December 31, 2014

Surabaya - Kotabaru 21.12.2014

Hari 6 : Pulang ke Kotabaru, Kalimantan Selatan

Hari terakhir kami di Kota Surabaya. Alhamdulillah segala urusan kami dipermudahkanNya. Cuaca yang tak menentu, hujan siang hari kadang kadang di malam atau pagi hari, perjalanan kami semua berjalan lancar. Syukur! Betul kata seseorang, 'MUSAFIR itu mengajar kita bergantung dan berharap pada Nya'

Jam 6 pagi kami sudah bersiap ke Bandar Udara Juanda, terus ke terminal domestik. Tujuan penerbangan ke Kotabaru, Kalimantan Selatan dengan menaiki pesawat Kalstar. Pulang ke rumah suami bersama Atok Genma. Lebih kurang pukul 12 tengahari tiba di Kotabaru. Balik balik terus siap siap masak untuk makan tengahari. Makan ler sebab pagi tak sempat breakfast. Tengah sibuk masak, terpikir, tak sangka pulak Atok Genma dah sampai di rumah kami disini. Terima kasih suamiku atas semua perjalanan di Surabaya ditaja sepenuhnya. Terima kasih bawak our little family jalan jalan lihat dunia. Ecewah!

Aku pulak sudah mula menghitung hari pulang ke Malaysia. Pastu dah tergedik gedik menghitung hari untuk rencana liburan kami di awal minggu dalam tahun 2015. Tak sabar!! Cant't wait!! Eksaited!! Rasa nak lompat bintang 3 kali. Ahahaha!

See you guys, soon! Tq sudi jengah blog ku. Ada apa yang kurang, sila lah komen ya..


Lihat juga :
Salam dari Jawa Timur, Indonesia
Hari 1 : Kota Surabaya (Bandar Udara Juanda, Tunjungan Plaza Mall)
Hari 2 : Kota Surabaya (Monumen SuroBoyo, House of Sampoerna, Jembatan Merah Plaza, Masjid Cheng Hoo Surabaya), Kota Malang (Malang Town Square)
Hari 3 : Kota Malang - Batu (Agrowisata Kebun Apel, Museum Angkut & Movie Star Studio)
Hari 4 : Kota Malang - Batu (Batu Night Spectacular) 
Hari 5 : Kota Malang, Pasuruan (Masjid Cheng Hoo Pandaan), Sidoarjo (Lumpur Lapindo), Kota Surabaya


December 30, 2014

Kotabaru - Surabaya 20.12.2014

Hari 5 : Kota Malang (Pasar Sanan), Pasuruan (Masjid Cheng Hoo Pandaan), Sidoarjo (Lumpur Lapindo), Kota Surabaya

Pagi pagi lagi dah bersiap untuk check out. Nopal masih demam. Kesian dia tak berapa aktif sangat. Kami biarkan dia rehat dan baring dulu di bilik. Tepat jam 10.30 pagi kami keluar hotel dan mulakan perjalanan ke Kota Surabaya.

Dalam perjalanan kami singgah ke Pasar Sanan, lokasinya masih di Kota Malang. Cara ke sini, kami tanya orang jalan ke sini. Ahahaha! Sebab Waze tak jumpa. Rasanya boleh cuba Waze : Pasar Sanan. Di Jalan Sanan atau Pasar Sanan ni sebenarnya tempat jual Keripik Tempe dan macam macam oleh-oleh khas Malang. Nak bagitau, keripik tempe ni memang sedap. Makan sekeping tak cukup. Aku yang bukan penggemar tempe ni pun suka apatah lagi bagi sesiapa yang memang tak sah makan nasi kalau takde tempe tu kan. Selain keripik tempe, ada keripik buah, keripik apel, keripik nangka, ada jus buah, sambal pecal (sedap bangat, rugi tak beli banyak banyak buat berniaga, hehehe) dan macam macam lagi lah jenis makanan di sini. Ada banyak juga kedai pilihan tapi yang paling ramai pembeli di toko Lancar Jaya. Macam macam seh dalam kedai ni. Orang beli berkotak kotak. Kami tengok aje ler. Sebab ramai sangat kat kedai ni, aku dan Genma hanya mampu memajukan bisnes di kedai sebelah nya aja. Silakan lihat gambar, okeh.

Keripik Tempe

Bukan takat test rasa, dah macam nak tapau bekas test tu dah
Pecel sedap. Rugi beli 2 je. Aish.
Keripik Buah. Macam macam buah dikerepekkan
Salah satu Pusat Oleh Oleh Khas Malang
Sambung perjalanan. Sudah masuk waktu Zohor jadi kami mancari masjid untuk singgah solat. Waze Masjid Cheng Hoo, ditunjukkan Masjid Cheng Hoo Pandaan di Pasuruan. Sesampai di masjid, sesi mandikan Nopal. Sebab suhu badannya dah mula panas dah. Budak demam memang over manja, nak memerap kat Mommy dia. Nak solat pun menangis nangis mintak peluk. Sian dia.

Depan masjid Cheng Hoo Pandaan

Dak demam buat muka sedih sebab takmau mandi kat Masjid
Kali ni memang kami betul betul nak singgah di kawasan semburan Lumpur Lapindo di Sidoarjo. Jadi, Waze aja Lumpur Lapindo. Sejarah nya boleh dibaca di Wikipedia atau tanya Mr Google ye. Kejadian yang sudah masuk 8 tahun ni memang menyayat hati. Aku tak dapat lihat dengan mata sendiri sebab Nopal demam dan Kakak Annya tidur, jadi duduk dalam kereta diam diam. Suamiku, Atok dan Genma sanggup daki tangga benteng tinggi yang dibina sendiri oleh penduduk kampung untuk menghalangi daripada melimpahnya lumpur ke kawasan lain. Kawasan yang dulu nya berisi dengan berbelas belas kampung, sekolah, kebun, kilang kilang, masjid of coz, hanya kini yang tinggal kawasan tanah luas yang penuh ditutupi dengan lumpur. Suami ada beli sambil menderma sekeping VCD pasal Tragedi Lumpur Lapindo, jadi aku layan di rumah aja. Allahu Akbar, memang Allah jadikan kita ini hambanya yang hina. Dilanda musibah untuk kita kembali dan berpaut padaNya. Bagi pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan semua ini, biarlah diterima balasan setiap perbuatannya di hari pembalasan nanti.

Lumpur Lapindo, Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia

Tangga yang dibina sendiri
Setibanya kami di Kota Surabaya, mencari restoran untuk makan. Perjalanan yang panjang dan sejuk (sebab hujan), memang mudah lapar kot. Waze : Restoran Sederhana Surabaya (Masakan Padang). Pergh, memang layan habis! Berpinggan pinggan lauk kami atas meja. Heh, yela, tu kan memang cara masakan padang, kan?



Sampai hotel terus check in di Favehotel Mex Surabaya. Memang dah expect hotel ni cemana gaya, bulatkan hati je tido semalam lagi. Boleh baca balik Hari 1, kalau nak tau ngape. Awal awal lagi suamiku dah keluar, cari port nak tonton bola second leg Final AFF Suzuki Cup 2014 Malaysia vs Thailand dengan game Manchester United dia. Yang aku, Genma dan Atok pulak rancang kononnya nak keluar balik gi jalan jalan Mall di Surabaya. Tapi akhirnya, kami decide rehat aja dalam bilik. Nopal pun masih panas badannya. Meragam nanti. Rehat, kemas beg dan tidur. Esok mau pulang ke Kotabaru. Yeay! Yeay lah sangat. Hahaha..


Lihat juga :
Salam dari Jawa Timur, Indonesia
Hari 1 : Kota Surabaya (Bandar Udara Juanda, Tunjungan Plaza Mall)
Hari 2 : Kota Surabaya (Monumen SuroBoyo, House of Sampoerna, Jembatan Merah Plaza, Masjid Cheng Hoo Surabaya), Kota Malang (Malang Town Square)
Hari 3 : Kota Malang - Batu (Agrowisata Kebun Apel, Museum Angkut & Movie Star Studio)
Hari 4 : Kota Malang - Batu (Batu Night Spectacular)
Hari 6 : Pulang ke Kotabaru, Kalimantan Selatan

 

December 29, 2014

Kotabaru - Surabaya - Malang 19.12.2014

Hari 4 : Kota Malang - Batu (Batu Night Spectacular)

Hari Jumaat. Pagi itu kami bersantai santai aja di hotel. Lepas breakfast, bawak Annya Nopal mandi swimming pool. Dari hari pertama sampai hotel lagi diorang ni nak swim tapi tak sempat pergi sebab dah satu hari keluar berjalan. Pagi yang panas terik, kami tetap berendam dalam pool tu berejam jam.

Selesai aja Suamiku dan Atok pulang dari solat Jumaat di Masjid berdekatan, barulah kami bersiap siap keluar berjalan. Hari ni Suamiku plan mahu ke Batu Night Spectacular. Sebutan orang Indonesia Bay-En-Es (BNS). Seperti biasa, Waze saja. Anggaran masa 40 minit.

Disebabkan kami belum makan tengahari, keluar hotel pun agak lewat dalam pukul 3 petang, lunch & dinner kami di salah satu cafe yang banyak berderet di sepanjang perjalanan dari Malang ke Batu. Nama restoran, Ria Djenaka di kawasan Batu yang hanya 8 minit lagi ke BNS. Best kat sini. Makanan sedap. Minuman pun sip, enak. Yang paling best ada live band. Rupanya, suamiku dah pun ke Ria Djenaka tapi di Kota Malang. Port tengok bola final AFF kelmarin.

Oh ya. Sebenarnya ada kejadian malang terjadi di Kota Malang. Kad ATM bank tertinggal di mesin ATM di CIMB Niaga di Malang Town Square dan akhirnya dapat tahu yang kad ATM ditelan sendiri oleh mesin ATM tu. Haiih, cuai nya diriku ini. Dipendekkan cerita, semuanya sudah settle.

BNS, tempatnya ala ala fun-fair saje. Permainannya juga kebanyakannya semacam di Genting Highlands Theme Park. Oklah, bulan Oktober lepas pun kami ke Genting tapi tak dapat masuk theme park sebab under renovation. Terubatlah sikit dapat main di sini. Bagi Annya Nopal happy happy. Masih hujan diluar. Jadi kami berteduh di bawah atap sambil mengenang nasib kad ATM yang hilang. Eh, tak. Sambil layankan Annya Nopal leka main di sini. Mungkin bagiku yang best di BNS, ada taman lampu. Macam I-City. Namanya Lampion Garden. Kami sampai disini lebih awal, jadinya orang masih tak ramai masa tu. Tapi bila kami pulang lebih kurang jam 8 malam, ya ampun sesaknya diluar. Bas pelancong, bas sekolah penuh parking di tepi tepi jalan. Ramainya umat di sini!






Masa pulang, terasa badan Nopal dah mula panas. Mungkin cuaca hujan aja di sini. Carik farmasi atau Apotek untuk ubat demam dan selsema Nopal dan terus pulang ke bilik. Berkemas kemas packing beg. Esok sudah mau pulang ke Surabaya semula.

Lihat juga :
Salam dari Jawa Timur, Indonesia
Hari 1 : Kota Surabaya (Bandar Udara Juanda, Tunjungan Plaza Mall)
Hari 2 : Kota Surabaya (Monumen SuroBoyo, House of Sampoerna, Jembatan Merah Plaza, Masjid Cheng Hoo Surabaya), Kota Malang (Malang Town Square)
Hari 3 : Kota Malang - Batu (Agrowisata Kebun Apel, Museum Angkut & Movie Star Studio)
Hari 5 : Kota Malang (Pasar Sanan), Pasuruan (Masjid Cheng Hoo Pandaan), Sidoarjo (Lumpur Lapindo), Kota Surabaya
Hari 6 : Pulang ke Kotabaru, Kalimantan Selatan


December 28, 2014

Kotabaru - Surabaya - Malang 18.12.2014

Hari 3 : Kota Malang - Batu (Agrowisata Kebun Apel, Museum Angkut & Movie Star Studio)

Pagi, breakfast dulu di hotel. Makan banyak banyak sebab aktiviti agak padat hari ni. Jam 10 pagi kami dah keluar hotel. Waze : Kusuma Agrowisata, perjalanan dari hotel kami di Malang ke kebun buah buahan di Batu ambil masa dalam 30 minit. Agrowisata ni sebenarnya ialah kebun petik buah buahan di Batu, Kota Malang. Petik buah buahan ni kiranya, macam 'place to go' atau 'things to do in Batu' lah kalau dalam Tripadvisor. Kusuma Agrowisata pulak nama salah satu daripada banyak lagi kebun epal yang ada di Batu. Cumanya, Kusuma Agrowisata ni ada hotel ala resort, ada tempat mandi kanak kanak ala ala Desa Waterpark dan ada tempat X-treme aktiviti. Besar dan luas tempatnya. Hari yang kami pergi tu dibolehkan petik buah epal (orang Jawa Timur sebut apel) dan buah jambu. Seorang masuk dengan harga rp55ribu termasuk makanan dan minuman percuma.

Harga masuk
Pintu masuk
Kami ke kebun jambu dulu. Dibolehkan petik 2 biji jambu seorang. Sebab kami berlima (Nopal terkecuali sebab tak payah bayar tiket), jumlah semua boleh petik 10 biji jambu jenis pink guava. Selepas itu, baru ke kebun epal, yang mana dibolehkan petik 2 biji epal seorang. Jadi dapat 10 biji epal. Semuanya 20 biji buah dibawa pulang. Dah boleh buat berniaga camni. Di kebun epal, kami kena naik tramp sebab kebunnya agak jauh kena turun naik bukit sikit. Sedikit info, buah epal yang warna hijau lebih manis dari yang berwarna merah. Merah lebih masam dan belum masak. Seronok juga disini sebab pengalaman baru. Sebelum ni tak pernah ke kebun pun nak memetik begini. Kakak Annya yang paling happy dan excited. Aku dan suami pelik jugak sebab kami expect dia tak suka aktiviti macam ni. Yela, berpeluh, panas panas camni. Rupanya, bila Annya cakap 'I pick an apple, macam Sofia the First, Mommy' baru aku teringat pernah tengok dengan Annya cartoon Princess Sofia petik epal.. Hahaha.. feeling pwincess anakku. Hehehe.. Baik, kita layan gambar gambar di bawah..

Alas perut sebelum petik buah.
Pwincess Annya naik horse. Good girl tak takut.
Nopal pulak takut. Kelam kabut nak turun horse.
Kebun Jambu





Periksa dulu berapa biji buah bawa balik
Kebun Epal



Lelah juga disini. Habis selesai kerja petik buah, hujan turun dengan lebat. Sebelum sambung perjalanan, kami makan roti bakar dulu yang memang termasuk dalam pakej. Masih lagi hujan, kami cancel plan ke Jatim Park 1 dan Jatim Park 2. Kami halakan ke Musuem Angkut  & Movie Star Studio yang berdekatan dengan Kusuma Agrowisata. Lebih kurang 3 minit perjalanan naik kereta. Lihat macam boleh berteduh sebentar sementara hujan masih turun. Sila guna Waze untuk ke sini.

Musuem Angkut & Movie Star Studio ni bagi ku muzium yang unik. Selain ada macam macam jenis angkutan (atau transportation) dalam muzium ni, setiap jenis angkutan dikategorikan atau  disatukan mengikut negara yang produce jenis atau alat angkutan tersebut. Dari yang paling antik, hingga yang paling moden. Dari negara France hingga ke German. Dari Itali hingga ke Jepun. Oh ya, harga tiket masuk rp50ribu seorang. Nak masuk, beg harus diperiksa dahulu. Kurang pasti apa yang diperiksa tapi kami dilepaskan masuk. Ingatkan ada 2 bangunan aja muzium nya. Bila dah masuk, besar sungguh tempat ni rupanya. Dah macam USS pun ada. Tapi versi showroom kereta antik. Kat belah dalam ada macam macam lagi. Sepanjang kami di dalam Musuem Angkut ni, hujan turun saja. Ke mana mana agak terhad. Jadi kami berteduh di bangunan yang penuh dengan jenis angkutan yang unik. Masih ada lagi kawasan yang tak sempat pergi iaitu Kampung Terapung. Pun nampak menarik tapi masih hujan. Penat bergambar dan berjalan seluas luas kawasan muzium ni, kami decide untuk pulang ke hotel dan berehat.

Hujan masih gerimis.



Pemandangan tingkat bawah dari tangga ke tingkat atas


Pemandangan luar bangunan muzium. Arah ke Movie Star Studio. Hujan.






Malam kami dinner lagi di My Kopi-O! Kalini makan segala apa yang ada di restoran tersebut. Hahaha. Takdelah. Kami makan menu Malaysia kebanyakannya. Singgah lagi Hypermart dan Gramedia, Atok carik buku tapi Annya yang dapat buku, di Malang Town Square. Nopal pulak dah tertidur di bahu Atok. Jadi kami pulang ke hotel. Cerita seterusnya, sambung esok okay..

Lihat juga :
Salam dari Jawa Timur, Indonesia
Hari 1 : Kota Surabaya (Bandar Udara Juanda, Tunjungan Plaza Mall)
Hari 2 : Kota Surabaya (Monumen SuroBoyo, House of Sampoerna, Jembatan Merah Plaza, Masjid Cheng Hoo Surabaya), Kota Malang (Malang Town Square)
Hari 4 : Kota Malang - Batu (Batu Night Spectacular)
Hari 5 : Kota Malang (Pasar Sanan), Pasuruan (Masjid Cheng Hoo Pandaan), Sidoarjo (Lumpur Lapindo), Kota Surabaya
Hari 6 : Pulang ke Kotabaru, Kalimantan Selatan


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...