December 1, 2010

cerita di sebalik ikea

ahad yang lepas, aktiviti hujung minggu aku sefamili (semua org termasuk alyahani tapi terkecuali bayu, kimi & nain) jalan jalan ke ikea. mak aih~ ramainya manusia tak boleh nak cakap. 28hb, weekend yang gaji masih belum terusik agaknya. susah rasanya nak shopping sambil bersesak tapi sebab dah bersusah payah mencari parking so pusing lah jugak ikea tu walaupun aku takda beli apa apa. cuma lepaslah dapat makan meatball dan kek daim pun dah kira puas. yummy~ banyak juga stuff baru di ikea. best!


okeh. gambar di snap oleh kamera angah adikku yang serba canggih tu. so aku takda simpanan nak upload dalam blog. aku masuk kan logo ikea sudeh. heh~


bukanlah aku nak cerita pasal lampu baru di ikea, lilin wangi wangi, sofa yang simple tapi mahal, quilt design yang baru. tapinya tentang pencopet = pencuri di ikea. lebih spesifik lagi, di surau ikea! huh sungguh kurang sopan. kesian akak yang kehilangan wallet dia tu. teraba raba dia mencari dalam handbag merah dia sambil mulut asyik ulang ulang ayat ‘dia pakai jeans kat tepi pintu ni je.. ingatkan dia nak solat’.

aku pun peliklah orang yang macam ni. apa perasaan dia bila dia dah jauh dari surau ikea tu dan dia buka wallet akak tu? apa dia pikir ye bila dia amik duit rm300 (akak handbag tu cakap) dan belanjakan duit tu untuk dia beli nasi ayam untuk makan malam? apa dia rasa bila dia tengok mykad akak tu dan campak kan wallet merah (mungkinlah sebab handbag pun merah) tu dalam longkang atau semak berhampiran? takkan takde rasa apa apa. haih~

bayangkan perempuan punya keje pulak tu. sanggup pulak dia bersesak dalam surau yang kecik tu dengan orang bersilih ganti sejadah dan telekung untuk solat maghrib. aku tak kiralah kalau kalau dia nak pakai duit curi tu untuk beli ubat anak dia yang tengah demam teruk. haram tetap haram weih walaupun kau berniat murni wahai pencopet wanita. aku lebih sanggup sedekah kat makcik yang sakit tulang belakang yang juga duduk berdekatan dengan pintu surau ikea yang aku jumpa semasa solat asar pada hari yang sama juga.

manusia ni memang tetap manusia lah. ada yang bermuka bersih tiada langsung jerawat nasi tapi hati busuk dengan hasad dengki . tak boleh tengok orang senang. tak boleh tengok orang lebih. tak boleh tengok bahagia. tak boleh tengok orang ada segala galanya. bukan sahaja dengki malah penuh dengan rasa iri hati, cemburu dan sesetan dengannya. ada juga manusia yang penuh dengan jerawat batu di muka dan badan tapi tak pernah lupa bersedekah hanya RM3 di masjid setiap hari jumaat.

jauhkanlah diri kita dari penyakit yang merbahaya tu ye. tak baik. nanti tak ramai kawan. kurang orang nak tolong kita waktu sembahyangkan jenazah kita masa kita mati nanti.

3 comments:

  1. org kalu dh niat jahat rasanya xfikir dah kot psl org lain...
    salam kenal:-)

    ReplyDelete
  2. jahat giler! tu je nak ckp kat org yg curik wallet tu.

    ReplyDelete
  3. mrszura : agaknyalah kan? cubalah kalau kena kat anak dia or mak dia baru dia rasa agaknya.. selamat berkenal kenalan juga =)
    reen: memang jahat! dan selalunya terjadi mesti di surau..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...