July 27, 2011

lama.tak.update.blog.

lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.lama.tak.update.blog.


May 6, 2011

pesanan penaja di bulan lima

sudah lama tak sampai sini... kesian blog aku dipinggirkan. takleh tido pulak pukul satu pagi, tetiba teringat kat blog yang sepi nih.. haish.. patutnya aku kena tukar blog title aku dari 'mungkin.esok' ke 'sepi.nyepi' sebab sepi manjang je.. sudah.... mau paksa tido. kalo tak, esok kerja aku jadi carca marba. semua benda aku tak paham. nite nite~



April 24, 2011

nana my besties juga

sebenarnya aku ada ramai kawan. heh~ tapi aku nih macam malas nak bercerita pasal mereka semua. kenapa? sebab kadang kadang aku rasa waktu sekarang sangat terhad utk spent time bersama kalau nak compare dengan waktu remaja dulu. jadinya, nak mengaku besties tu agak malu sendirilah. so semua macam kenangan terindah sahaja. nantilah. nantikan kemunculan mereka satu persatu di blog ni. heh~

ok abaikan bebelan di atas. rasa ayat macam tak kena tapi malas nak betulkan. ok, aku nak cerita pasal nana.

myself-nana-damia alani umur 11 bulan
(apasal aku macam mak nenek je tu??)

nana was my besties masa belajar di labuan dulu. teman aku study. teman aku makan. teman aku shopping perfume di bandar labuan. teman aku segala. macam belangkas juga kami. cumanya kami tak duk satu apartment. jauh gak blok kami. tapi tetap bersama. ecewah gitu. kepala otak sama je. bila time nak kutuk org, mesti panjang berjela. sampai tatau cemana nak stop mengumpat. time nak study, mesti sama sama give up dan tutup buku. bila time nak berebut dengan budak kel**** kat bilik tv semata nak tengok Zahid AF, mesti bersatu bergabung.. meletop. pendek kata, panjang tak kata, my best friend forever lah. =)

foto kenangan dengan nana di labuan

lagi, kalau nak korek rahsia aku semasa di labuan, jom layan gambar di fotopages aku ni. yela, dolu dolu mana reti main fesbuk, blog bagai. naif la katakan. ngee~

by the way, HAPPY BIRTHDAY TO YOU, NANA dearie! walaupun kita dah berjauhan, namun aku harap persahabatan kita kekal. maaf tak dapat luangkan banyak masa bersama. terima kasih 'sanggup' jadi sahabat aku.. hahaha~ kerja elok elok. jaga kesihatan kau. aku doakan kau akan bertemu penjaga hati kau nanti. sooner or later, u will find one. aku doakan. do not worry so much. keep in touch, babe! love you!

notakaki : maaf, aku terpaksa meng-schedulekan publish date entry ini. sebab takut kesibukan melanda pada hari jadi kau nanti. =P

March 19, 2011

sibuk keluar kerja tapi sibuk masuk kerja

okay. lagi sekali mau cakap.. lama rasanya tak meng-update blog.

alasan pertama : busy.
alasan kedua : sangat busy!
alasan ketiga : mak sibuk, nok!!

macam hal la sibuk. meh cite satu persatu.

haa yang pertama, sibuk sebab diberhentikan kerja. oops.. bukan bukan. aku terima tawaran VSS daripada company. maksudnya, aku pilih untuk berhenti kerja dan company bayar sedikit pampasan. jadi, macam macam hal lah nak diselesaikan sebelum meninggalkan company yang terchenta. yang utama ialah urusan di LHDN. sebab tahun yang last aku hantar borang tax ialah tahun 2005. tu pun bapak aku tolong isikan dan 2009 pulak aku memandai submit guna e-filing tapi salah pulak tu. bila dah kelam kabut, baru ku tahu e-filing ni memang wajib kena buat tiap tiap tahun. jadi, kepada kawanku sekalian, mesti buat e-filing tau! ni, duta LHDN nak bagi warning. ngee~

alasan aku yang kedua, sibuk sebab kerja baru. Alhamdulillah. hari terakhir aku kerja di UEMB, esoknya aku sudah mula bekerja tempat baru, di Nestle. aku anggap 'rezeki anak' sahaja. walaupun dalam tempoh tertentu, mana tahu rezeki ku lama di Nestle, mungkin. banyak benda kena belajar. benda baru, dunia baru. di ofis pun masih terkial-kial nak belajar, jadinya tidak ada masa nak membelek blog di ofis. handphone pulak canggih sangat sampai blog pun tak boleh nak baca. hahaha~ nantilah, mana tahu ada rezeki lebih, bolehlah upgradekan diri dan bolehlah berblog di mana mana. manalah tahu kan.

yang ketiga, sebab inilah. sebab baru sahaja keguguran. berpantang di kampung suami. jadinya masa banyak terlebih. bolehlah nak mengupdate itu dan ini. maaf ya kalau kalau tak ada cerita 'fresh' di blog ini. tak boleh sekerap dulu. tapi jika ada cerita terkini, akan aku usahakan. ecewah~

terima kasih kepada yang menunggu update di blog ini. harap alasan dapat diterima ya.

damia alani tetap pembaca setia blog mommy kan? kan? cayang buah hati mommy nih!


March 18, 2011

Alfatihah untuk anakandaku Muhammad Amin binti Masjuliana

Assalamualaikum semua,

bagaimana agaknya hendak memulakan bicara ya. rasa dah lama tak mengomel dalam blog sendiri.

hari ini genap selama 7 hari arwah anakandaku dilahirkan dan dikebumikan pada hari yang sama. pada hari kelahirannya juga di serahkan kembali kepada Yang Maha Esa. sesungguhnya mommy dan abah redha..

arwah Muhammad Amin dilahirkan pada hari Sabtu 12 March 2011 bersamaan 7 Rabiulakhir 1432H pada pukul 10.30 pagi. yang akan mommy ingat sampai akhir nyawa mommy bila tangan mommy sendiri yang sambut kelahiran anakanda Muhammad Amin dan disaksikan oleh abah sendiri.

dan, untuk pengetahuan damia alani, damia memang ada adik. adik lelaki tau. tak ada buktinya sayang, tapi damia memang ada adik lelaki yang menunggu mommy dan abah di pintu syurga. moga moga. amin~ mommy dan abah sentiasa doakan alfatihah untuk adik supaya gembira di atas sana. damia pun dah besar nanti selalu doakan adik juga ya.

 satu satunya bukti mommy mengandung kali ke 2 selepas damia alani..

kepada semua rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraanku dan meng-amin-kan doa doa ku di facebook, terima kasih yang tak terhingga. ramai sungguh. nak senaraikan di sini sangat panjang. maaf tapi aku sangat sangat menghargainya. terima kasih.

terima kasih kerana mengaminkan doaku.

terima kasih semua.

alfatihah~

mungkin ramai yang terkejut sebab aku tak berkongsi cerita tentang kandungan kali yang ke-2 ini, tapi ramai lagi yang agak terkejut dengan berita kelahiran anakandaku yang terpaksa digugurkan ketika usia kandunganku sudah mencecah 23 minggu (5 bulan). semua itu aku anggap urusan yang terbaik dari Allah dan kehendak Nya. kita hanya merancang dan Dia yang menentukan. apa yang terjadi, aku percaya ada hikmah disebaliknya. 

untuk Muhammad Amin, alfatihah untukmu...



Muhammad : memuji, kepujian, nama Rasul Allah yang terakhir

Amin : yang amanah, yang dipercayai, pemegang amanat


March 5, 2011

pukul berapa datuk harimau


erk ok. takde kena mengena langsung tajuk atas. heh~ 

lama tak masuk sini. ada masa kejap ni bolehla aku buang buang habuk sikit. 

alamak, da kol enam. solat asar pun belum ni. 

ketemu nanti ya. chiao~

February 22, 2011

Februari ini...

februari ini damia alani sudah pun setahun..
(erk, aku yang lambat announce kot!)


semoga jadi anak solehah ye mia cayang..
 

February 17, 2011

imbau zaman kecik

masa jalan jalan di OU, aku ada ternampak satu permainan kat satu kedai nih tau.. teringat masa zaman kecik kecik dulu. bila bagitau kat encik suami, katanya dia pun ada pernah main benda alah ni jugak. korang pernah main tak? halah, main pancing ikan tipu tipu. halah, yang konon konon kita tengah tangkap ikan yang tengah nganga nganga mulut. halah, yang macam gambar nih...


haaaa.. ingat tak??? korang misti penah main kan? tengok harganya.. mak haih. RM33! gila mark-up!! aku rasa dulu masa bapak aku beli takdelah semahal tu. terus tak jadi nak belikan untuk damia.

tapi. kalau ada sesapa yang baik hati nak kasi hadiah hari jadi yang pertama untuk damia alani, apa salahnya. walaupun hari sudah berlalu tapi hadiah masih boleh terima. heh~ heh~ heh~
(ok, sila jangan lempang sekarang)


notakakitapibukansilapnotatangan: ada lagi satu mainan yang aku dok cari untuk damia. yang ada 3 ekor penguin yang terkedek kedek naik atas tangga pastu turun laju ke bawah pusing pastu naik tangga balik. haa.. yang tulah! ritu jumpa kat down town cheras tapi pakcik jual tu cakap dah habis tatau bila ada stok. huh kempunan aku. jadi sesapa kalau jumpa silalah bagitau. okeh, ni takyah kasi hadiah sebab dah bagi ikan kat atas tu, dah cukuplah. siyes, sila bagitau yaa~


February 15, 2011

15 tahun dan Chocolate Lounge OU

sedang syiok bersenang lenang di hujung minggu, tiba tiba encik suami tanya aku..

ju, harini berapa hb?
erk.. 13 hb 2. nape?
dah berapa lama kita kenal ah?
jap.. ermm. 15 tahun. *senyum-sengih
waah lamanya syg..
(sambil baca paper) hmmm...
yeay.. jom celebrate!
(masih baca paper) jom....

dah 15 tahun, cam tu rupenye ye. baru nak eksaited lebih lebih. lemau je respond nya.

tapi tak apalah. asalkan dapat jalan. tempat dituju.. OU lah mana lagi. walaupun rumahku lagi dekat dengan Pyramid, tetap nak ke OU. aku pun tak paham kenapa.

tatau mana nak tuju dulu, kami layankan damia alani. bukan main suka lagi dapat main benda alah yang gerak setempat tu. pastu naik tren binatang yang pusing lalu depan store. damia pulak eksaited tengok kids play-ground yang banyak belon dan tempat tembak2 tu. battlestar kot namanya. tapi bajet time macam tak cukup waktu. sebab nak gerak balik before maghrib. next time lah ya sayang..





sesedap rasa kaki melangkah, kami masuk kedai chicco. sebab anak daraku dah 12 bulan, kenalah tukar berus gigi. beli berus gigi & ubat gigi perasa stoberi. damia mesti rajin gosok gigi biar mulut bersih dan bau wangi. okay?



yang paling penting. tujuan hutama.. hakhirnya... kami pun makan makan celebrate di Theobroma Chocolate Lounge. sedap sampai muak. hahaha. agaknya sebab rasa banyak sangat cokelat kot. =P



dan, semasa bayar di kaunter, suami ku yang baik hati siap menapaukan untukku cheese cake dan chocolate cake. surprise lah konon. yeayy~ thank you sayang! mmuah sekali.. ngeh~



February 14, 2011

bersama harimau muda.. auummm~

macam gempak je bunyik tajuk entry aku nih. haha!

dipendekkan. kalau aku jumpa mamat kembar nih, aku mesti sibuk nak bergambar 'bersama'.. dari damia alani dalam perut aku ....

mukaku yang sembab maksudnya aku mak buyung hokkay!

sampailah damia alani sudah pun keluar dari perut aku ......

erk.. masih sembab kah??

tetap nak bergambar 'bersama'.. bwek tak malunya mommy nih!!

notakakitapibukansilapnotatangan: zaquan ke zafuan ke, mak belasah je asalkan 'bersama' gitew..

February 11, 2011

Riang ria di janda baik.. punya!

disebabkan kemalasan yang teramat sangat nak menulis di blog, blog ku sepi lagi. dan selepas 7 hari berlalu, barulah terhegeh hegeh nak hapdet. dah kira macam cerita basi lah pulak.

erk, jap. ada ke org kisah aku hapdet ke tak.. macam tidak je. huh.. watever lah kan~

okeh.. it's actually family day sebelah suami ataupun aku selalu sebut family klang.. kali ni kali ke 3 family day diadakan dan aku kali ke 2 join ini family day lah. first di Bukit Merah Resort (aku belum kawin so takleh join. hepp!). kedua di A Famosa Resort (baru kawen terus dapat tiket free. yeay~). dan ketiga ni Wadi Samrah Resort. cuba baca blog yang lepas  aku ada mentioned nak ke Janda Baik kan. so nice lah resort tu. akak suka! so tenang.. so rilek.. so cool. memang recommended untuk sesapa yang mencari ketenangan azali. ecewah~

tapi macam biasalah aku ni memang pelupa nak tangkap tangkap view yang menarik. contoh macam orang memancing di anak sungai.. menara tinjau.. berbasikal keluarkan peluh yang dah lama tak dikeluarkan.. aduss lupa dong.

tapi.. tapi.. aku ada gambar aktiviti sukaneka pagi tu. layan gambar bawah ok;

pertama : mekap artis (artis : hidayat)

kedua : mekap artis (artis : iman danial)

game : pingpong dalam sudu

kedua : pingpong dalam sudu

pertama : pingpong dalam sudu

game : span air dalam botol

game : musical chair

champion!

game : kepit belon air

game : baling belon air

 game : goyang gerudi

game : kuiz keluarga ini & sesi teka teki tekuk

 Family Day kali ke 3 "Keluarga Besar Cik Ton"

dan of coz, birthday celebration my little anak dara di sana. sudah pun setahun. cekidaut yaww;
 
meriah~


paksa rela untuk meniup

birthday cake damia alani from Q Jelly Bakery Shop

 bodyguard damia. ngee~

hope next family day makin meriah makin enjoy makin mantap. congratulations to all committee and terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat. baiklah, mulai sekarang boleh pikir game apa nak buat dan di mana. yeaay~


February 2, 2011

uuh.. pavlova~


yeeehaaa~ mommy dapat makan pavlova. akhirnya! 
to encik suami : thank you sayang!



baca pasal mengadanya aku 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...