November 8, 2015

[Review] The Ascott Jakarta - Birthday Getaway

8 Oktober - 11 Oktober 2015

Okay, entri ni memang mencabar. Sebab dah habis upload semua gambar, simpan dalam draft. Bila buka nak mengarang, semua hilang!! Sebab tu ambik masa lama sikit nak update entri baru. *ALASAN KUKUH* Okeh, tariiiiik nafas, mulakan mengupload dengan senyuman.

Kami ke Jakarta untuk sekian kali tapi kali ini khas untuk Birthday Boy aka suamiku. Walaupun wishlist yang aku tulis sebenarnya 'Bali Birthday Getaway' tapi sebab timing flight yang tak berapa cantik, (timing flight dari Banjarmasin ke Bali) kami tundakan dulu ke Bali. Ke Jakarta lagi lah kita..

Birthday cake Manu untuk die hard fan Manu. GGMU!

Okay, pendekkan cerita. Selepas satu malam di Banjarmasin, suami setelkan segala kerja yang ada supaya tak ganggu holiday kami. Pagi esoknya kami bersiap untuk terbang ke Tanah Jawa.

Di Jakarta kali ni kami stay apartment di Jalan Kebon Kacang Raya, The Ascott Jakarta. Lokasi memang torbaek! Sebelah kiri ada Thamrin City Mall. Pusat grosir yang disukai ramai oleh mak-mak (aku ler tu) kalau datang Jakarta, atau pusat jualan barangan lokal Indonesia yang seangkatan dengan Tanah Abang dan Mangga Dua. Sebelah kanan ada Hotel Kempinski Jakarta, antara hotel hotel mewah dan eksklusif yang terletak di hadapan Bulatan HI. Dan paling dekat dengan dua shopping mall yang besar dan sarat dengan barangan berjenama yang mampu tengok saja, Plaza Indonesia dan Grand Indonesia Shopping Town. Waaah, best best best. Eh, orang lain pulak yang excited, dah kenapa. Ini siapa punya birthday ni, kan...

Kali ni aku book hotel di Booking.com dan bukan di Agoda.com seperti kebiasaan yang aku buat setiap kali nak booking hotel untuk little family nih berjalan. Ada masalah teknikal agaknya masa nak membeli tu, sebab dah 10 kali cuba tak berjaya di Agoda.com, kami korbankan untuk dapatkan jua free point reward kami. Uhuuuu sedih..

Kena paksa posing dengan bunga orkid di lobby Ascott
Muka happy dapat tengok banyak orchid cecantik di lobby Ascott 
Lagi dak dua orang kena paksa posing
Salah satu hiasan di The Ascott Jakarta

Suami pilih stay di Premier One-Bedroom Apartment untuk 3D2N. Alhamdulillah, apartmentnya besar dan luas. Boleh muat satu lagi family untuk tumpang tidur. Tapi kena mintak extra bed la kan.. Ada ruang makan mini, sofa di ruang tv, ruang dapur atau kitchenette yang lengkap dengan semua perkakas untuk masak dan makan, washing machine dengan pengering, bilik tidur yang luas. Best sangat. Bilik air pun luas dengan setiap hari dapat set mandian L'occitane. Sukaaa..



Selak tingkap nampak Thamrin City Mall.
Harus buat kunjungan pepagi esok

Sekali sekala fefeeling Mem Besar. Kasi can nak berangan jap.
Kabinet TV cum almari baju. In love. Idea untuk rumah sendiri nanti.
Set mandi L'Occitane. Siap mintak extra satu set.
Staff room service datang, bagi 5 set. Haa hamek..

Kitchenette area untuk apartment ni. Walaupun kecik dan agak sempit untuk beramai ramai di dapur, tapi semuanya cukup. Apa nak semua ada. Okay salah. Rice cooker rasanya takde. Tapi semua periuk belanga pinggan mangkuk piring cawan segala, ada dalam almari. Hati hati guna, jangan sampai pecah ye..





Breakfast. Agar kecewa sedikit dengan menu breakfast di Ascott. Tak sampai ke tahap 5 bintang. Makanannya biasa biasa aja. Nasi goreng tomyam sejuk. Menu western pun tak menarik. Tak banyak pilihan. Suasana makannya ok ok aja. Ala ala inggeris style. Aku kasi 2 bintang aja. Sebelum masuk ke restoran, sebelah kiri ada mini market jual barang barang keperluan harian. Nampak lengkap macam 7Eleven atau di Indo Maret. Sesuai untuk penginap yang stay lama di The Ascott, Jakarta.

Breakfast siap siap pakai baju mandi, senang pas makan terus berendam dalam kolam
Ready nak berjalan di Kota Jakarta.
Atas meja ada orkid.. Lovely Orchid, isn't it??
Sementara tunggu Pak Supir datang ambil kami di hotel, posing lagi di lobby

Ada benda yang aku suka sangat di Jakarta ni. Selain shopping mall yang besar dan luas, selesa sangat nak bershopping takdela bersesak sesak dengan orang, kan. Kebanyakan tempat di Kota Jakarta mesti ada ruangannya dihiasi dengan bunga orkid putih atau orkid ungu. Di lobby hotel hotel, di lobby shopping mall, di tandas tandas yang cleanernya sorang satu jaga tandas, di Jakarta Airport (international dan domestic) juga penuh dengan hiasan bunga orkid. Totally in love! Masa buat lawatan di Kem Chicks di Pacific Place Mall, beli buah apple dan pisang untuk Annya Nopal sebenarnya, pun dijual bunga orkid. Best best. Eh, di Malaysia pun ada lah bunga orkid dijual di shopping mall. Jomlah buat lawatan di Kafe Tous Les Jours di Empire Mall, Subang Jaya. Korang yang hati ada taman bunga tu, mesti suka punya.. Iols dah terjebak. Hehe..

Orchids at Pacific Place, Jakarta




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...