April 29, 2015

[Review] Hard Rock Hotel Penang yaww!

Pulau Pinang Pulau Mutiara
17 - 19 March 2015

Penang! Alhamdulillah.. pertama kali stay di Hard Rock Hotel Penang pada 2013. Disebabkan rasa tak puas duk hotel ni dulu sebab tak dapat explore seluruh hotel, so this time kami pilih untuk stay Hard Rock Hotel Penang lagi. Tempah di Agoda.com lah apalagi kan. Lokasi di Batu Ferringhi. Walaupun hotel jauh dari bandar atau area Gurney, memanglah senang nak makan dan belambak shopping mall di sana, suamiku tetap pilih HRH juga. Paling utama tujuannya, untuk Annya Nopal boleh main water slide sampai muntah. Ahahaha…

Walau tak besar mana water slide di HRH ni kalau nak compare dengan HRH Bali (tinjau tinjau dari jauh je sebenarnya, back in 2008) tapi tetap meriah and happening, for the kids!

Day 1 kami sampai dah petang. Lepas hajat jap pekena nasi kandar asli di Original Kayu Nasi Kandar. Check in di HRH, Annya Nopal tak sabau nak terjun kolam. Tapi sebab dah petang, Annya Nopal cuma rendam kaki di kali air, gitu je. Then melawat jap tengok mana aktiviti diorang boleh join di Lil Kid’s Club (now dah tukar nama Roxity Kids Club). 


Posing paksa. Muka tu, tak sabar nak berendam.



Dah Maghrib, siap siap mau dinner di Hard Rock Cafe. Best!! Sebab malam tu live band from local, orang Penang, Malaysia. Some cafes nowadays selalu amik band Philippines which aku tak berapa nak suka walaupun suara tip top. Agaknya sebab rasa tak feel kalau tak dengar sikit lagu Melayu, kot. Aku banyak songeh pulak tetiba. Lagipun, masa pergi HRC Melaka last year, masa tu theme Deepavali pulak, sambil makan sambil layan menari Banghra. Huhuu.. So kali ni di Penang, sangatlah puas hati. Kalau tak silap vokalis malam tu, Malaysian rockers dari kumpulan Data yang dolu dolu femes lagu Permaisuri. Apa lagu pun dia duk nyanyi, sedap hokeh suara dia, tak sangka you! Coz dah pukul 1130 malam, kids tak dibenarkan stay dalam HRC, kami sambung layan live band kat tv bilik hotel. 



Annya tak makan pun. Mommy yang kena habiskan.

Day 2, aktiviti berendam yang dinantikan selepas breakfast. Annya Nopal ni stylenya, boleh bangun pepagi kalau duk hotel. Kat swimming pool HRH ni best sebab diorang akan adakan macam macam game (#gametepikolam) yang kalau tak ikut rugi sebab nanti tak dapat hadiah. Sesambil order milk shake dengan kentang goreng dua tiga kali, makan tepi kolam, aku tengok tengokkan gak apa yang dibuat Annya yang suuuuuka ya amat berendam dalam kolam lama lama. Si Nopal tak habis habis naik turun water slide kaler purple. Nasib lah nak ooi, dari pukul 9 pagi sampai 3 petang berendam dalam kolam!


Benda ni lah Nopal duk merepeat berpuluh kali!

Milkshake with extra cherries. Nopal's favourite.




Memasing dah lapar, kami pun ke Paragon Mall di Gurney Drive mencarik makanan. Dah malam sikit baru pulang ke Batu Ferringhi jalan jalan cuci mata di Pasar tepi jalan sebelum pulang hotel. Oh ya, di HRH ada Tabu Teens Club  Kalau boring duk bilik, nak main pool ka, main PSP ka, atau nak tengok movie reramai, boleh lepak sini. Hajat aku nak potong rambut di Glamor Hair Salon which is next to Tabu Club tu je, tapi kedai dah tutup.


Duta Crocs kew?

Mommy & kids, Paragon Mall, 18 March 2015

Tabu Teens Club

Day 3, sebelum check out dan pulang ke KL, suami ajak masuk Rock Shop sebab kalau stay HRH, complimentary 10% off on selected items at Rock Shop. Kat HRH Penang ni ada dua Rock Shop. Satu di lobby hotel and satu lagi, besar sikit shopnya, kat luar dan bukan di bangunan hotel. Oh ya, if stay di HRH pun dapat 10% off on food & beverages di HRC. Satu lagi complimentary kalau stay HRH, uols akan dapat free music download. Just visit music.hardrockhotel.com then masukkan private code, and wallah, berderet lagu free! Cool, right? Atau visit Sound of Your Stay kat HRH website kalau nak tahu lebih lanjut.

Next wishlisht yang kena mengena dengan Hard Rock. Ecewah! Mahu stay di Hard Rock Hotel Bali. Masa honeymoon dulu tak dapat duduk sana, just lepak minum di HRC je. Dari jauh nampak macam sangat best sebab sangat besar hokeh kawasan hotel dan sangat happening sebab ramai gila manusia time tu di HRC coz Bunga Citra Lestari tengah perform. DAN, nak gi minum kat HRC Kota Kinabalu.. new opening uols!! 

Till then, bye!









 

April 23, 2015

Rosak. Tergendala.

M A A F semua!!
Laptop ROSAK buat kali keduanya!
Jadi, segala kerja kerja pengupdate-an tergendala ya..
Sedang berusaha membaikinya. Atau mungkin terus menghapuskannya.

Nantikan entri short getaway ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan Pulau Pinang Pulau Mutiara dan juga ke Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia.
Tapi uols kena tunggu laptop sudah pulih.



 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...