February 6, 2015

Gold Coast & Brisbane Day 2 : Harbour Town, Brisbane City

11 Jan 2015
Entri ini mengandungi banyak foto, mungkin mengambil masa untuk loading. Sabar ya..

Paradise Resort Gold Coast
Pagi pagi Annya Nopal ajak gi pool. Okay okaylah, kita mandi swimming pool. Yeaaay!



Harbour Town
Harbour Town sekali lagi. Heh. Sebenarnya plan hari ini pagi pagi ke Brisbane. Tapi sebab Mommy ni sangatlah rasa tak puas hati tak dapat keliling habis kedai yang melambai lambai dekat HT semalam, suamiku yang baik hati setuju untuk melawat kawasan ke sini lagi. Tapi 2 jam je boleh. Hokeh! Dapat keluar masuk kedai itu kedai ini, dah puas hati, kan? Bergerak ke Brisbane!

Pepagi mencari es krim di HT. depan Movenpick ni
ada Nando's. orang kata halal. tapi kami tak singgah pun.

Brisbane City, Queensland, Australia
Bris. Brissy. Brisbane. Hmm.. baru tau rupenye kat sini orang panggil Brissy. Hehehe...

Dah janji nak jumpa dengan our travel partner a.k.a ahli sukan negara, Wak (bukan nama penuh) di Brisbane City. Dipendekkan cerita, Wak ni member baik suamiku study kat UTM dulu. Setakat ni kalau kami ber-travel, mesti ada dia. Tapi kali ini dia lepak Brisbane dulu sebab nonton tennis tournament dengan AFC Asian Cup. Sebab tu aku cakap dia ahli sukan negara, wakilkan negara support sukan. Orang gi travel jalan jauh tenangkan fikiran, dia tengok sukan. Hehehe.. Jangan marah Wak, gurau.

Sambung. Dari HT, kami naik bas ke train station, Helensvale. Dari GC ke Brisbane cuma 1 jam sahaja.  Sekejap je kan. Sebab tu kami gagahkan juga ke Brisbane. Taktau apa yang ada di sana, kami tak sempat buat research pun. For the sake of 'been there', blogger yang femes kata, gitu. Jadi, kami redah aja.. Kalau guna go card jangan lupa touch sebelum naik train dan touch sebelum turun train. Sebab, kami selalu lupa juga buat ni kalau naik turun tram.

Dah selamat jumpa Wak di Brisbane City, kami ikutkan kaki melangkah ke Queen Street Mall. Walaupun macam sibuk city nya tapi macam best je rasa. Bangunan lama tapi nampak kemas dan tersusun, jalan raya bersih. Sambil sambil carik surau untuk solat, kami singgah kedai beli souvenier, makan kebab, ambik gambar. Oh ya, di Brisbane ada khidmat sewa basikal untuk tourist. Memang digalakkan berbasikal disini. Nak cuba juga, tapi mungkin lain masa. Selepas solat, ikut kaki melangkah lagi, kami ke Brisbane River. Dari jauh dah nampak Wheel of Brisbane di South Bank.

Helensvale train station




berfoto dengan Wak





South Bank Brisbane & Wheel of Brisbane
Kami pilih untuk naik City Cat untuk river cruising. Puji betul dengan public transport mereka. Sangat bagus dari segi penggunaan dan maintainance. Untuk seberang sungai dari North Quay station ke South Bank station pun diwujudkan public transport. Efisien, masa yang dijangka tiba di setiap station juga tepat. Sebenarnya, kami nak ke seberang sungai untuk naik Wheel of Brisbane je. Tapi, alang alang kan, pusing la kejap Brisbane River ni. Lalu di bawah salah satu 15 jambatan yang ada di Brisbane iaitu 'Story Bridge'. Hari dah gelap baru dapat naik Wheel of Brisbane. Kemudian lepak lepak sambil berfoto di South Bank Park, baru terpikir nak pulang ke Gold Coast semula. Kami naik dari South Brisbane train station yang hanya 5 minit jalan kaki dari tempat Wheel of Brisbane. Sesampai GC, hujan turun lebat sangat sangat jadi kami decide untuk pulang ke resort. Esok mahu ke themepark.





Story Bridge, Brisbane, Queensland, Australia






Mesin ajaib di train station. Dapnyaaa!






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...