Sarapan pagi di restoran hotel yang semuanya rasa tak boleh masuk anak tekak. Gigit roti sikit, hirup teh hangat sikit, naik bilik dan bersiap siap kemas beg nak check out. Di bilik, sesi bangkitkan Annya Nopal dari tidur bermula sebab malam tadi tak sempat salam, Atok Genma sampai hotel dah pukul 1 pagi dari Bandara. Lagipun, memang rancang nak check out awal pagi.
Tujuan utama hari ini ialah perjalanan ke Kota Malang.
Kami keluar dari hotel jam 9 pagi, setting Waze ke Monumen Surabaya dan Waze tunjuk jalan arah ke Kebun Binatang Surabaya (Zoo). Tak jauh dari hotel, borak borak dah pun sampai. Okay, semangat nak cerita kejadian di Kebun Binatang ni. Kalau muka memang dah cop pelancong atau warga asing, memang akan ada penjual yang dengan muka kesian dan sadis akan approach kita, beli sesuatu dari dia, kan. Di sana, ada 'mas-mas' photographer yang approach aku dari tingkap kereta lagi. Aku yang memang tujuannya nak bergambar aja di replika atau patung 'suro dan boyo', sangat teruja dengar pakej diorang. Mana taknya, satu keping foto, rp10ribu. Sama dengan rm3 lebih kurang. Kan murah tu. Kitorang pun ape lagi, posing lah beriya iya, bertukar tukar pasangan, berlatar belakangkan suro dan boyo tu kan. Pastu ikutlah 'mas-mas' photographer ni untuk pilih gambar mana kita suka pastu bolehla print gambar tadi. Tiba, dia pun dengan suka hati print semua gambar yang kami posing tadi, dah jadi 10 keping. Takde sesi pilih pilih gambar bagai. Tak ke jumlahnya dah jadi rp100ribu. Pandai kan. Bayar jelah, bising bising pun tak guna. **TIPS** Kesimpulannya disini, kalau pergi negara Indonesia, kalau tak kena tipu, memang tak sah lah trip korang. Aku cakap, berdasarkan pengalaman trip ke Bandung tahun 2007. Ahahahaha! Nasib! Sebenarnya, kena kasi sergah sikit kot. Cakap awal awal. Nak sekeping je yang paling cantik. Itulah, pengalaman kan. Tak apalah, anggap ajalah rezeki kamu orang wahai 'mas-mas' photographer di Kebun Binatang.
Monumen Surabaya. Suro dan Boyo |
Muka muka pelancong lah sangat dengan foto sekeping rp10ribu |
Pekerja sedang bertungkus lumus balut rokok Sampoerna. Manual babe! |
Alat yang digunakan untuk balut rokok 'kretek kretek' |
Sebelum teruskan perjalanan ke Kota Malang, kami singgah sebentar ke Jembatan Merah Plaza atau orang Indonesia panggil JMP sebutan Jay-Em-Pay. Pusat beli belah kain ela, kain meter, telekung, tudung, baju muslimah, tshirt, dan banyak lah lagi. JMP ada 2 blok yang bersambung. JMP2 banyak jual telekung. JMP1 banyak jual kain ela. Kata orang, kain lace kat Surabaya lagi murah dari di Bandung. Kata orang, tatau betul ke idak. Harga boleh tahan murah tapi kualiti kurang pasti sebab tengok dari jauh, tak sempat belek dekat dekat. Aku takde beli apa pun. Tapi sebabkan dah terbayang bayang telekung yang cantik dan murah kat satu kedai ni, kami pun plan, balik dari Kota Malang, nak datang lagi ke sini hari ke 5 nanti. Tapi, misi gagal atas sebab masa terhad. Takpelah, takde rezeki akak kedai tu. Oh ya, kami makan tengahari di food court lantai atas dalam JMP2 sahaja. Takde banyak pilihan tapi, alhamdulillah kenyang jugak.
Berlambak lambak kain lace. Lokasi JMP1. |
Siapa peminat kain lace memang pening kepala tengok. |
Tabung masjid |
Kalau nampak, silakan baca |
Bahagian depan Masjid Cheng Hoo Surabaya |
Aktiviti malam, Aku, Genma, Annya dan Nopal jalan jalan ke Malang Town Square. Jalan kaki aja. Sebelah hotel, 5 minit sampai. Beli apa yang patut di Hypermart. Habis shopping, kami duduk minum di cafe My-Kopi O! Atok dah selamat dibuai mimpi atas katil hotel. Suamiku pulak, awal awal lagi dah carik port mungkin ke cafe, duduk depan tv kedai yang siarkan AFF Suzuki Cup 2014 Final, Malaysia vs Thailand.
Oh. Oh. Bagasi dah diterima semula pukul 11 malam. Langsung dihantar ke kamar oleh pihak Air Asia. Nantikan imsurance claim kami, ya Air Asia (dibawah kes : baggage delay). Terima kasih lah.
Next entry, kita cerita apa aktiviti di Kota Malang. Till then, bye!
Lihat juga :
Salam dari Jawa Timur, Indonesia
Hari 1 : Kota Surabaya (Bandar Udara Juanda, Tunjungan Plaza Mall)
Hari 3 : Kota Malang - Batu (Agrowisata Kebun Apel, Museum Angkut & Movie Star Studio)
Hari 4 : Kota Malang - Batu (Batu Night Spectacular)
Hari 5 : Kota Malang (Pasar Sanan), Pasuruan (Masjid Cheng Hoo Pandaan), Sidoarjo (Lumpur Lapindo), Kota Surabaya
Hari 6 : Pulang ke Kotabaru, Kalimantan Selatan
No comments:
Post a Comment