July 15, 2015

Mommy's Little Hero

Emir Nawfal Bin Mohd Hamdi

Kalau ada blog readers aku yang masih ingat entri yang lepas, banyaknya aku bercerita pasal puteri sulungku Damia Alani dalam blog ni. Yeap, masa tu memang rajin sangat sangat nak menulis blog. Dan memang banyak masa terluang waktu tu sebenanya. Anak sorang dan masih kecil lagi, kerja di ofis (masa tu di UEM) pun tak sesibuk mana. Tup tup bila dah pindah ofis (start with Nestle and ended with Kraft Foods) mulalah tak tentu arah nak urus masa. Hinggakan blog ni pun terabai.

Buat masa ini aku dengan rasminya sebagai suri rumah tangga sepenuh masa atau status glamer nya ‘stay-at-home-mom’. Sudah tak ada masa terikat dengan ofis, keluar rumah balik rumah pukul berapa, jap lagi meeting dengan department ni pukul berapa, tak ada soalan dengan kawan kawan ofis nak lunch mana, tak ada stress dengan dateline projek ini, bila kena submit kena present kat boss. Yang ada :

* Mommy, Annya nak cookies tuu
* Mommy, Annya nak tengok katun 
* Mommy, tengok Nofal nih sepah sepah saje
* Ammi, ai.. wan.. tu.. milk.. (ni suara Nopal)
* Annya Nopal, jom mandi cepat 
* Mommy, hari ni nak masak apa?
* Mommy, next week kita kena gi Banjarmasin.

Haa gitu lah. Buat masa ini, masih lagi rasa seronok pegang status ini. Sudah mahu masuk tahun ke 2 bergelar SAHM. Seronok, mungkin kerna belum ada lagi anak yang bersekolah. Mungkin juga bila dah ada, mulalah sibuk dan tangan pun bertukar jadi tangan sotong nanti. But till today, Alhamdulillah semuanya nampak terkawal. Walaupun tak akan ada lagi karier yang diimpikan, harapan aku semoga rezeki lil family ini dipermudahkan jalannya dan diberkati selalu hendaknya. Jodoh, maut, rezeki, semua itu urusan Allah dan sungguh, aku redha dengan pengorbanan ku ini. Semoga dengan perjalanan aku yang tertulis begini, Allah memudahkannya dan semoga Mama Papa sentiasa memahami dan memberkati hidupku. Amiin~

Oooh yaa. Patut cerita pasal Emir Nawfal. Dah terlari dari tajuk ni. Haih, suka tau gini.

Sebenar benarnya idea hari ni nak menulis blog, nak cerita pasal puteraku Emir Nawfal. Macam tak lengkap pulak blog ni kalau tak bercerita pasal anak. Actually dah promise dengan hati sendiri nak tulis pasal ‘travelling’ aja bila start berblog semula. Okaylah, this time, exceptional case. At least bila Nopal (panggilan untuk dia tapi kakak Annya panggil Nofal) dah besar, ada pulak terbaca blog ni, bolehla lepas rindu pada Mommy nanti. 

Nopal dilahirkan pada 16 Julai 2012, di DEMC Shah Alam Selangor. Iaitu seminggu sebelum bulan puasa. Sah sah aku kena ganti sepenuhnya sebulan puasa tahun tu. 44 hari pantang kan! Masa tu aku masih bekerja dengan gigihnya di Kraft Foods, di Damansara. Keluar rumah pagi pagi, kadang kadang sampai rumah dah malam. Bawak Annya kulur kilir naik kereta, anta dia gi school di BBIM area TTDI KL sebab dekat dengan ofis. Masa tu suamiku dah mula kerja di Indonesia. Sebulan sekali mesti pulang ke Malaysia jenguk anak bini di Malaysia. Masa tu memang ada perancangan untuk semuanya ikut sekali duduk di Indonesia tapi projeknya masih belum selesai, rumah kuarters juga belum siap, jadi kami berpisah buat sementara. Ingat lagi, rasa kesian kat Nopal sebab masih kecil, jarang dapat jumpa dengan Abah dia. Sekarang dah besar ni, paling ngam paling rapat, dia lah. Kalau dengan Kakak Annya dulu, kan lain cerita nya kan. Boleh baca kisah Annya di blog ku di SINI. Dengan Annya, rumah kami di Subang Jaya ketika itu. Ketika adanya Nopal, kami mulanya tinggal di Rawang selama empat bulan kemudian berpindah ke Klang sehingga sekarang. Insha Allah tahun ini pula, rumah kami yang dibeli di Nilai Impian juga sudah siap dan dalam proses penyerahan kunci. Kita lihat perancangannya bagaimana nanti.

Anak ketiga dalam family. Yang kedua ialah Allahyarham Muhammad Amin. Alfatihah untuknya. Mungkin readers boleh baca semula di entri mengenai beliau di SINI. Memanglah sangat sangat, over manja. Tak sama dengan Kakaknya yang lebih independent, Nopal pandai betul cairkan hati Mommynya dan Abahnya. Nakal.. nakal budak lelaki kan, tapi bila time kena tegah, tinggi sikit suara Mommy dia, tak sampai hati nak marah lebih lebih bila dia buat muka sedih. Nopal is caesarean baby. Intially, masuk labor room untuk deliver normal tapi last minute doctor decide tolak ke operation room untuk deliver caesarean. Doktor cakap baby tidur tamau keluar even Mommy dah push habis. Kakaknya normal tapi kena vacum sikit. Nopal susu badan (breastfeed) sampai bulan ke enam. Then dah campur dengan baby food dan susu formula. Sama macam budak lelaki yang lain, minat Ultraman, minat Hot Wheels, Upin Ipin, Lego, suka lompat kerusi, lompat katil, lompat Abah dia, gusti dengan Kakak, memang hobi.

Esok, umur Nopal sudah 3 tahun. Mommy doakan agar kamu jadi anak yang soleh, yang selalu mendengar kata Abah & Mommy, tahu mana satu yang baik mana satu yang salah, takut pada Allah dan buat apa yang disuruh Allah, sayang dan kasih pada Rasulmu Nabi Muhammad s.a.w, jadi anak yang bijak dan pandai yang rajin belajar sesuatu untuk jadi terbaik, disayangi dan dihormati semua orang. Sayang Kakak Annya, sayang Mommy, sayang Abah, ye? Tahun depan, kena pergi school okaay.. Sebab Kakak Annya pun dah kena pergi school. Kita akan berjauhan semula dengan Abah. But its okay darlings, we can do it! Mommy kena kuat demi kamu berdua agar tidak ketinggalan, dapat belajar di sekolah macam orang lain dan berusaha untuk jadi yang terbaik. Insha Allah. Aameen..

Mari lihat my lil hero yang pelbagai ragam. You’re always be my lil hero, son!
















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...