May 25, 2015

Melaka DuckTour Trip - Day 3

A Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka
18 - 20 April 2015

Day 3. Last day kami bergumbira bersama di Melaka. Bangun pepagi, macam hari sebelumnya, breakfast dah ready. Sambil sambil makan, sambil sambil perhatikan kids mandi kolam, sambil borak borak.. Tak habis habis boraknya ye. Dah agak tengahari, masing masing bersiap packing beg dan berkemas seluruh banglo sebelum check out. 


Breakfast on last day
Girl's activity while waiting semua orang bersiap untuk check out

Lunch dulu di Bandar Melaka. Disebabkan semalam punya agenda, terlepas lunch asam pedas, kami pun decide lunch asam pedas jugak kali ni, tak kira. Ahaha.. Semuanya menuju terus ke Restoran 35 Asam Pedas di Bandar Hilir.





Last destinasi sebelum pulang ke KL, kami singgah lepak minum coconut shake di Klebang. Duduk minum, borak borak lagi. Dan paling penting, misi mencarik kuih keria gula melaka di Kampung Limbongan. Jumpa akhirnya dan memang sedap! Must try kalau uols ke Melaka, ya.. Thanks Liza, masing masing dapat bawak balik bekal kuih keria seplastik besar. 




Kami pulang ke KL dengan senyuman. Thanks korang for the wonderful short vacay! As usual, dah sampai rumah baru rasa penat. Best trip ever. Semua orang sporting gila. Layankan aje perangai sorang sorang ye. Gelak tak habih. Borak pun tak habih. For the next trip, please make it happen. Tak kisah la, dekat ke, jauh je. Yang penting, kita enjoyyyyy! 




p/s : thanks a lot to my besties (anyah) coz joinkan diri n family for this trip. dah ajak dah my other besties (acik, alang, kaklynn) tapi masing masing ada hal terpenting. kiciwa but itsokkay sista. next time, we plan together ya! and its a must! insha allah..




May 18, 2015

Melaka DuckTour Trip - Day 2

A Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka
18 - 20 April 2015

** entri ini mungkin mengambil masa untuk me-loading gambar, maaf segala kesulitan **

Day 2. Pepagi bangun, breakfast dah ready. Semua dah siap alas perut, #gametepikolam pun bermula. Ada 2 games for kids and surprise game for mak-mak dan bapak-bapak (MotherFother bunyik macam curlass sikit dak). Standard game for kids, carik gula dalam tepung dan isi air dalam botol. Game MotherFother memang kontroversi abih. Kupas kulit epal ke makan kulit epal, pun boleh konfius. Boleh sakit perut sebab gelak kalau teringat balik. Aduiyyai.. Ahahaha!


Breakfast on 2nd day

Anyah/Arin, Sara, Ari, dan aku yang gumuk.
Ilya masih di BNM, Liza tengah mandikan anak kot ye.

Uncle Husep selaku AJK Sukaneka
Kusyuk nau nau dengar taklimat

Get set, Ready..

Isi air dalam botol. Cepaaatt..

Sponge. Sponge.

Game kontroversi nih! #gametepikolam

Rifai'e (Ijon's)

Adam (Imad's)

Nawfal (Amed's)

Zyaa (Pian's)
Duta Qu Puteh for kids tengah buat promo
Qu Puteh ler tu

Hadif (Husaif's)

'Aqilah (Ijon's)

Arash (Imad's)

Damia (Amed's)

Zaraa (Pian's)

Awliya (Husaif's)

Baby Hana (Zaki's)

Haziq (Husaif's)

Tasya (Pian's)


Yeay, semua orang dapat hadiah! Merdeka!!

#gengbassekolah #ducktourtrip #gametepikolam

Abis je #gametepikolam dan sesi penyerahan hadiah, semua ready to gerak ke Bandar Melaka untuk merealisasikan our ultimate event, Ducktour! Sampai je kat Menara Taming Sari, beli tiket Ducktour di kaunter bersebelah dengan Menara Taming Sari. Then, sesi lunch. Sebab memasing perut dah lapar, hokeh. Pusing pusing bandar Melaka ikut lorong mana pun kami tatau, mencarik asam pedas power tapi kedai tutup katenye, last destinasi kami yang dipandu oleh Husaif berakhir di Restoran Celop Celop. Hihihi.. Sementara tunggu turn Ducktour pukul 6 petang, kami solat jama’ dulu di Dataran Pahlawan Mall. 



Dan, akhirnya! Ducktour Trip yang dinanti nantikan!! REVENGE!!! Yes.









Dinner di Ikan Bakar Hj Musa di Alai. Kot. Apanya nama kedainya tapi femesnya Ikan Bakar Alai lah, gitu. Ahamdulillah, kenyang. Masing masing penat. Anak anak semua dah tertidur dalam kereta. Pulang ke banglo dengan perut yang kenyang.



Day 3. Next entri. See ya!

p/s : credit to Sara for nice shot and awesome pictures. 




May 11, 2015

Melaka DuckTour Trip - Day 1

A Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka
18 - 20 April 2015

Seronoknya rasa. Ducktour yang sering disebut sebut oleh kami (suamiku dan seangkatan dengannya) dari tahun 2008, akhirnya jadi kenyataan jugak. Yes! 




Ke Melaka kali ni (berapa kali ke Melaka tah ni), lil family dengan rakan rakan sekolah aka #gengbassekolah sudah sepakat pilih A Famosa Resort sebagai tempat penginapan kami untuk 5 lil famili yang lain (Ijon’s, Imad’s, Zaki’s, Pian’s, Amed’s) termasuk 1 famili Husaif yang pilih untuk stay di Bank Negara punya banglo di A Famosa Resort jugak. Sharing is caring konsepnya.. Jadi, semuanya pun kami share, takde hal punya. Ahaha.. Dan, kami dah bahagi bahagikan tugas sebelum dan semasa berlangsungnya ducktour trip ni :

- Ijon & Liza : komunikasi & sebaran am 
  tatau jugak apa yang dah disebarkan diorang nih.. Hihi..
- Imad & Sara : food & beverages & traffic
  sebab Imad guna Waze, dia amik bab traffic. Bab food preparation, Sara did a good job.  
- Zaki & Ari : barbecue & traffic 
  rasanya memang terkawal sikit bila time Zaki take over bab traffic.
- Pian & Arin : barbecue, food & beverages, videographer & accommodation 
  hamboih.. kemain banyak korang nye tugas ye. anyways, semua job tip top!
- Husaif & Ilya : sukaneka & gifts
  suka all the gifts for kids and take lupa, gifts for mak-mak. 
- Amed & Mas : itinerary & lawatan 
  banyak yang tersasar dari itinerary, tapi masih terkawal.

Walaupun semuanya kecoh dan kepoh, tapi rasanya semuanya had a good time and happy sepanjang masa. Kids memanglah over happy, kan. Jom lah scroll semua gambar gambar yang ada.

Day 1. Ikut itinerary, pukul 12 tengahari patut semuanya dah berkumpul di RNR Seremban tapi kami ada masalah teknikal (flight kami dari Jakarta baru landing KLIA pukul 3 pagi) hanya tiga kereta yang gerak dulu ke A Famosa Resort untuk sesi lunch bersama dan check in banglo. Kami sampai agak lewat dalam pukul 4-5 petang. Singgah jap menapau di Cendol Bakar, kedainya tepi jalan sebelum selekoh ke A Famosa Resort. Sesampai banglo, kids dah beronok ronok mandi di swimming pool. Jadinya sesi barbecue dah bermula membawak ke malam. Selepas solat jemaah Maghrib (bapak bapak sahaja), kami dinner lauk barbecue di banglo aja. Dah agak pukul 12 malam, bapak bapak nak gi tengok bola kat kedai mana pun kami tak ambik peduli, aku dan Anyah sibuk menyembang tak habis habis sampai ke Subuh. Hehe..




Cendol Bakar cawangan Melaka, sebelum simpang ke A Famosa Resort



Barbecue!!





Sambung Day 2 entri selanjutnya, hokeh!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...