May 11, 2015

Melaka DuckTour Trip - Day 1

A Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka
18 - 20 April 2015

Seronoknya rasa. Ducktour yang sering disebut sebut oleh kami (suamiku dan seangkatan dengannya) dari tahun 2008, akhirnya jadi kenyataan jugak. Yes! 




Ke Melaka kali ni (berapa kali ke Melaka tah ni), lil family dengan rakan rakan sekolah aka #gengbassekolah sudah sepakat pilih A Famosa Resort sebagai tempat penginapan kami untuk 5 lil famili yang lain (Ijon’s, Imad’s, Zaki’s, Pian’s, Amed’s) termasuk 1 famili Husaif yang pilih untuk stay di Bank Negara punya banglo di A Famosa Resort jugak. Sharing is caring konsepnya.. Jadi, semuanya pun kami share, takde hal punya. Ahaha.. Dan, kami dah bahagi bahagikan tugas sebelum dan semasa berlangsungnya ducktour trip ni :

- Ijon & Liza : komunikasi & sebaran am 
  tatau jugak apa yang dah disebarkan diorang nih.. Hihi..
- Imad & Sara : food & beverages & traffic
  sebab Imad guna Waze, dia amik bab traffic. Bab food preparation, Sara did a good job.  
- Zaki & Ari : barbecue & traffic 
  rasanya memang terkawal sikit bila time Zaki take over bab traffic.
- Pian & Arin : barbecue, food & beverages, videographer & accommodation 
  hamboih.. kemain banyak korang nye tugas ye. anyways, semua job tip top!
- Husaif & Ilya : sukaneka & gifts
  suka all the gifts for kids and take lupa, gifts for mak-mak. 
- Amed & Mas : itinerary & lawatan 
  banyak yang tersasar dari itinerary, tapi masih terkawal.

Walaupun semuanya kecoh dan kepoh, tapi rasanya semuanya had a good time and happy sepanjang masa. Kids memanglah over happy, kan. Jom lah scroll semua gambar gambar yang ada.

Day 1. Ikut itinerary, pukul 12 tengahari patut semuanya dah berkumpul di RNR Seremban tapi kami ada masalah teknikal (flight kami dari Jakarta baru landing KLIA pukul 3 pagi) hanya tiga kereta yang gerak dulu ke A Famosa Resort untuk sesi lunch bersama dan check in banglo. Kami sampai agak lewat dalam pukul 4-5 petang. Singgah jap menapau di Cendol Bakar, kedainya tepi jalan sebelum selekoh ke A Famosa Resort. Sesampai banglo, kids dah beronok ronok mandi di swimming pool. Jadinya sesi barbecue dah bermula membawak ke malam. Selepas solat jemaah Maghrib (bapak bapak sahaja), kami dinner lauk barbecue di banglo aja. Dah agak pukul 12 malam, bapak bapak nak gi tengok bola kat kedai mana pun kami tak ambik peduli, aku dan Anyah sibuk menyembang tak habis habis sampai ke Subuh. Hehe..




Cendol Bakar cawangan Melaka, sebelum simpang ke A Famosa Resort



Barbecue!!





Sambung Day 2 entri selanjutnya, hokeh!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...