July 28, 2015

Barang percuma dari Zalora MY

Selamat Hari Raya semua!!
Selamat makan kuih raya!!!

Sebelum raya kan aku ada cerita pasal fesyen baju terkini dalam blog nih. Klik : Zalora for Raya

Sebenarnya, dengan menulis suka suka hati gitu, dapat ler sedikit token dari Zalora. Tokennya, pilih mana yang suka dan berkenan di hati dari website Zalora.com.my pastu masukkan voucher code yang dapat dari Zalora tu, then tunggu lah 2-3 hari dapat ler barang yang dipilih itu.

Happy bukan kepalang. Barang free, kan.. Terima kasih ye Zalora (Miss Norain Omar!)

Tapi sekarang pening pulak jadinya sebab tak reti pulak nak pakai shawl Sugarscarf ni cemana cemana gayanya. Adeh!

Limited Edition Madison Lace by Sugarscarf for Zalora



July 15, 2015

Mommy's Little Hero

Emir Nawfal Bin Mohd Hamdi

Kalau ada blog readers aku yang masih ingat entri yang lepas, banyaknya aku bercerita pasal puteri sulungku Damia Alani dalam blog ni. Yeap, masa tu memang rajin sangat sangat nak menulis blog. Dan memang banyak masa terluang waktu tu sebenanya. Anak sorang dan masih kecil lagi, kerja di ofis (masa tu di UEM) pun tak sesibuk mana. Tup tup bila dah pindah ofis (start with Nestle and ended with Kraft Foods) mulalah tak tentu arah nak urus masa. Hinggakan blog ni pun terabai.

Buat masa ini aku dengan rasminya sebagai suri rumah tangga sepenuh masa atau status glamer nya ‘stay-at-home-mom’. Sudah tak ada masa terikat dengan ofis, keluar rumah balik rumah pukul berapa, jap lagi meeting dengan department ni pukul berapa, tak ada soalan dengan kawan kawan ofis nak lunch mana, tak ada stress dengan dateline projek ini, bila kena submit kena present kat boss. Yang ada :

* Mommy, Annya nak cookies tuu
* Mommy, Annya nak tengok katun 
* Mommy, tengok Nofal nih sepah sepah saje
* Ammi, ai.. wan.. tu.. milk.. (ni suara Nopal)
* Annya Nopal, jom mandi cepat 
* Mommy, hari ni nak masak apa?
* Mommy, next week kita kena gi Banjarmasin.

Haa gitu lah. Buat masa ini, masih lagi rasa seronok pegang status ini. Sudah mahu masuk tahun ke 2 bergelar SAHM. Seronok, mungkin kerna belum ada lagi anak yang bersekolah. Mungkin juga bila dah ada, mulalah sibuk dan tangan pun bertukar jadi tangan sotong nanti. But till today, Alhamdulillah semuanya nampak terkawal. Walaupun tak akan ada lagi karier yang diimpikan, harapan aku semoga rezeki lil family ini dipermudahkan jalannya dan diberkati selalu hendaknya. Jodoh, maut, rezeki, semua itu urusan Allah dan sungguh, aku redha dengan pengorbanan ku ini. Semoga dengan perjalanan aku yang tertulis begini, Allah memudahkannya dan semoga Mama Papa sentiasa memahami dan memberkati hidupku. Amiin~

Oooh yaa. Patut cerita pasal Emir Nawfal. Dah terlari dari tajuk ni. Haih, suka tau gini.

Sebenar benarnya idea hari ni nak menulis blog, nak cerita pasal puteraku Emir Nawfal. Macam tak lengkap pulak blog ni kalau tak bercerita pasal anak. Actually dah promise dengan hati sendiri nak tulis pasal ‘travelling’ aja bila start berblog semula. Okaylah, this time, exceptional case. At least bila Nopal (panggilan untuk dia tapi kakak Annya panggil Nofal) dah besar, ada pulak terbaca blog ni, bolehla lepas rindu pada Mommy nanti. 

Nopal dilahirkan pada 16 Julai 2012, di DEMC Shah Alam Selangor. Iaitu seminggu sebelum bulan puasa. Sah sah aku kena ganti sepenuhnya sebulan puasa tahun tu. 44 hari pantang kan! Masa tu aku masih bekerja dengan gigihnya di Kraft Foods, di Damansara. Keluar rumah pagi pagi, kadang kadang sampai rumah dah malam. Bawak Annya kulur kilir naik kereta, anta dia gi school di BBIM area TTDI KL sebab dekat dengan ofis. Masa tu suamiku dah mula kerja di Indonesia. Sebulan sekali mesti pulang ke Malaysia jenguk anak bini di Malaysia. Masa tu memang ada perancangan untuk semuanya ikut sekali duduk di Indonesia tapi projeknya masih belum selesai, rumah kuarters juga belum siap, jadi kami berpisah buat sementara. Ingat lagi, rasa kesian kat Nopal sebab masih kecil, jarang dapat jumpa dengan Abah dia. Sekarang dah besar ni, paling ngam paling rapat, dia lah. Kalau dengan Kakak Annya dulu, kan lain cerita nya kan. Boleh baca kisah Annya di blog ku di SINI. Dengan Annya, rumah kami di Subang Jaya ketika itu. Ketika adanya Nopal, kami mulanya tinggal di Rawang selama empat bulan kemudian berpindah ke Klang sehingga sekarang. Insha Allah tahun ini pula, rumah kami yang dibeli di Nilai Impian juga sudah siap dan dalam proses penyerahan kunci. Kita lihat perancangannya bagaimana nanti.

Anak ketiga dalam family. Yang kedua ialah Allahyarham Muhammad Amin. Alfatihah untuknya. Mungkin readers boleh baca semula di entri mengenai beliau di SINI. Memanglah sangat sangat, over manja. Tak sama dengan Kakaknya yang lebih independent, Nopal pandai betul cairkan hati Mommynya dan Abahnya. Nakal.. nakal budak lelaki kan, tapi bila time kena tegah, tinggi sikit suara Mommy dia, tak sampai hati nak marah lebih lebih bila dia buat muka sedih. Nopal is caesarean baby. Intially, masuk labor room untuk deliver normal tapi last minute doctor decide tolak ke operation room untuk deliver caesarean. Doktor cakap baby tidur tamau keluar even Mommy dah push habis. Kakaknya normal tapi kena vacum sikit. Nopal susu badan (breastfeed) sampai bulan ke enam. Then dah campur dengan baby food dan susu formula. Sama macam budak lelaki yang lain, minat Ultraman, minat Hot Wheels, Upin Ipin, Lego, suka lompat kerusi, lompat katil, lompat Abah dia, gusti dengan Kakak, memang hobi.

Esok, umur Nopal sudah 3 tahun. Mommy doakan agar kamu jadi anak yang soleh, yang selalu mendengar kata Abah & Mommy, tahu mana satu yang baik mana satu yang salah, takut pada Allah dan buat apa yang disuruh Allah, sayang dan kasih pada Rasulmu Nabi Muhammad s.a.w, jadi anak yang bijak dan pandai yang rajin belajar sesuatu untuk jadi terbaik, disayangi dan dihormati semua orang. Sayang Kakak Annya, sayang Mommy, sayang Abah, ye? Tahun depan, kena pergi school okaay.. Sebab Kakak Annya pun dah kena pergi school. Kita akan berjauhan semula dengan Abah. But its okay darlings, we can do it! Mommy kena kuat demi kamu berdua agar tidak ketinggalan, dapat belajar di sekolah macam orang lain dan berusaha untuk jadi yang terbaik. Insha Allah. Aameen..

Mari lihat my lil hero yang pelbagai ragam. You’re always be my lil hero, son!
















July 10, 2015

Johor Bahru Day 3 : Legoland Malaysia Theme Park, Steamboat Dataran JB

12 June 2015
Johor Bahru, Johor


Plan harini, ke Legoland!! Anak anak semangat, mommies and daddies tumpang semangat. Diorang ni (ada 4 orang dak kecik kali ni) dari semalam asyik lah sebut “Legoland yang hebat”. Memang berjangkitlah semangatnya, kan. Ahahahaa.. 



Kami tiba di Nusajaya lebih kurang jam 11 pagi. Masih hujan. Jadi, kami berteduh dan lunch dulu di salah satu restoran di luar kawasan Theme Park. Tepat jam 12 tengahari barulah kami ke kaunter untuk beli tiket. Alhamdulillah, dapat diskaun bila tunjuk MyKad. Dan dapat vaucer makanan berjumlah RM70 yang boleh di-redeem dalam Theme Park. Seperti Theme Park yang lain juga, misi utama adalah untuk menggembirakan hati Annya Nopal. Bagilah diorang main apa jenis rides yang boleh main. Aku dan suami tumpang happy. Mohla tengok gambar gambar yang ada..  














Kat dalam ni semua ada dan semua senang. Ada beberapa surau yang bersih dan besar. Ada nursery or baby room. Ada restoran. Ada tempat lepak yang beratap. Ada banyak tempat boleh refill soft drink dan boleh beli popcorn kalau lapar. Pendek kata, sebijik sama lah macam Theme Park di mana mana pun. Kebanyakan ride kat sini, budak budak boleh naik. Dan boleh ditemani parents. Legoland Theme Park Malaysia tutup pukul 7 malam pada cuti sekolah. Kami yang masih belum puas main dan tak sempat explore satu Legoland memanglah rasa berat nak keluar. Sampai kena halau (secara hormat ye), keluar jugaklah kami terkedek kedek. Sebelum pulangkan stroller yang disewa, menyinggah dulu ke Legoland Shop yang besar dan banyaaaaak pilihan itu. Memang tak reti nak keluar agaknya, sampai kedai dah tutup separuh pintu barulah paham. Sampaikan nak collect gambar, kedai gambar tu pun pun tak sanggup terima kami. Tak terima langsung pelanggan dah. Yela, staff nye pun nak balik rumah.. Hehe..

Balik dari Legoland kami singgah Dataran JB, tapau makanan sahaja. Tahu bakar JB menu wajib. Steamboat JB menu mesti ada. Semua tu kami makan kat apartment je lah. Selesa sikit dengan anak anak yang kepenatan. Kami pun boleh makan dengan tenang. Lepas makan, berkemas kemas. Jam 4 pagi checkout, kami pulang ke Kuala Lumpur. Insha Allah akan ke JB lagi. Kita tawan Legoland Water Theme Park pulak. Yes, Legoland yang hebat!!









July 9, 2015

Johor Bahru Day 2 : Kedai Makan Pak Ali, Johor Premium Outlet (JPO), Restoran Singgah Selalu

11 June 2015
Johor Bahru, Johor


Dinosaur Water Theme Park, KSL Hotel & Resort JB
Pepagi dah ke sini nak main air. Seronoknya hanya budak budak yang tahu. Hehe..

Dengan tak breakfast lagi, kami bersiap siap untuk keluar makan tengah hari. Memang suami ku beriya ajak makan di kedai yang selalu dia makan masa belajar dulu di UTM, Kedai Makan Pak Ali di Taman Universiti, Skudai. Tapi kami hampa dan kecewa sebab kedainya tutup. Selidik punya selidik rupanya owner kedai tak berapa sihat dan dah dekat seminggu kedainya terpaksa ditutup sementara. Jadinya kami makan di salah satu kedai makan yang banyak di sana (tak ingat nama kedai apa, tapi ingat depan kedai burger dan buka 24 jam) Yang bestnya kedai makan ni ada jual berjenis jenis dessert yang sedap especially kuih sagonya yang mabeles, siap tapau bawak balik KL.

Lebih kurang pukul 3 petang, akhirnya sampai juga kami di JPO. Weeeee! Hanya aku dan Liza je kot yang happy sampai sini. Suami aku dengan suami Liza biasa je kot. Masuk kedai, keluar kedai, masuk kedai, keluar kedai tak reti penat. Sib baik ler anak anak di bawah jagaan para suami. Memang rasa heaven la kat sini. Sampai tak sedar dah pukul 6 petang, belum solat lagi. Surau senang cari, dalam Food Court dan sebelah tandas, selesa walaupun tak besar. Dekat pukul 8 malam baru terasa lapar. Baru terasa kaki nak tercabut. Sebelum pulang hotel, sekali lagi kami dinner di Singgah Selalu. Haih, memang kena betul namanya singgah selalu. Memang dok singgah ja!




Johor Bahru Day 3 : Legoland Malaysia Theme Park, Steamboat Dataran JB



 

July 8, 2015

Johor Bahru Day 1 : KSL Hotel & Resort, Restoran Singgah Selalu, Istana Diraja Bukit Serene

10 June 2015
Johor Bahru, Johor

Balik cuti dari Indonesia kali ini memang takde perancangan nak berjalan ke mana. Khusus balik sebab sebelum start puasa aja. Suami pun memang balik bercuti, bukan ada kerja atau apa. Jadi, kaki gatal macam nak berjalan ke Selatan. Sebena teringin mau makan Tahu Bakar JB! Kebetulan, minggu yang plan nak berjalan tu, cuti sekolah. Lagi pula, memang Ijon & Liza (antara ahli #gametepikolam Ducktourtrip dan kebanyakan trip kami memang merekalah ahli rombongannya pun kalau bukan Wak) juga nak bawak anak anak diorang berjalan ke Legoland. Short plannya, tempah apartment kat Agoda, jalaaaann! Yeay, JB here we come again!

Kami (my lil family je, famili Liza bertolak malam lepas kerja) bertolak dari Klang lebih kurang pukul 11 pagi dan sampai bandar JB tepat jam 4 petang. Sebab ter-excitednya nak ke Legoland, dan juga tak sempat beli tiket online, kami terus ke kaunter tiket di Nusajaya nuu. Aduhai, rupanya mereka jual daily ticket tru counter. Harini nak masuk, harini baru beli tiket. Otherwise, kena beli online. Beli online yang untungnya, dapat early bird discount. Dan ada macam macam diskaun lagi. Beli kat kaunter pulak dapat MyKad discount kalau warganegara Malaysia. Korang boleh klik SINI untuk website Legoland atau SINI untuk carik carik Legoland tiket mana yang sesuai k. 


Tiket Legoland Park yang berjaya dibeli pada hari ke3

Check in apartment yang kami tempah di Agoda.com, kami pilih KSL Hotel& Resort lagi kali ni. Dah usha jugak Legoland Hotel, tapi mahal tersangat tahap cipan punya mahal untuk satu malam, lupakanlah hasrat ye.. Maybe next time, waktu bukan cuti sekolah atau cuti sewaktu dengannya. Yang bestnya duk apartment sini, living hall besar dan ada kitchen kabinet dengan alat masak yang lengkap. Untuk apartment 2 bilik dengan 2 famili kecik kira berbaloi jugaklah. Dan paling best dapat masuk free Dinosaur Water Theme Park. Kalau tidak kena bayar sorang rm50. Mandilah puas puas dengan dinosaur kat dalam tu. Hehe..


Dinner di Restoran Singgah Selalu memang wajib, kot, bagi suami aku nih. Suami aku ni memang teruja lebih kalau ada di JB sebab tempat belajar dia dulu katakan. 6 tahun duk JB kan.. Dinner dengan sepupu aku yang memang kerja di JB : Bancik, Nadia & Adam. Lepas dinner menyinggah ke perkarangan Istana Diraja Bukit Serene yang sangat cantik. Ada crown diraja uols! Dari jauh nampak bukan meriah nengok orang lepak lepak depan pagar rumah Sultan Johor. Hehe.. Lepak sana sampai Ijon dan anak anak sampai, then terus ke hotel. 

Annya Nopal di Perkarangan Istana Diraja Bukit Serene






 

July 6, 2015

Fesyen Baju Terkini : Zalora for Raya

19 Ramadhan 1436H

Raya dah nak dekat nih. Mak-mak yang paling sibuk. Sibuk pikir kuih apa, kerepek perasa apa nak letak atas meja tahun ni. Langsir. Langsir nak fesyen yang cemana tahun ni. Baju. Haaa paling feveret punya kemusykilan bila nak raya. Sebab tang baju ni takkan habis pikir punya. Mula-mula berapa pasang nak ada. Memang lah tak cukup sehelai. Kalau boleh, ada 30 hari raya, 30 hari tu jugak nak berganti baju. Belum tudung lagi. Kasut lagi. Sibuk macam orang ini lah. Yang tengah menulis ni. Kekeke… 

Lepastu nak kena pikir baju kaler apa. Tahun ni rasanya trend kaler pastel. Kaler pastel ni warna warna yang lembut, gitu. Kalau kuning, kuning cair yang lembut. Kalau hijau, hijau turqouise yang lembut. Atau emerald green. Kalau pink, dusty pink yang lembut. Kan, kan. Kalau tak caya cer bukak Zalora.com.my. Kebanyakan fashion designer di Malaysia guna kaler pastel tahun ni.

design by Fazbulous Raya by Fazura 

Pastu kain apa yang sesuai, pun kena pikir jugak. Kalau beraya di Malaysia, ciri ciri kain mesti yang tak panas dan tahan lasak. Yelah, kata beraya dari pagi sampai ke malam. Waktu tengahari tu mesti ambik kira. Panas okeh cuaca kat Malaysia ni. Tapi, rasanya trend fesyen baju terkini untuk tahun 2015 ni, kain songket ye. Lace atau sulam sulaman, tahun 2014 dah ambik. Tahun ni, kasi can songket pulak lah.

design by Dhia Reina
design by Dhia Reina

Lastly nak kena pilih fesyen yang cemana cemana. Mesti ikut fesyen terkini, of coz bebeh! Sekarang ni macam macam fesyen ada dah. Kurung Mother and Daughter lah. Jubah, jubah labuci kat tangan, jubah lace kat bahu. Haih macam macam. Tapi, kalau ikut fesyen baju terkini, di Zalora.com.my ada fesyen yang unik tapi masih cantik dipakai iaitu ‘cape’ atau kata lain ialah pelapis kain atas kain. Cantik dan memang sangat trendi sekali baju dari Bella Ammara tahun ini. Cuba lihat.. 

design by Bella Ammara for Zalora
design by Bella Ammara for Zalora

Tapi kan, bila sebut fashion terkini yang unik… kalau lihat di TV, kan ada international ‘fashion show’ yang ada model kurus jalan lurus ke depan dengan muka takda perasaan tu, baju dia tak terjangkau dek akal langsung. Memanglah ‘fesyen baju terkini’ sangat. Tapi, memang tak boleh pakai punyalah. Ada ke nak pakai raya gi rumah Mak Ngah, rumah Pak Lang macam gitu. Dah serupa durian dapat kaki nak berjalan pun iye.

picture : google
picture : google

Ingat lagi masa kecik kecik dulu. Tiap kali bulan puasa nak dekat raya, Mama Papa mesti bawak kami adik beradik carik baju raya kat Jalan TAR. Kalau tak Globe Silk Store (tahun bila daa…), Kamdar, atau Sogo. Tak pun pilih je kat gerai kat Bazar Ramadhan tu. Pastu bukak puasa kat Restoran Insaf. Bestnya nak raya time tu. Kalau dah siap beli awal awal, gantung baju raya pun awal awal. Nak ambik semangat raya lah katakan.

Sekarang ni, nak carik baju raya dah senang. Mudah. Pantas. Online uols! Ada banyaaaaaak pilihan. Klik aja Zalora.com.my. Belambak uols FESYEN BAJU TERKINI Boleh dalam dilema hokeh nak pilih yang mana sesuai dengan bajet dan saiz badan. Mahu ke hulur ke hilir bawak tape ukur baju tu. Sampai ke dapur pun bawak jugak tu. Macam orang ini lah. Yang tengah menulis ni. Kekeke… (Sengaja copy paste ayat atas)

Okay lah. Annya Nopal akan balik Malaysia seminggu sebelum Raya tau. Seronok eh terbang pulang ke kampung.. Till then, Selamat menyambut Hari Raya yang mulia dari Annya dan Nopal! 

Nak duit raya.. ;)

notakaki : thanks miss norain omar for the invitation, and enjoy this.



July 1, 2015

Masih lagi pasal Melaka Ducktourtrip!

Ada video dibuat khas oleh ahli duck tour trip.
Thanks ahli #gametepikolam Mantap videonya!
Good job!

* nak cuba try test upload video dalam blog ini, boleh lepas ke tidak..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...