August 12, 2010

you Touch. N.. you Go!

tengoklah apa aku dapat bila men-top-up touch n go petang tadi kat kaunter touch n go di Faber Towers...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


yeaay! save bajet bulan ni untuk toll expenses aku. sapa nak bagi? heh~ bagus betol kerajaan bagi insentif macam nih. bagus bagus. menyenangkan hati rakyat. macam tulah yang kita mau.. hihi.

disebabkan aku dok ulang alik klang - kl - klang ikut KESAS, memang berbaloilah aku dapat rebat ni. aku kira-kira.. kalau satu bulan tu katalah 20 hari ke ofis, 5 tol aku lalu, dah 100 kali penggunaan. tu belum kira klang - rawang - klang ikut NKVE. masyuuk..

ini bukan iklan nuffnang ok.

tapi bila aku cek dalam website, jumlah sebenar rebat tak sepenuhnya di masukkan dalam jumlah rebat yang dapat tu. maksudnya macam masih ada lagi baki rebat yang di simpan oleh pihak touch n go. aku dah tanya call centre and diorang kata disimpan point tu sikit just in case. bila tanya case apa taktau pulak. mengikut arahan sahaja. hanginlah kejap aku. tapi tak apalah. malas nak bising bising. orang dah bagi duit tu dah kira oklah tu. ok apa.

hmm.. terima kasihlah kerajaan Malaysia yang bagi insentif untuk rakyat. dan nak tahu lebih lanjut pasal rebate merebate nih silalah klik di sini. cepat cepatlah pergi kaunter touch n go. tengok berapa rebate korang dapat pastu share kat sini ye?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...