sebenarnya semalam birthday mama. 04 ogos. dulu kecik-kecik-kecik kami sekeluarga akan keluar makan malam bersama utk sambut harijadi. sesiapa pun lah. birthday aku ke, bayu ke. tidaklah di restoran besar. cukuplah di kedai tomyam. makan satay. makan ikan siakap stim. makan tomyam lah for sure. kalau tidak pun kfc sebarrel, kongsilah beramai ramai.. dan alhamdulillah tradisi itu tetap maintain sampai mama & papa ade cucu yg kiyut ~damia alani. ngeh ngeh.. anak dara ku itu.
mulanya ingat nak sambut weekend. meriah sikit. sebab kami x cukup korum pulak. angah di kuantan, teman sherly berpantang di kampung. bersama 2nd cucu yg kiyut jugak. ~alya hani. si naen ada di johor lah belajar. dia punye birthdate pun bulan ogos jugak. incik suami ada di klang coz prepare untuk kursus 3 hari di PD. sebab incik suami berkursus, aku dan damia adalah menempek di rawang seminggu ni. so, adalah kewujudanku di birthday mama. jadinya, semalam balik dari kerja mama tak adalah rasa nak makan di luar. tapi bila papa balik dari surau solat isya', terus on saja. "yang weekend tu weekend lah. yg ini laen." huhuhu...
sebelum tu, balik keje petang tu, mama komplen cume lah aku sorang yang tak wish birthday. padahal.. aku da ade cupcake berbijik-bijik dalam kete aku. ngehngeh~~ saje nak bagi surprise.. suke betul mama. bosan selalu dapat kek 4 segi agaknya.
alamak. damia yang over nih
hmm.. mungkin lepas ni kite order kek gamba jersey atau gitar pulak. order-lah di blog yang sangat 'sedap' dilihat. macam pembuat kek nih. looks yummy rite??
tapi. yang buat aku pulak terkezut beruks pulak tibe tibe incik suami muncul kat kedai makan. tengah sedap mencekik satay ade orang bagi salam. yeaaaayy.. incik suami ada jugak akhirnya. terus sambar anak dara dia dulu. bukan mak anak dara nih. huh. yela. takpela. bagilah melepas rindu.
damia pun rindu abah ye..
selamat hari lahir..
to papa.. selamat panjang umur. harap harap dapat pegi haji dengan mama tahun ini. jaga kesihatan yang paling penting. semoga family kita bahagia selama-lamanya~~
No comments:
Post a Comment