February 4, 2015

Trip ke Queensland, Australia - Sedia Awal

Antara persediaan awal kami sebelum terbang ke negeri Queensland. Lebih spesifik, Gold Coast dan Brisbane. Actually, blog trip to Gold Coast ni boleh dijadikan rujukan bagi yang sudah merancang ataupun baru merancang nak jalan jalan ke sana tanpa guna khidmat travel agent seperti kami. Tujuan utama kami pilih gini sebab senang nak bergerak dengan ada 2 anak kecil, boleh adjust masa dan aktiviti sendiri, dan lebih murah. Banyak dapat jimat. Hehehe..

Tiket flight ; Hanya Air Asia yang ada direct flight to Gold Coast (GC). Jadi, tempah awal untuk tambang murah. Kami beli November 2014, fly January 2015. Dua bulan awal. Siap siap order food masing masing tapi lupa nak order seat. Sudahnya kami duduk line seat yang paling belakang. Sib baik tak kena duduk merata. Bila pulang ke Malaysia, baru beli tempat duduk masa buat web check in. **TIPS** Sebab utama pilih seat, Mommy sangatlah memerlukan seseorang (husband ku lah sapa lagi) untuk layan kerenah anak anak selama penerbangan 8 jam lamanya. Kalau tambang murah, gitulah dek non. Kalau naik MAS ka, Garuda ka, tak payah nak pikir pasal ni k.

Visa (ETA) ; Nak masuk Australia atau New Zealand, rakyat Malaysia kena apply ETA : electronically stored authority atau Visa. Ada 2 option. Boleh apply sendiri di website Immigration of Australia. Bayar AUD20 untuk processing fee dan dalam 24 hours dah ready. Atau, guna servis Cik Intan untuk dapatkan ETA dengan emailkan data anda ke eta.australia@yahoo.com. Bayar RM20 untuk setiap nama pemohon ke akaun beliau setelah ETA siap. Kata kunci untuk guna servis Cik Intan, SABAR dan PERCAYA.

contoh email dari Cik Intan jika ETA dah ready
contoh ETA. lihat 'OK to Board' dan boleh senyum dan mula mimpi dah sampai Ostolia

Hotel ; Seperti biasa, kami baca review hotel di Tripadvisor dan book hotel di Agoda. Stay 5D/4N di Paradise Resort Gold Coast. Boleh jalan kaki ke tram station dan kalau nak ke Surfers Paradise (SP), anggaran 5-7 minit naik tram. Husband ku memang nak stay kat resort ni sebab ada kid's playground. Bilik kami bukan apartment, so tak boleh ada kegiatan memasak tapi ada microwave untuk panaskan food. Kalau holiday dengan family besar bolehlah stay apartment. Ramai tukang masaknya. Tukang makannya pun ramai. Ahaha. Kalau mahu apartment, memang ada banyak apartment area SP yg ramai orang Malaysia pilih untuk stay di GC. Sila lah rajin rajin meng-google ya.

Tiket themepark ; Memang sapa yang first time ke GC, themepark adalah aktiviti wajib. Kalau dengan travel agent pun sama diorang akan bawak ke sini. Lagi lagi yang bawak kids. Mesti pergi. Kalau dah 2-3 kali ke GC, boleh skip aktiviti ni. Kami siap siap beli online tiket themepark di website themeparks.com.au supaya tak perlu buang masa beratur panjang di luar theme park nanti. **TIPS** Oh ya, lagi satu. Dah beli tiket ni kena plan, hari apa nak gi Wet n Wild, esok ke Sea World dan esoknya ke Movie World. Sebab syaratnya, hari untuk ke theme park tu kena berturut turut ye tapi tak kisah themepark yang mana dulu.

Transportation ; Kami pilih untuk guna public transport. Boleh juga kalau nak sewa kereta tapi anak kecil ada 2 orang, nak kena add on sewa 2 car seats pulak kan, bazir pulak rasa. Jadinya, beli aja 'go card' sorang satu. Tak perlu risau, sebab nanti di airport boleh pulangkan semula go card nya dan dapat refund for deposit. Pastu boleh topup di mana mana convenience store contohnya di 7Eleven. Nak gi SP naik tram, nak gi Harbour Town naik bas, nak gi Brisbane naik train. Semua pakai go card saja. Di negara maju, public transportation memang tip top. Puji sikit bab tu. Heh.

go card hanya diguna pakai di Queensland saja, Sydney atau Melbourne gak bisa dong 

ingat, sebelum naik tram/bas/train touch, turun dari tram/bas/train touch. jujur yaa 

Makanan yang dibawa ; 2 tin susu kids. Roti. Cili tuna ayam brand. Oreo mini. Chipsmore mini. Bawak yang mini sebab senang simpan dalam beg. And of coz, maggi cup. Semua jenis food mesti declare sebelum pemeriksaan kastam.

Waktu solat dan kiblat ;  Guna apps Muslim Pro di phone dan juga guna kompas kecik yang ada attach dengan buku panduan kecik.  **TIPS** Flight kami ke GC belah malam, iaitu jam 10 malam. Perkiraan kami, wajib solat subuh di dalam flight jam 3.30 - 4 pagi waktu di GC. Sediakan aja telekung travel di dalam hand luggage supaya senang nak guna nanti. Kalau ke themepark, seharian suntuk di dalam tu, lebih mudah solat di surau themepark. Sebelum keluar hotel, jangan lupa bawak telekung travel dan sejadah mini selain yang penting susu kids. Pengalaman di Brisbane, tak jumpa prayer room malah ke masjid juga jauh, kami solat di depan kedai yang dah tutup di dalam shopping mall. Mudah dan tak susah.

kain pelikat jadi sejadah, solat di salah satu mall di Brisbane

Phone &  Internet line : Beli simkad di airport untuk penggunaan & internet data dengan Optus Yes. Harga simkad hanya AUD2. Penggunaannya, AUD2 sehari untuk phone & internet. Sebab kami ada 5 hari di GC, siap siap topup AUD10. Sebelum active kan simkad, kena daftar dulu di website dan berikan data yang dikehendaki, kemudian siap untuk dipakai. Memang cukup kalau nak guna untuk whatsapp, facebook, instagram dan layan sikit sikit di Youtube.

Weather and seasons in Australia ; Tujuannya untuk persiapan pakaian untuk dibawa nanti. Boleh check di website ini atau website ini. December hingga hujung January adalah summer season. Di Australia, summer holiday ialah cuti sekolah. Memang ramai ler manusia dan bebudak di resort kami tu. Ok jugak, baru rasa happening sikit kan. Takde masalah bab tu. Cuma, hujan sepanjang hari. Pengalaman kami jugak ni. Hujan di musim panas. Memang rata rata orang di GC, tak akan pakai payung kat sini walaupun panas terik mahupun hujan lebat. Takde pulak demam ye diorang ni. Kami ni pulak yang kelam kabut carik payung sebab hujan. Mana nak jumpa. Sudahnya redah aja..

Itu sahaja setakat ini. Entri berikutnya, pasal pergi mana, buat apa, makan kat mana, minum apa, tido berapa jam. Hokeh. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...