December 26, 2014

Kotabaru - Surabaya 16.12.2014

Hari 1 : Kota Surabaya (Bandar Udara Juanda, Tunjungan Plaza Mall)

Tiba pukul 3.00 petang di Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya di bahagian Domestik, dengan menaiki pesawat Kalstar dari Kotabaru (KBU) langsung ke Surabaya (SUB). Penerbangan kami 1 jam 30 minit dari Kotabaru, Kal-Sel. Penerbangan Atok Genma dari Malaysia, dengan pesawat Air Asia mengambil masa 2 jam. Waktu di Surabaya 1 jam lewat dari Kotabaru dan 1 jam lewat dari Malaysia. Tapi jangan keliru, sebab waktu solat berbeza jugak. Kalau nak tahu waktu solat waktu tempatan boleh guna mana mana applikasi di telefon atau internet sahaja.

Empat empat tido tak hengat dalam pesawat. Sedar sedar dah landing.
Sampai di Bandara (singkatan dari Bandar Udara), kami dijemput oleh supir (driver) untuk pass kunci kereta Innova Hitam. Dapat kereta, terus setting Waze, terus menuju ke hotel di Surayabaya. Tido satu malam di Favehotel Mex Surabaya. Satu satunya kelebihan hotel ni sebab dekat dengan Tunjungan Plaza Mall, lebih kurang 5 mins walking distance. Yang lain, kebersihan bilik, kenyamanan kamar, keramahan staff, breakfast, semua out, zero. Tak rekemen untuk check in di sini. Boleh carik hotel lain, okay..

Malam, kami dinner Mc Donalds sahaja di Jl. Basuki Rahmat, drive thru, 24 hours, ada McCafe, dan hanya bertentangan dengan Tunjungan Plaza (TP). TP yang paling dekat dengan McD ialah pintu masuk TP1. TP ni ada sampai TP4 dan satu blok masih renovasi untuk tambah jadi TP5. Hamek, tak abis jalan punya. Katanya, modern mall paling awal dibuka di Surabaya. Sebenarnya ada banyak lagi shopping mall yang canggih manggih di Surabaya macam Ciputra World, Galaxy Mall, Grand City Mall. Cuma, TP mall yang paling dekat dengan kami.

Sambung pasal dinner kami. Disebabkan kami ni dah lamaaaaa tak makan McD, jadinya order makanan macam tak pernah makan 3 tahun. Semua pun rasa nak makan. Ahahaha! Dah betul betul kenyang, baru jalan kaki seberang jalan ke TP3. Misi mencari trunki bag Annya Nopal di Mothercare tapi gagal sebab dah out of stock. Tinggal satu ketul ja tu pun orang dah book. So, kita beli di Malaysia ajelah ye. Pastu beli sweater Annya Nopal di GAP tapi aku pun tumpang sekaki dapat sweater. Pastu potong rambut Annya Nopal. Pastu suamiku carik kedai telefon beli sim card untuk Atok Genma. Pastu aku cepat cepat masuk Ace Hardware cari sudip senduk Brabantia tapi kecewa ya amat sangat sebab di Ace ni takde pulak dia jual stok utensil Brabantia. Ada jual iron board nya saja.

Nak cerita sikit, aku ni memang suka masuk cuci mata di Ace Hardware kat Indonesia. Memang berejam kalau duduk dalam ni. Lain sikit barang barang yang dijual di Ace Hardware Indonesia banding di Malaysia. Kalau Ace Hardware di Grand Indonesia di Jakarta, ya ampun! Memang rasa nak beli semua kot barang dapur dia. Tersangatlah best.

Sambung balik. Pastu aku sempat masuk Daiso beli socks sebab takut kesejukan di Kota Malang nanti. Last, kasi Annya Nopal main main kat playground. Pusing pusing naik keretapi, naik boat, naik kuda yang masuk syiling baru gerak setempat depan belakang tu.. Agak agak TP mall dah macam nak tutup, kami singgah McD sekali lagi, lepak minum, sebelum pulang ke bilik hotel.

Annya Nopal di Tunjungan Plaza, Surabaya
Pukul 12 malam, suamiku ke Bandara Juanda jemput Atok Genma yang terbang dari Malaysia. Nak dijadikan cerita, dan dipendekkan cerita, 1 bagasi tertinggal di KLIA2. Pihak Air Asia terlupa bawak dan mereka janji akan pulangkan semula esok hari. Dan, suamiku minta pihak Air Asia bawa bagasinya terus dihantar ke Kota Malang dimana hotel kami menginap di hari ke 2. Jawapannya, kita claim lah insurance Air Asia ye!


Lihat juga :
Salam dari Jawa Timur, Indonesia
Hari 2 : Kota Surabaya (Monumen SuroBoyo, House of Sampoerna, Jembatan Merah Plaza, Masjid Cheng Hoo Surabaya), Kota Malang (Malang Town Square)
Hari 3 : Kota Malang - Batu (Agrowisata Kebun Apel, Museum Angkut & Movie Star Studio)
Hari 4 : Kota Malang - Batu (Batu Night Spectacular)
Hari 5 : Kota Malang (Pasar Sanan), Pasuruan (Masjid Cheng Hoo Pandaan), Sidoarjo (Lumpur Lapindo), Kota Surabaya
Hari 6 : Pulang ke Kotabaru, Kalimantan Selatan


 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...