!


info tentang promosi MAS, tempah dari 08 Nov 2010 hingga 15 Nov 2010 untuk penerbangan dari 08 Dec 2010 hingga 30 Sep 2011. lama tuu.. boleh tempah dua tiga tempat tu. hehe.. aku dah riki riki tempat. memamg murah... juling mata aku jap nengok banyak nau tempat nak pilih. hehe~

 

dan info tentang promosi air asia, tempah dari 09 Nov 2010 hingga 14 Nov 2010 untuk penerbangan dari 01 July 2011 hingga 10 Nov 2011. tahun depan punya plan, kena rancang betul betul. rugi beli kalau tak pergi. nasihat mengikut pengalaman. huhu~

jom cepat klik air asia dan malaysian airlines system untuk menempah atau saja mahu cuci mata.. =)

November 1, 2010

mode : zero



kenapalah kebelalalakangan ini, sangatlah rasa malas, tak produktif sungguh. rasa down gile seyh.............

rasa macam nak gigit gigit sesuatu! sigh~~~


gigit nih boleh tak??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...