August 29, 2010

ayam percik rojak singapore di shah alam

semalam (sabtu) sempat jugak ke bazaar di pkns shah alam lagi. yeay.. kali ni sempat jugak snap gambar. ~ngehngeh..

damia qeue beli ayam percik mak long

masam nya muka anak mommy nih!

ok. saya nak peha 3, kepak 3 ye makchek!

ayam percik nih memang kawww habes!

rojak singapore..oh yeah~

menarek tertarek kau memang da bom!

damia buat muka blur

semua tujuh hengget.. ok. damia bayar.

jom lah. sempat lagi nak pergi. selamat ber-iftar!

August 28, 2010

blog makeover

belom siap sepenuhnya lah tapi tak sabar sabar. ok ka??? =p


August 27, 2010

Nuffnang oh..

oh my dear Nuffnang, why you are not appear in my blog?? almost 4 days dah ni. other blog sungguh rancak. digi lah. air asia lah. ellesse lah. but my blog?? why ah Nuffnang?

ini betul betul iklan nuffnang!

August 24, 2010

wahai PTPTN ku sayang!


perkhabaran dari PTPTN datang lagi! huwaaaaaaaaa~ malas akak nak pikir! raya dulu lah.

August 22, 2010

Expo dan Damia

patutnya aku meng-review pasal parenthood expo.

tapi sebab terlalu ramaiiii sangat manusia, aku tak bermaya nak snap gamba semasa di expo tu. cumanya nak cerita, sempat membeli momma bottle feeding color orange, heinz farley's rusks, food organic bubs, present untuk cousin yang kiyut alyahani, present untuk adek amsyar, dan present untuk baby is & sri.

nih ade sekeping nih je aku sempat snap before masuk ke dalam expo tu. tadaaa~~

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


damia shopping MNG!! jangan jeles akak-akak. =)

August 19, 2010

mari lah kita beramai ramai


hari esok. jom lah kita beramai ramai mengeringkan poket kita. tak semestinya kepada para mommies sahaja ya yang boleh datang. makcik makcik yang ada anak sedara tu, nenek nenek yang ada cucu tu pun boleh pergi. untuk kawan kawan yang belum kahwin pun boleh datang. carik present untuk kawan kawan yang baru deliver. kaan??

bulan may lepas dah pergi juga. tapi title lain lah. mom & baby expo. banyak juga online shop yang participate. yang kali ini tak tahulah pulak. nampaknya banyak kedai kedai biasa kat mall. tak apalah yang penting harga lebih murah daripada biasa. heh~

aku pulak plannya nak mencarik barang untuk buat present untuk 2-3 baby. hmm.. kalau pergi awal, boleh berbuka puasa di rumah sahaja. dan, parking pun senang. kan?

August 18, 2010

doa di Solusi

terbaca satu petikan di sebuah majalah. majalah Solusi. tentang doa. sangat menarik dan menginsafkan aku sekejap. ye betul. terasa diri sangat kecil dan sangat hina bila aku berdoa. apa yang aku doa? tak perlulah di kongsi kan. tapi aku percaya, Allah uji kita dengan satu masalah supaya kita tidak lupa dan sentiasa bergantung padaNya. dan Allah itu Maha Mengetahui. mungkin doa kita cepat dikabulkan atau lambat semuanya bersebab dan mesti terima yang itulah yang terbaik untuk kita.

dalam petikan majalah ni, ada yang buat aku tersedar. antaranya :

1- Allah menyuruh hambaNya berdoa padaNya
bayangkan Allah yang suruh kita meminta minta padaNya. buatlah sahaja. kalau nak feel, dengan khusyuk lagi tawadduk, time malam malam tu, baru syahdu. tapi jangan pulak kita doakan yang buruk untuk orang lain. itu memanglah tak elok. yang penting hati kita tenang. bagi aku, kalau mengadu nasib kat orang pun, kita akan rasa tenang. ni apatah lagi denganNya. takda sapa dengar. takda malu apa pun kalau hingus meleleh leleh nangis mintak ampun.. huhu~

2- berdoa lambang kehambaan pada Yang Maha Esa
betul. masa berdoa nih lah aku rasa aku nih makhluk yang hina dina, lemah, jahil. rase kecik teramat sangat dengan Allah. juga salah satu cara kita mengakui kewujudan Allah. dan berdoa ni boleh hilangkan rasa sombong kita kepadaNya. Nabi nabi lain pun berdoa, mintak sesuatu dengan Allah. apatah lagi kita manusia biasa ni kan.

3- wajib memuliakan Allah setiap masa
ketika berdoa praktikkan selalu memuji padaNya. Allah suka dipuji. kalau taktau dalam bahasa arab ya habibi, ya maulana, dalam bahasa kita pun boleh. pastu ditambah selawat untuk Nabi Muhammad saw. dalam majalah tu suggest ucap 'Ya Rab' sebanyak tiga kali setiap kali berdoa. cubalah..

4- firman Allah;
"berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku (Allah) akan perkenankan" (surah Al Ghafir 60)

Dan, ada satu lagi info untuk aku berkongsi bersama iaitu doa doa yang tidak terhijab lagi mustajab:

1- doa ibu kepada anak anak
2- doa anak soleh yang mentaati ibu bapa
3- doa orang teraniaya
4- doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat
5- doa orang musafir
6- doa orang yang berpuasa ~~mari doa cepat sempena ramadhan nih!


majalah ini dibeli oleh encik suami setelah di-suggestkan oleh ustaz IKIM yang best dan juga bekas pensyarah UIAM iaitu Ustaz Hj Zahazan Mohamed di suatu kuliah Subuh di surau teluk gadung.

review ku : menarik - seronok baca sebab gaya santai - insaf - banyak info.

silalah dapatkan di pasaran. kat kedai majalah yang kecik macam kat tepi tepi bus stop tu pun ada. yang besar besar macam Konikuniya, Popular ka tak tahulah pulak. rupanya dah isu ke 22 baru ku tahu ada majalah ni. ingatkan majalah Al-Islam sahaja. heh~

aku baru tahu kewujudan majalah solusi ini. teruk kan?

aku bukanlah alim sangat. cumanya, ingin berkongsi bersama dan ingat mengingati sahaja. happy reading~

August 17, 2010

hujung minggu di bulan ramadhan

kami sefamili (encik suami & damia sahaja pun) berhujung minggu di Jalan TAR & Mid Valley & bazaar ramadhan PKNS Shah Alam. uish. terkejut mula mula tengok jalan kosong area KL. almaklumlah tengah bulan agaknya. ataupun ramai yang berehat rehat sahaja di rumah. mungkin petang baru nak serbu bazaar agaknya. agaknyalah..

mula mula destinasi kami di Jalan TAR ialah Sogo. apa lagi.. sebab nak carik air-cond. panas beb. mau tekak haus. tak pasal pasal puasa hilang pulak. heh~ damia lah yang seronok. lepas suap damia makan mashed potato KFC (yummy~) terus gerak gi jalan area Semua House. ramai pulak orang. baru ku tahu tengah-tengah Jalan TAR tu ade Hotel Noble. tengok harga standard room rm150. hokey lah kot kan. tempat memang strategik tu..

damia tengok je tau. rm5 tu.. mahal!

then, tiba tiba encik suami ajak ke Mid Val. hmm boleh juga. boleh cuci mata. best therapy for woman. biase aa kan. ~heh. first place to go is baby's room. cuci poo poo damia. baby's room di jusco dah pernah pergi. this time nak pergi kat metrojaya lah. even kecik tapi sangatlah bersih. dan.. banyak toys. bumbo pun ade. yeay~ tumpang sekaki-lah damia kan. nak beli, tidaklah..


eee-yaah.. pesal lah jauh sangat nih.


yeaa.. dapat jugak.


ambik lagi satu bley??

menuju ke tempat mommy & abah mesti pergi bawak damia. Toys'R'us!! damia eksaited sungguh kat dalam tu. boleh dari mengantuk tak jadi nak tido..


tok abah borek. cucu rintik.


encik suami : damia nak tak?


damia : tak nak!
encik suami : haa.. ok! save duit aku
.

still, takde beli apa apa kitorang decide pergi bazaar Ramadhan. mommy terlupa nak ambik gamba coz dah ramai orang serbu bazaar tu. takut food abis, dan takut jalan jem nak balik Klang, jadinya kitorang cepat cepatlah membeli. next time kalau pergi lagi, akan update entry with pictures okay. menu utama di bazaar nih, Ayam Percik Kak Long & Murtabak Ayam tagline telor dibasuh dahulu. kebersihan diutamakan. i loike!

so, readers... hujung minggu apa buat?

to PakLang Klang: semoga sembuh cepat, boleh berbuka di rumah. untuk pengetahuan umum, paklang di tahan wad HTAR sabtu lepas.


August 13, 2010

Innit Nuffnang

baru sahaja registered di innit by NUFFNANG. adalah dalam 2-3 hari yang lepas. after a few seconds posted something, erk.. maybe a few minutes lah kot.. dah ade 2-3 strangers yang datang menjengok blog aku yang serba kekurangan ini. uhuk.. adalah jugak yang bertukar tukar info. dan paling penting boleh menambah rakan rakan taulan. thank you to nuffnangers yang sudi menjengok disini. and to NUFFNANG... THANK YOU so much!!



August 12, 2010

you Touch. N.. you Go!

tengoklah apa aku dapat bila men-top-up touch n go petang tadi kat kaunter touch n go di Faber Towers...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


yeaay! save bajet bulan ni untuk toll expenses aku. sapa nak bagi? heh~ bagus betol kerajaan bagi insentif macam nih. bagus bagus. menyenangkan hati rakyat. macam tulah yang kita mau.. hihi.

disebabkan aku dok ulang alik klang - kl - klang ikut KESAS, memang berbaloilah aku dapat rebat ni. aku kira-kira.. kalau satu bulan tu katalah 20 hari ke ofis, 5 tol aku lalu, dah 100 kali penggunaan. tu belum kira klang - rawang - klang ikut NKVE. masyuuk..

ini bukan iklan nuffnang ok.

tapi bila aku cek dalam website, jumlah sebenar rebat tak sepenuhnya di masukkan dalam jumlah rebat yang dapat tu. maksudnya macam masih ada lagi baki rebat yang di simpan oleh pihak touch n go. aku dah tanya call centre and diorang kata disimpan point tu sikit just in case. bila tanya case apa taktau pulak. mengikut arahan sahaja. hanginlah kejap aku. tapi tak apalah. malas nak bising bising. orang dah bagi duit tu dah kira oklah tu. ok apa.

hmm.. terima kasihlah kerajaan Malaysia yang bagi insentif untuk rakyat. dan nak tahu lebih lanjut pasal rebate merebate nih silalah klik di sini. cepat cepatlah pergi kaunter touch n go. tengok berapa rebate korang dapat pastu share kat sini ye?

August 11, 2010

01 Ramadhan 1431H

gambar adalah hiasan semata mata

tahun ni very the first time berpuasa dengan kehadiran damia alani.. hmm. tak tahulah apa yang bakal cabaran akan menduga. harap harap Allah duga berpatutan dengan ketabahan hati aku. amiiin..

terfikir fikir macamanalah agaknya puasa aku tahun ni ye. hari hari doa dapatlah puasa penuh tahun ni. tahun lepas alhamdulillah puasa penuh walaupun pregnant. orang kata, ibu yang breastfeed nih mencabar sikit puasanya. harap harap dipermudahkan.

risau sangat stok EBM (express breast milk: susu damia) tak mencukupi. kesianlah damia if tak cukup. orang kata, kena banyakkan mengepam tambah lagi waktu malam. haish.. susahnya aku nak bangun malam. untuk damia, cubalah usaha jugak kan. lagipun sekarang damia dah pandai makan. so EBM agak kurang sikitlah diminum. bile kurang, banyaklah dapat dijadikan stok. cukup. mesti cukup. Insya Allah..

malam tadi dapat buat first tarawikh tahun ni. solat tarawikh pun di rumah je. tak dapat pergi masjid. macam tahun lepas. meriahnya dapat pergi solat ramai ramai kan. seronok sangat. walaupun aku buat 8 rakaat je pun. heh~ takpe takpe. nanti damia dah besar boleh teman mommy gi masjid kan.

ok ok. dah ada blog ni bolehla buat ucapan sikit di hari baik bulan baik ni. =)

to all my readers,
(kuang kuang.. berangan sekejap! ade ke?? macam senyap sunyi jek. hahaha~)
selamat berpuasa. selamat mengerjakan solat tarawikh. rajin rajin bangun sahur. shopping kat bazaar ramadhan tu ingat ingat orang sebelah tengah beratur gak. beli murtabak tu 1-2 keping cukuplah. hihi..

to my bidadari kecil,
damia tak boleh puase lagi sekarang. minum je susu mommy banyak banyak. dah besar sikit nanti kena puasa tau. jangan tinggal solat wajib. nanti teman mommy solat tarawikh kita pergi masjid sama sama. okay?

to encik suami,
tak sabarnya nak shopping raya.. ngehngehngeh~

August 10, 2010

swim.. baby swim

last sunday petang, damia dan abah ade sesi berendam air sejuk. seronok nya kemain anak dara ku itu. tersengih sengih sampai ke telinga dapat berendam dalam air. lagi pulak ramai budak budak kecik kat dalam pool tu. sukaa sangat damia. tengok tu.. alahaii..


siannya dia. mana bikini damia nih?? (ayat pancing untuk encik suami)

sebenarnya aktiviti berendam nih adalah aktiviti tidak dirancang. jadinya, semua peralatan mandi untuk si kecik itu adalah bertemakan 'belasah apa yang ada'. dengan tak berbaju. dengan pakai panties dress dia. hahaha.. mommy taktaula damia abah nak bawak damia ber-swimming. so mommy takdelah nak carik bikini untuk damia lagi. mungkin lepas nih. bolehla kite shopping bikini. yeay~ hmm.. what will be damia's first bikini eh?


like this?
or this?

and aku ade jugak google pasal baby swimming lessons dalam youtube tau. ade dekat china sana, diorang train baby ber-swimming gune swim ring. so cute baby dalam tu. macam anak obor-obor. ~heeee.. kat mane ye nak carik baby-bath-swim-ring nih. ade ke jual kat malaysia. yang aku jumpe kat dalam facebook. brand swimava. mungkin di ebay ada kot. wah~ semangat aku nak beli barang di ebay pulak kan. cube tgk baby swimming then pakai benda alah ni. eei comel okay~


hmm.. kadang kadang kan baby stuff nih ada yang memang berbaloi dibeli. kadang kadang tu mommy dia yang over eksaited nak beli itu ini. tapi at the end, barang tu tak berusik langsung pun. tepuk dada tanya selera. yang penting, damia kena pandai swimming okay. mommy suke..


August 9, 2010

rentetan damia berkhatan

baiklah. macam entri lepas, dah janji nak update pasal damia berkhatan kan. adik adik.. perkataan berkhatan ialah bersamaan dengan bahasa orang kampong iaitu bersunat. bahasa iklan ialah 'potong'. heh~ same lah tu... dulu-dulu macam mama aku cerita, yang menyunatkan budak perempuan nih mak bidan je. aku pun dulu mama suruh mak bidan yang sunat kan. ingat lagi, kalau balik dari sekolah agama nampak mak bidan tepi jalan sambil kunyah sireh, memang kayuh basikal laju laju punye. apesal tah. kecut je semua orang. aku pun pelik. mak bidan tu bukannya nak sunat 2 kali pun kan..

jadinya, damia aku decide nak sunatkan masa umur 6 bulan. mama cerita aku kena sunat mase umur setahun. oklah tu. anak lagi mesti kena advance dari mak kan. barulah anak solehah. hihihi..

so... hari sabtu lepas aku bawak damia ke klinik harian biase di rawang coz last weekend aku ade tercongok kat rawang lagi. aku decide bawak ke klinik islam dan ada doktor perempuan. aku nih punyalah bayangkan damia akan menjerit sekuat hati kan. aku pun standby lah segala macam stuff dia untuk tujuan melalaikan dia nanti. macam puting dia, lily dia. tapi tidak.... tidak sama sekali. damia merengek perlahan je. pastu dengan selamba dia terus nak berdiri. heh. tak sakit eh damia. cayalah~


terus carik lily. damia nak ngadu ke? alalala..

then tibe tibe. after doktor dah selesai tugas dia, doktor tu bagi satu soalan.
" kenapa puan hantar anak puan berkhatan ye?"

mama pandang aku. aku pandang mama. doktor nih biar benar. katanya perlukah seseorang bayi perempuan tu disunatkan. haish.. dah dipanggil pun sunat. so sunat lah. buat dapat pahala. tak buat tak berdosa. tanya punya tanya. rupanya doktor nih tengah buat research. sebab, di luar negara katanya, diorang bukan buang sedikit malahan buang semua dan dianggap sebagai penganiayaan terhadap perempuan. hmm... dan, di Malaysia nih orang kita selalunya menganggap bersunat itu hanyalah sebagai amalan dan tradisi yang mesti kena buat.

aku pun dengan rajinnya lepas balik dari klinik tu, nak gak dengar pandangan orang lain kan. so, aku dapat sesuatu info dari petikan ini. dan, terbaca jugak di salah satu blog yang mengatakan :

Dr. Yusuf Qardawi dalam Fatwa-Fatwa Mutakhir juga berpendapat, semuanya bergantung kepada ibu bapa kepada kanak-kanak itu. Jika mereka hendak mengkhatankan anak mereka, ia diharuskan, dan sebaliknya jika mereka enggan melakukannya, ia tidaklah menjadi suatu kesalahan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang cenderung untuk mengkhatan anak-anak perempuan mereka, beliau menasihatkan agar dikhatankan sedikit sahaja daripada kulit, berdasarkan sebuah hadis Nabi s.a.w.:
"Potonglah sedikit sahaja dan jangan sampai ke akarnya kerana ia mengelokkan wajah dan menyenangkan hati suami." (Hadis Daif)

bagi aku, bersunat ini salah satu cara untuk menjaga kebersihan dalaman dan luaran. samalah seperti sebab kenapa orang lelaki bersunat. yang penting damia sudah. anda?? heh~~


August 7, 2010

SUNAT or KHATAN?

damia sudah dikhatankan. ~yeay! will update later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...