December 29, 2014

Kotabaru - Surabaya - Malang 19.12.2014

Hari 4 : Kota Malang - Batu (Batu Night Spectacular)

Hari Jumaat. Pagi itu kami bersantai santai aja di hotel. Lepas breakfast, bawak Annya Nopal mandi swimming pool. Dari hari pertama sampai hotel lagi diorang ni nak swim tapi tak sempat pergi sebab dah satu hari keluar berjalan. Pagi yang panas terik, kami tetap berendam dalam pool tu berejam jam.

Selesai aja Suamiku dan Atok pulang dari solat Jumaat di Masjid berdekatan, barulah kami bersiap siap keluar berjalan. Hari ni Suamiku plan mahu ke Batu Night Spectacular. Sebutan orang Indonesia Bay-En-Es (BNS). Seperti biasa, Waze saja. Anggaran masa 40 minit.

Disebabkan kami belum makan tengahari, keluar hotel pun agak lewat dalam pukul 3 petang, lunch & dinner kami di salah satu cafe yang banyak berderet di sepanjang perjalanan dari Malang ke Batu. Nama restoran, Ria Djenaka di kawasan Batu yang hanya 8 minit lagi ke BNS. Best kat sini. Makanan sedap. Minuman pun sip, enak. Yang paling best ada live band. Rupanya, suamiku dah pun ke Ria Djenaka tapi di Kota Malang. Port tengok bola final AFF kelmarin.

Oh ya. Sebenarnya ada kejadian malang terjadi di Kota Malang. Kad ATM bank tertinggal di mesin ATM di CIMB Niaga di Malang Town Square dan akhirnya dapat tahu yang kad ATM ditelan sendiri oleh mesin ATM tu. Haiih, cuai nya diriku ini. Dipendekkan cerita, semuanya sudah settle.

BNS, tempatnya ala ala fun-fair saje. Permainannya juga kebanyakannya semacam di Genting Highlands Theme Park. Oklah, bulan Oktober lepas pun kami ke Genting tapi tak dapat masuk theme park sebab under renovation. Terubatlah sikit dapat main di sini. Bagi Annya Nopal happy happy. Masih hujan diluar. Jadi kami berteduh di bawah atap sambil mengenang nasib kad ATM yang hilang. Eh, tak. Sambil layankan Annya Nopal leka main di sini. Mungkin bagiku yang best di BNS, ada taman lampu. Macam I-City. Namanya Lampion Garden. Kami sampai disini lebih awal, jadinya orang masih tak ramai masa tu. Tapi bila kami pulang lebih kurang jam 8 malam, ya ampun sesaknya diluar. Bas pelancong, bas sekolah penuh parking di tepi tepi jalan. Ramainya umat di sini!






Masa pulang, terasa badan Nopal dah mula panas. Mungkin cuaca hujan aja di sini. Carik farmasi atau Apotek untuk ubat demam dan selsema Nopal dan terus pulang ke bilik. Berkemas kemas packing beg. Esok sudah mau pulang ke Surabaya semula.

Lihat juga :
Salam dari Jawa Timur, Indonesia
Hari 1 : Kota Surabaya (Bandar Udara Juanda, Tunjungan Plaza Mall)
Hari 2 : Kota Surabaya (Monumen SuroBoyo, House of Sampoerna, Jembatan Merah Plaza, Masjid Cheng Hoo Surabaya), Kota Malang (Malang Town Square)
Hari 3 : Kota Malang - Batu (Agrowisata Kebun Apel, Museum Angkut & Movie Star Studio)
Hari 5 : Kota Malang (Pasar Sanan), Pasuruan (Masjid Cheng Hoo Pandaan), Sidoarjo (Lumpur Lapindo), Kota Surabaya
Hari 6 : Pulang ke Kotabaru, Kalimantan Selatan


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...