February 6, 2015

Gold Coast Day 1 : Paradise Resort, Harbour Town, Surfers Paradise Beach

09 Jan 2015
Hari yang ditunggu tunggu. Sangat excited, teruja, rasa mahu lompat bintang 10 kali!

KLIA2 - Coolangatta Airport
Boarding time pukul 8.30 malam. Flight take off kira-kira pukul 9.30 malam. Tidur, makan, tidur, tidur, tidur selama 8 jam. Pukul 6.30 pagi waktu tempatan kami selamat sampai di GC Airport yang comel. Lagi comel dari LCCT dulu. Suami dan ku dah senyum sampai ke telinga. Alhamdulillah, sampai juga kami di sini.

10 Jan 2015
Cuaca agak panas tapi berangin. Agak lama di Airport untuk pelepasan kastam. Beratur panjang untuk pemeriksaan pasport. Kebetulan, baru tiba beberapa pesawat tambang murah Scoot (Singapore), Tiger Airways dan Jetstar (Australia). Dan juga beratur lama untuk pemeriksaan bagasi. Selesai semuanya, suamiku menjalankan tugas. Carik bas untuk ke SP, beli sim card, beli Go Card. Perut pun dah terasa lapar.

Paradise Resort GC
Check in. Annya Nopal paling teruja bila nampak aja playground yang penuh dengan kids terlompat lompat terjerit jerit ditambah dengan pool yang best dan happening. Puas pujuk cakap nanti kita pergi, tukar baju dulu, Annya angguk, baru dapat masuk ke bilik. Kemaskan apa yang patut, rehat sekejap, refreshkan diri, solat, lapik perut dengan makan roti yang dibawa, dan terus bersiap siap untuk mulakan hari yang best di GC.

Harbour Town (HT)
Masih baru lagi di GC, kan. Jadinya teragak agak tercongok congok la cemana cemana. Sib baik staff resort sangat membantu. Banyak option, tapi kami pilih naik tram. Dari resort ke tram station hanya 5 minit jalan kaki ke station paling dekat, Surfers Paradise North.



Kemudian turun di station apa (lupa) untuk naik bas nombor 704 atau 705 (lupa juga) terus ke HT. Tak perlu risau bas apa sebab boleh tengok jadual kat tiang yang ada di bus station. Kekerapan bas, on time and accurate. Kecuali waktu hujan agak delay sikit. Sikiiit je. Ataupun, kalau tak pasti jugak, bas sampai je, boleh tanya kat bus driver. Macam suamiku buat. Dah selalu sangat tanya, sambil jerit dari luar pun boleh. Diorang tetap layan dan jawab bas mana patut naik. Hehehe.. Asalkan ada go card. Eh, tak ada go card pun boleh. Bayar cash. Tapi mahal dan takde diskaun.

Sesampai HT, mukaku yang ngantuk tadi bertukar jadi fresh tetiba. Sebenarnya takdelah nak shopping sangat tapi macam excited sebab dah sampai tempat yang diorang cakap kena pergi kalau dah sampai GC. Tempatnya macam JPO. Semuanya outlet dan of coz murah dari store yang ada kat city sebab barang yang outdated jual kat sini. First thing, mencarik carrier Annya, sebab dah berebut dengan adiknya, si Nopal. Kesian jugak. Yang sorang ni dah mengantuk nak tidur dalam stroller. Yang sorang lagi mengadu penat jalan. Beli yang light carrier, kasi Annya duduk, hmm terus lena.

AUD25. Bila jalan jalan di GC, selalu la terserempak
dengan carrier sama jenis ni. Ramai rupenye senasib, kot
Annya sebelum terlena dalam carrier baru
Lepak makan eskrem. Oh, nampak botol minuman tu?
Simpan untuk dipakai ulang. Berguna untuk ke tandas nanti 
Muka tak berapa nak happy sebab kedai dah tutup

Kat GC ni kedai tutup awal. Pukul 5 petang, semua kedai dah tutup. Baru je sampai kol 3.30 tadi, weh. Aish, sedihnya rasa. Tak puas babe! Dengan rasa hampa, (aku je la. suamiku rileks je) kami pun duk makan ice cream jap, minum minum, berjalan ke station bas. Nak pulang ke SP, nak carik kebab.

Surfers Paradise Beach
Sesampai SP, kami terus menuju ke Hard Rock Cafe Surfers Paradise. Tapi, alahaiii comel nau shop korang ye, HRC Melaka lagi besar kot. Mungkin cafe nya yang besar coz tak nampak kat level atas. Tshirt pun tak banyak design yang baru. Apatah lagi fridge magnet ke hape. Tak sempat tengok pun. Takde rasa nak membeli sebab kedai sendat dengan manusia. Tapi bila dah balik rasa menyesal tak sudah tak sempat grab satu benda, at least. Lepas ambik gamba depan HRC, kami terus berjalan keliling SP Boulevard which is dekat je dengan SP Beach. Happening. Ramai betul manusia. Banyak yang buat show sambil meminta sedekah. Yelah, mintak sedekah la tu kiranya kalau ada letak box kat depan diorang kan. Mencari kedai kebab yang halal (ada pamer certificate halal) sebab banyak kedai kebab disini. Jalan jalan tengok beach. Dah agak malam sikit, macam nak hujan, baru pulang ke resort. Fenat. Tapi best!


Hard Rock Cafe Surfers Paradise









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...