December 25, 2014

Salam dari Jawa Timur, Indonesia.

Salam semuanya! Kali ni nak cerita pasal trip ke Surabaya dan Malang.

Surabaya trip ni dah dekat setengah tahun suami ku rancang nak jalan jalan di sini. Sebab, yang sebenarnya ada direct flight dari tempat kami tinggal di Kalimantan Selatan, Kotabaru terus langsung ke Jawa Timur, Surabaya. Naik pesawat hanya ambil masa 1 jam 30 minit dari Kotabaru. Dan ramai juga orang di Kalimantan Selatan rekemen kalau nak bercuti, pergi lah bercuti di Surabaya. Alhamdulillah, Disember 2014, kami dah pun jejak kan kaki di tanah Jawa Timur.

Google Map : Kedudukan Kotabaru, Kal-Sel - Surabaya & Malang, JaTim

Google Map : Kedudukan Kalimantan Selatan - Surabaya - Malaysia

Kalau nak cerita pasal Kota Surabaya dan Kota Malang memang lah daku tak pandai. Makanya, klik aje di link di atas atau link Wikipedia, boleh baca disana beramai ramai. Tapi kalau nak tahu, apa buat kat sana, macamana nak pergi, apa yang best kat sana, boleh la baca sampai habis entri ni dan entri seterusnya. Mana tahu, korang yang masih mencari idea nak berjalan ke mana bawak family, belek website Air Asia nampak tiket flight murah pulak, boleh la jalan jalan sini. Di Indonesia kan, jadinya nak makan, nak shopping, semua senang dan yang penting murah.

Sebenar benarnya yang paling femes dan ramai yang datang ke Jawa Timur ini, memanglah sebab Gunung Bromo. Tempat wajib pergi gitu.. Tapi tempat itulah yang kami tak pergi. Alasan paling jelas, ada anak kecil, tak boleh bawak panjat gunung. Perjalanan ke sana kena bermula dari jam 3-4 pagi sebab nak dapatkan pemandangan matahari terbit dari gunung tu. Memang cantik dan memang rugi siapa tak ke sana. Lain kali. Mungkin. Kalau ada rezeki. Mana tahu, korang pulak cerita kat blog pasal Gunung Bromo tu nanti, kan. Mungkin.

Surabaya trip kami takde pakai travel agent. Semua belasah sendiri. Ikut mana nak pergi je. Ada sikit nak share dengan reader sekalian apa yang aku prepare. Bolehlah guna untuk kegunaan masa depan.

Transportation : Sewa kereta kawan suamiku, dapat Toyota Innova. Tapi dari hari pertama serah kunci kereta, kawan tu kata tak payah bayar, jadinya alhamdulillah.. save bajet! Naik Innova, cukup muat lah untuk kami berenam. Suamiku, Aku, Genma, Atok, Annya, Nopal. Cumanya, kereta manual. Kesian sikit suamiku sebab kena drive jauh jauh bila nak berjalan. Tapi semua takde hal. Pendapatku, Innova lebih selesa dari Avanza. Bahagian letak barang pun besar. Letak beg besar 3-4 pun muat lagi.

Application : Waze atau Google Map. Mostly, kami guna Waze je nak ke mana mana. Mudah. Yang penting kena tahu, syarat utama guna Waze, taip alamat kena betul, pilih alamat yang tepat, dan kena yakin dengan route yang dia bagi. Sebab kadang kadang dia bagi jalan short cut. Masuk tah mana mana jalan. Keluar kat mana mana dia suka. Tapi akhirnya, tetap sampai tujuannya. Di Indonesia, agak susah sikit kalau hanya berpandukan signboard jalan sebab bila kat satu tempat, signboard dah hilang, nama tempat pun dah tak nampak mana. Jawapannya, kena la rajin tanya orang. Penting guna Waze ni satu lagi nak carik tempat makan. Google dulu mana tempat best. Copy alamat tempat makan tu, pastu paste kat Waze. Setel!

Accommodation :  Agoda.com. Memang kalau ke mana mana kami (aku dan suami) booking hotel dekat Agoda. Kalau last minute, hotel hotel di Agoda kebanyakannya dah fully booked, baru carik di Booking.com. Guna Agoda sangat menguntungkan kami. Kalau book awal sebulan atau dua bulan, harga lebih murah. Lagi, boleh kumpul point. Nanti next booking, boleh redeem point tu balik. Setakat ni kami dah dua kali redeem point masa booking hotel. Dapat jugaklah stay hotel free of charge. Siapa nak kasi, kan?

Phone & Internet Line : Telkomsel. Memang dah duk Indonesia kan. Jadinya, memang aku pakai phone line Telkomsel dan data plan untuk internet. Kena ada data plan sebab nak guna untuk Waze, nak update status atau meng-check-in kat Facebook, nak post gambar kat Instagram, nak Whatsapp Whatsapp. Penting. Kena ada. Kat Indonesia, data plan dan line telepon sekali pakej. Beza dengan di Singapore atau di Mekah. Pakej plan dijual asing asing, kena beli asing asing. Data plan pun agak mahal. Phone line pun mahal. Kat Indonesia konfem murah. Tahla, ikut pengalaman tahun 2012-2013 masa berjalan di sana. Tak tahulah kalau sekarang dah lain pulak caranya.

Cash Money : Sangat penting. Of coz lah kan. Gunanya untuk shopping, untuk makan. Cuma, nak remind sikit kepada sesiapa yang plan nak berjalan ke Indonesia. Di sini memang kena sediakan duit kecik banyak banyak dalam poket atau wallet. Note rp1ribu atau rp2ribu pastikan sentiasa ada. Sebab penduduk sini memang kena bagi tips kalau buat apa apa. Kalau waktu hujan, nak tumpang payung nak sampai ke kereta pun kena hulur. Nak keluar parking kereta pun kena hulur. Bellboy angkat beg ke bilik pun kena hulur. Kereta nak u-turn pun kena hulur kat pakcik pegang sign-board. Jadi, ikhlas kan hati anda semasa menghulur, mudah mudahan kita terima ganjarannya. Hihi..

Oklah, entri seterusnya, mari bercerita pasal ke mana suamiku bawak berjalan di tanah Jawa Timur.

Hari 1 : Kota Surabaya (Bandar Udara Juanda, Tunjungan Plaza Mall)
Hari 2 : Kota Surabaya (Monumen SuroBoyo, House of Sampoerna, Jembatan Merah Plaza, Masjid Cheng Hoo Surabaya), Kota Malang (Malang Town Square)
Hari 3 : Kota Malang - Batu (Agrowisata Kebun Apel, Museum Angkut & Movie Star Studio)
Hari 4 : Kota Malang - Batu (Batu Night Spectacular)
Hari 5 : Kota Malang (Pasar Sanan), Pasuruan (Masjid Cheng Hoo Pandaan), Sidoarjo (Lumpur Lapindo), Kota Surabaya
Hari 6 : Pulang ke Kotabaru, Kalimantan Selatan


 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...