December 28, 2014

Kotabaru - Surabaya - Malang 18.12.2014

Hari 3 : Kota Malang - Batu (Agrowisata Kebun Apel, Museum Angkut & Movie Star Studio)

Pagi, breakfast dulu di hotel. Makan banyak banyak sebab aktiviti agak padat hari ni. Jam 10 pagi kami dah keluar hotel. Waze : Kusuma Agrowisata, perjalanan dari hotel kami di Malang ke kebun buah buahan di Batu ambil masa dalam 30 minit. Agrowisata ni sebenarnya ialah kebun petik buah buahan di Batu, Kota Malang. Petik buah buahan ni kiranya, macam 'place to go' atau 'things to do in Batu' lah kalau dalam Tripadvisor. Kusuma Agrowisata pulak nama salah satu daripada banyak lagi kebun epal yang ada di Batu. Cumanya, Kusuma Agrowisata ni ada hotel ala resort, ada tempat mandi kanak kanak ala ala Desa Waterpark dan ada tempat X-treme aktiviti. Besar dan luas tempatnya. Hari yang kami pergi tu dibolehkan petik buah epal (orang Jawa Timur sebut apel) dan buah jambu. Seorang masuk dengan harga rp55ribu termasuk makanan dan minuman percuma.

Harga masuk
Pintu masuk
Kami ke kebun jambu dulu. Dibolehkan petik 2 biji jambu seorang. Sebab kami berlima (Nopal terkecuali sebab tak payah bayar tiket), jumlah semua boleh petik 10 biji jambu jenis pink guava. Selepas itu, baru ke kebun epal, yang mana dibolehkan petik 2 biji epal seorang. Jadi dapat 10 biji epal. Semuanya 20 biji buah dibawa pulang. Dah boleh buat berniaga camni. Di kebun epal, kami kena naik tramp sebab kebunnya agak jauh kena turun naik bukit sikit. Sedikit info, buah epal yang warna hijau lebih manis dari yang berwarna merah. Merah lebih masam dan belum masak. Seronok juga disini sebab pengalaman baru. Sebelum ni tak pernah ke kebun pun nak memetik begini. Kakak Annya yang paling happy dan excited. Aku dan suami pelik jugak sebab kami expect dia tak suka aktiviti macam ni. Yela, berpeluh, panas panas camni. Rupanya, bila Annya cakap 'I pick an apple, macam Sofia the First, Mommy' baru aku teringat pernah tengok dengan Annya cartoon Princess Sofia petik epal.. Hahaha.. feeling pwincess anakku. Hehehe.. Baik, kita layan gambar gambar di bawah..

Alas perut sebelum petik buah.
Pwincess Annya naik horse. Good girl tak takut.
Nopal pulak takut. Kelam kabut nak turun horse.
Kebun Jambu





Periksa dulu berapa biji buah bawa balik
Kebun Epal



Lelah juga disini. Habis selesai kerja petik buah, hujan turun dengan lebat. Sebelum sambung perjalanan, kami makan roti bakar dulu yang memang termasuk dalam pakej. Masih lagi hujan, kami cancel plan ke Jatim Park 1 dan Jatim Park 2. Kami halakan ke Musuem Angkut  & Movie Star Studio yang berdekatan dengan Kusuma Agrowisata. Lebih kurang 3 minit perjalanan naik kereta. Lihat macam boleh berteduh sebentar sementara hujan masih turun. Sila guna Waze untuk ke sini.

Musuem Angkut & Movie Star Studio ni bagi ku muzium yang unik. Selain ada macam macam jenis angkutan (atau transportation) dalam muzium ni, setiap jenis angkutan dikategorikan atau  disatukan mengikut negara yang produce jenis atau alat angkutan tersebut. Dari yang paling antik, hingga yang paling moden. Dari negara France hingga ke German. Dari Itali hingga ke Jepun. Oh ya, harga tiket masuk rp50ribu seorang. Nak masuk, beg harus diperiksa dahulu. Kurang pasti apa yang diperiksa tapi kami dilepaskan masuk. Ingatkan ada 2 bangunan aja muzium nya. Bila dah masuk, besar sungguh tempat ni rupanya. Dah macam USS pun ada. Tapi versi showroom kereta antik. Kat belah dalam ada macam macam lagi. Sepanjang kami di dalam Musuem Angkut ni, hujan turun saja. Ke mana mana agak terhad. Jadi kami berteduh di bangunan yang penuh dengan jenis angkutan yang unik. Masih ada lagi kawasan yang tak sempat pergi iaitu Kampung Terapung. Pun nampak menarik tapi masih hujan. Penat bergambar dan berjalan seluas luas kawasan muzium ni, kami decide untuk pulang ke hotel dan berehat.

Hujan masih gerimis.



Pemandangan tingkat bawah dari tangga ke tingkat atas


Pemandangan luar bangunan muzium. Arah ke Movie Star Studio. Hujan.






Malam kami dinner lagi di My Kopi-O! Kalini makan segala apa yang ada di restoran tersebut. Hahaha. Takdelah. Kami makan menu Malaysia kebanyakannya. Singgah lagi Hypermart dan Gramedia, Atok carik buku tapi Annya yang dapat buku, di Malang Town Square. Nopal pulak dah tertidur di bahu Atok. Jadi kami pulang ke hotel. Cerita seterusnya, sambung esok okay..

Lihat juga :
Salam dari Jawa Timur, Indonesia
Hari 1 : Kota Surabaya (Bandar Udara Juanda, Tunjungan Plaza Mall)
Hari 2 : Kota Surabaya (Monumen SuroBoyo, House of Sampoerna, Jembatan Merah Plaza, Masjid Cheng Hoo Surabaya), Kota Malang (Malang Town Square)
Hari 4 : Kota Malang - Batu (Batu Night Spectacular)
Hari 5 : Kota Malang (Pasar Sanan), Pasuruan (Masjid Cheng Hoo Pandaan), Sidoarjo (Lumpur Lapindo), Kota Surabaya
Hari 6 : Pulang ke Kotabaru, Kalimantan Selatan


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...