March 19, 2011

sibuk keluar kerja tapi sibuk masuk kerja

okay. lagi sekali mau cakap.. lama rasanya tak meng-update blog.

alasan pertama : busy.
alasan kedua : sangat busy!
alasan ketiga : mak sibuk, nok!!

macam hal la sibuk. meh cite satu persatu.

haa yang pertama, sibuk sebab diberhentikan kerja. oops.. bukan bukan. aku terima tawaran VSS daripada company. maksudnya, aku pilih untuk berhenti kerja dan company bayar sedikit pampasan. jadi, macam macam hal lah nak diselesaikan sebelum meninggalkan company yang terchenta. yang utama ialah urusan di LHDN. sebab tahun yang last aku hantar borang tax ialah tahun 2005. tu pun bapak aku tolong isikan dan 2009 pulak aku memandai submit guna e-filing tapi salah pulak tu. bila dah kelam kabut, baru ku tahu e-filing ni memang wajib kena buat tiap tiap tahun. jadi, kepada kawanku sekalian, mesti buat e-filing tau! ni, duta LHDN nak bagi warning. ngee~

alasan aku yang kedua, sibuk sebab kerja baru. Alhamdulillah. hari terakhir aku kerja di UEMB, esoknya aku sudah mula bekerja tempat baru, di Nestle. aku anggap 'rezeki anak' sahaja. walaupun dalam tempoh tertentu, mana tahu rezeki ku lama di Nestle, mungkin. banyak benda kena belajar. benda baru, dunia baru. di ofis pun masih terkial-kial nak belajar, jadinya tidak ada masa nak membelek blog di ofis. handphone pulak canggih sangat sampai blog pun tak boleh nak baca. hahaha~ nantilah, mana tahu ada rezeki lebih, bolehlah upgradekan diri dan bolehlah berblog di mana mana. manalah tahu kan.

yang ketiga, sebab inilah. sebab baru sahaja keguguran. berpantang di kampung suami. jadinya masa banyak terlebih. bolehlah nak mengupdate itu dan ini. maaf ya kalau kalau tak ada cerita 'fresh' di blog ini. tak boleh sekerap dulu. tapi jika ada cerita terkini, akan aku usahakan. ecewah~

terima kasih kepada yang menunggu update di blog ini. harap alasan dapat diterima ya.

damia alani tetap pembaca setia blog mommy kan? kan? cayang buah hati mommy nih!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...