Assalamualaikum dan Halooo..
Tak tahu nak mula cerita macamana, dari celah mana. Yang pasti uols, kotak memori ni masih penuh berselirat dengan setiap kejadian yang berlaku di Tokyo! Walaupun dah 23 hari berlalu.
Ni nak kena susun elok elok jap dulu supaya ayat pun cantik, takdak tunggang langgang. Kot, manatau ada traveller yang nak pergi Jepun atau spesifiknya nak berjalan ke Tokyo, pun senang nak refer dan dapat ilmu free kat blog ni nanti. Tapi, masih dalam proses ni. Harap bersabar yaaa...
Yang pasti, trip tokyo yang hebat ni tak guna mana mana travel agent. Kami tak guna mana mana orang tengah nak beli tiket flight, tiket theme park hatta tiket train pun. Nak tempah tempat tido, tempah kereta sewa, semua dengan cara --> create satu group khas di Whatsapp, invite setiap ahli jemaah rombongan, create itinerary yang simple, berpandukan itinerary carik sendiri maklumat di internet (website atau blog) atau mana mana sumber (buku atau majalah), pastu diskusi dengan ahli duck tour, pastu kena semua ahli setuju, jika perlu email, email pihak berkenaan dulu jika tak perlu terus ke website, dan last step, bayar. Done! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Korang yang berhajat untuk holiday di Tokyo dengan usaha sendiri untuk dapatkan kepuasan yang tak boleh digambarkan, teruskan sabar menunggu entri seterusnya dari blog ini, hokeh. Bye!
Terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo. 6 jam perjalanan. Dari 830 pagi sampai 4.30 petang. Tak boleh tido, sebab sangat excited. Maklum, pertama kali nak jejak kaki di tanah Jepun. |
Dan, ada baaaaaaanyaaaaaak lagi cerita aku nak kongsi di blog ni. Tungguuu!!

No comments:
Post a Comment