June 8, 2017

Ramadan Kareem 2017

Salam Ramadan kepada semua pengunjung blog ku yang sepi ini.. Hihi

Subuh di Jakarta ni, semacam rajin pula nak mengupdate blog.

Tapi rajin ku ini hinggap hanya 5 saat.

Insha Allah ada masa aku tulis panjang lebar.

Till now, bye!

Semoga hari hari kamu lebih baik, lebih indah, lebih bahagia.


Birthday dah lepas, 2 bulan yang lalu. Saje. 



 

November 13, 2016

[Reservation] Holiday Withdrawal





Assalamualaikum semua! Buat apa tu hari minggu gini? Have a nice weekend ya!

Lama nya tak cot cet cot cet di blog kesayangan ni. Bila rindu memang kena jenguk sini kan.

Macam biasa, ada banyak nak bebel. Tapi kali ni nak story plan cuti sekolah hujung tahun nanti.

Teringat pernah post pasal teringin sangat sangat nak stay kat Hard Rock Hotel Bali dalam CERITA KLIK SINI masa kami honeymoon 2008 dulu. Pastu pernah gak sebut sebut nak duduk hotel ni kat CERITA KLIK SINI.  Alhamdulillah minggu depan kami nak cuti cuti di Bali sebelum pulang ke Kalimantan Selatan sempena cuti sekolah. Dan, dearest husband suruh buat reservation hotel di Bali. And of coz lah aku pilih Hard Rock Hotel Bali kan.. Wuuuuhhhuuuu!! Lompat bintang~~

Dulu ke Bali berdua je. Sekarang kami berempat di Tanah Bali. Tak sabarrrrr.

Nanti aku buat review pasal Hotel Hard Rock Hotel Bali eh kat sini eh.

Kecewa sangat sebab langsung tak simpan gambar kenangan di Bali. Tah cemana tah hilang semua. Dulu ada satu album dalam Facebook. Tajuk dia Honeymoon 2008. Pastu pandai sangat boleh delete semua dan bijak sangat tak save pulak gambarnya. Memang takde dah lah. Sekarang tak mahu pisang berbuah dua kali, kita update dekat blog la kan. Bila rindu, boleh baca. Kan. Kan.

Kalau korang nak tau, lepas rajin tulis dan bebel pasal staycation di Majestic Hotel, memang banyak sangat nih hutang post review dan cerita berlibur kat blog ni. Antara dia:

1) Review : Pullman Jakarta Central Park
2) Tokyo-Tokyo-Tokyo (memang berjela pasal Tokyo kat sini nanti)
3) Review : The Ritz Carlton Kuala Lumpur
4) Review : Double Tree Johor Bharu by Hilton
5) Legoland Water Park Malaysia
6) Staycation : Cyberview Resort Spa
6) Staycation : The Haven Ipoh
7) Jakarta - Bandung - Jakarta
8) Duck Tour Trip Langkawi

Berderet list untuk peringatan diri sendiri supaya jangan nak malas update blog.

Ok. Bye.



 

April 11, 2016

Ducktour Trip : TOKYO yang hebat!


Assalamualaikum dan Halooo..

Tak tahu nak mula cerita macamana, dari celah mana. Yang pasti uols, kotak memori ni masih penuh berselirat dengan setiap kejadian yang berlaku di Tokyo! Walaupun dah 23 hari berlalu.

Ni nak kena susun elok elok jap dulu supaya ayat pun cantik, takdak tunggang langgang. Kot, manatau ada traveller yang nak pergi Jepun atau spesifiknya nak berjalan ke Tokyo, pun senang nak refer dan dapat ilmu free kat blog ni nanti. Tapi, masih dalam proses ni. Harap bersabar yaaa...

Yang pasti, trip tokyo yang hebat ni tak guna mana mana travel agent. Kami tak guna mana mana orang tengah nak beli tiket flight, tiket theme park hatta tiket train pun. Nak tempah tempat tido, tempah kereta sewa, semua dengan cara --> create satu group khas di Whatsapp, invite setiap ahli jemaah rombongan, create itinerary yang simple, berpandukan itinerary carik sendiri maklumat di internet (website atau blog) atau mana mana sumber (buku atau majalah), pastu diskusi dengan ahli duck tour, pastu kena semua ahli setuju, jika perlu email, email pihak berkenaan dulu jika tak perlu terus ke website, dan last step, bayar. Done! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Korang yang berhajat untuk holiday di Tokyo dengan usaha sendiri untuk dapatkan kepuasan yang tak boleh digambarkan, teruskan sabar menunggu entri seterusnya dari blog ini, hokeh. Bye!

Salah satu cara untuk dapat ilmu travel. Mungkin agak kolot, tapi sangat berguna.
Kalau bukan untuk orang lain, ia berguna untuk diri sendiri.
Cara lain, masuk internet, google. Semua ada. Pilih aja mana berkenan.
Terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo.
6 jam perjalanan. Dari 830 pagi sampai 4.30 petang.
Tak boleh tido, sebab sangat excited. Maklum, pertama kali nak jejak kaki di tanah Jepun.
19 March 2016.
Safely arrived in Narita Airport, Tokyo.
Misi pertama : mencari dan menaiki express train.
Ahli ducktour masing masing muka happy dan belum datang rasa penat.
Mencabar hoih dengan beg-beg yang besar dan berat, ditambah dengan stroller anak.
Satu family ada dua stroller. Kalau 3 family, ada 6 stroller! Dengan beg bagak lagi. Hebat, kan?!

Dan, ada baaaaaaanyaaaaaak lagi cerita aku nak kongsi di blog ni. Tungguuu!!



February 4, 2016

[REVIEW]: The Majestic Hotel Kuala Lumpur one night stay & Afternoon Tea yang awesome

Amboih panjang kemain tajuknye ye. Sebab da janji nak story. Meh aku cerita sikit..

Weekend getaway katanya kan. Maaf lah sesiapa makan hati aku bergetaway bagai di Kuala Lumpur. Dulu dulu memang tak pernah rasa. Sekarang, Alhamdulillah, rezeki anak anak orang kata. Mommy pun tumpang dapat bergetaway di hotel begini. Terima kasih suami bertungkus lumus kerja, naik turun tangki minyak, meeting dari pagi ke malam, ke sana ke sini, penat kerja setiap hari demi untuk meng-happy-kan kami anak beranak. Semoga dibalas kebaikanmu. Ameen.

Berbalik cerita weekend getaway! Sejujurnya aku yang pilih The Majestic Hotel Kuala Lumpur ni. Nasib baik bab bab memilih hotel ni, aku dan suami ngam sekepala. Kami suka hotel yang unik sikit. Kalau tak butik hotel, mungkin ada playground atau kid's room, atau tidak pun hotel jenis apartment. Kurang gemar sikit dengan hotel yang nama gah dan famous tapi biliknya biasa biasa aja. Ok, yang ini, sebab nya bath tub nya macam best sangat. Hehehe. Dan paling UTAMA, aku teringin dah lama sangat nak ber-afternoon-tea di hotel ni. Baca banyak review, hi-tea di Majestic ni, katanya best dan best. Pada sesiapa yang suka minum tea ala ala feeling mat saleh gitu kan, memang BEST uols. Sejujurnya lagi memang suami layankan je isteri ni nak minum teh mahal kat hotel. Kalau ikutkan dia lagi suka minum teh-O-ais kurang manis kat D'Naina, atau Hakim atau Ali Maju, atau sewaktu dengannya. Tapi sebab kan isterinya kemaruk nak feeling macam orang ada-ada kan... Layankan je! Pasni kalau nak minum lagi macam gini, pegi sendiri lah Mommy ye! Hihi..

Kalau sesapa yang rajin jenguk dan baca blog aku ni, macam biasa ye. Aku akan book hotel dari website ini : Agoda.com. Sebab utama book kat sini, sebab boleh kumpul point. Kumpul banyak banyak point, nanti boleh redeem point, pastu dapat duduk hotel mana ko suka tanpa bayar. Ye, PERCUMA. *** #dutaagodatakberbayar ***

Sebabkan weekend gateaway, jadi kami stay satu malam saja. The best part kalau stay di 5 star hotel, layanan always mesti tip top. Kalau tak tip top, memang masak la kena complaint berjela kat Facebook. Lobby, memang class. Bersepah bunga orkid. Aku memang suka sangat dengan orkid, so da dapat 5 bintang di situ. Bilik luas. Katil mabeles, tido 5 minit rasa 5 jam. Bilik air jangan cerita. Kalaulah aku kaya satu hari nanti memang nak bilik air sebijik macam tu kat umah nanti. Kehkehkeh.. Baik, dipersilakan layan gambars yang ada.

Masuk lobby hotel terus nampak ni. IN LOVE!

Anak anak dan Mommy yang happy bila nampak white orchid.






Dua botol kecik kacang tu harga RM28/botol. Takyah ok.
Sorok cepat cepat dalam lemari. Kang Nopal bukak, tak pasal kena bayar.

Da dapat bergedumbek atas katil besar dan empuk gila, habis siap check apa yang ada dalam setiap laci bilik Deluxe King ni, pukul 3.30 petang kami siap siap turun untuk Afternoon Tea di The Tea Lounge tapi sebab full house, so kami duduk minum di Colonial Cafe. Petang tu kebetulan ada private event dalam the famous The Orchid Conservatory, aku dok tengok dari luar saja. Sukaaaa amat sebab penuh satu ruang tu dengan orchids!! Yang enjoy minum afternoon tea tu, of coz Annya and Mommy dia. Abahnya kejap kejap kang hilang, Nopal makan sandwich je. Yang lain aku la dok habiskan. Kenyang okeh. Oh ya, tak semestinya kena minum air teh panas aja di sini. Boleh order fresh juice. Untuk anak anak, aku order orange juice.






Pemandangan luar The Orchid Conversatory. One fine day, I wish.

Malam, kami dinner di The 39 Restaurant, PNB Darby Park. Ada makan makan dengan family mertua sempena meraikan adik beradik berjaya dalam kerjaya. Alhamdulillah, kami dapat tumpang makan sedap. Menu makanan melayu. Kalau nak nampak cantik dengan pemandangan bangunan pencakar langit di sekitar Kuala Lumpur, nampak KL Tower, nampak KLCC, boleh makan di bahagian luar. Tapi sebab gerimis sikit masa tu, jadi kami makan dalam restoran aja.

The In Laws

Breakfast di Contango Cafe. Thumbs up! 5 bintang juga. Konsep dapur, open kitchen. Jadi para chef masak depan mata kita. Goreng sunny side up egg boleh nampak. Tebar roti canai boleh nampak. Kukus dim sum boleh nampak. Balut sushi boleh tengok. Bancuh kuih apom lenggang dapat tengok. Bungkus nasi lemak pun boleh nampak. So, no worries. Kebersihan terjamin ya.. For kids pun banyak pilihan. Untuk mak pak boleh request tea or coffee. Untuk kids boleh request hot chocolate or fresh milk. Nak apa, semua ada. SUKA!







Kalau duk hotel dengan anak anak kesayangan kami nih, sesi berendam dalam swimming pool acara wajib kena ada dalam itinerary. Sebab petang ada private event (ada anak orang kaya mana tah sambut birthday kat swimming pool hotel ko.. Kellaass kau nyah!) jadinya kami repeat berendam dalam pool, lepas makan breakfast. Asalkan kamu dua orang happy anak anak. Mommy dengan Abah dah cukup happy dah. Panas terik pun layankan aja.




Okaylah. Panjang juga ya review kali ni. Kesimpulannya, aku suka hotel ni. Best. Sangat. Kalau korang nak duduk hotel ni, silakan. Siapa pernah duk sini, meh la komen di blog ni. Boleh sharing caring. Dan, jangan lupa cuba afternoon tea di sini juga ya. Cuti CNY ini kami bercuti di Indonesia pula. Kalau ada masa lebih, aku story mori di sini. Till then, bye! Assalamualaikum..

#mylilfamily LOVE




   

January 16, 2016

[Reservation] Weekend Getaway

Oh Oh..
I'm soooooo excited!!
Tazaba.. Tazaba..
Nanti iols share kat sini k!



 

January 15, 2016

Wedding Anniversary Trip. Jakarta Lagi.

Halo.. Cerita dah basi sikit. Maklum, busy busy busy. Tamau story pasal kebusy-an, nak cerita pasal jalan jalan ke Jakarta lagi untuk kesekian kali pada penghujung tahun 2015.

Sebelum tu, nak tumpang kedukaan dengan kejadian tembak menembak dan pengeboman yang terjadi di Kota Jakarta semalam (14 Jan 2016). Kejadian ngeri berlaku di kawasan Jalan Thamrin, paling tepat di Sarinah Department Store dimana aku pernah cerita sedikit di dalam blog ni pasal percutian kami di kawasan sekitar tersebut. Sila KLIK kalau rajin nak baca. Kawasan tu memang sibuk dengan kenderaan dan penuh dengan manusia. Takut juga ya.. Apa apa pun, semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dibawah rahmatNya. Amin..  #PrayForJakarta2016

Okeh, berbalik cerita 'Jakarta lagi'. 13 December 2015. Wedding anniversary kami sambut di Jakarta. Sebab suami ada important meeting kena attend. So, kami follow aja. Walaupun plan asal kami nak bawak anak anak ke Bali. Terpaksalah trip ke Bali ditunda lagi buat kali kedua.

Di Jakarta kali ni kami menginap di Aston at Kuningan Suites di Kuningan. Lokasi dekat dengan Plaza Indonesia sebab senang suami nak ulang alik ke ofis. Cam biase, tempah dengan Agoda.com. Hotel best, makan sangat sedap di Pastis Kitchen & Bar. Bilik best, besar dan comfy sangat. Yang penting, ada swimming pool yang well maintained untuk Annya Nopal selamat berendam. Suami pilih 2 bedroom apartment sebab ada Tok Abah dan Wan Annya Nopal. Asalnya, mereka nak ziarah cucu sambil makan angin di rumah kami di Kotabaru, tapi kebetulan kami ada di Jakarta, dapat la jalan jalan juga di Jakarta. Kiranya, kami jemput mereka kat Jakarta pastu baru bawak mereka ke rumah kami di Kalimantan Selatan.

Wajib amik gamba depan hotel
Lobby Aston Kuningan Suites, christmas season 

Hari kedua di Jakarta, kami duk kecoh kejap bila tiba tiba Annya cakap ada satu gigi bawah nya goyang. Sebab aku dengan suami memang tak reti bab bab DIY ni kan, terus je bawak jumpa Dentist. Excited nya Annya nak cabut gigi, happy sangat nak jumpa Dentist. Mommy dulu kecut perut kot nak kena jumpa doktor gigi. Tapi biasa la, dah kena cabut giginya, menangis 5 minit sebab dia tanak telan air liur, rasa cam lain. Rasa macam termakan darah sendiri, kot. Ehehe.. Pastu Annya pujuk diri sendiri, katanya 'malam nanti tooth fairy jumpa Annya, ambik teeth ni, pastu nak kasi duit kat Annya'. Aku macam haaa.. ooo.. ehh.. ooo... Hahahaaa kelam kabut Mommy meng-google nak tahu kewujudan tooth fairy ni. Almaklumla, Mommy kamu old school. Mana tau bab bab ni. Tau tau gigi goyang, lama pulak tu goyangnya, pastu tetiba dah tercabut sendiri. Nanti gigi tu kena baling atas atap rumah, takpun letak gigi bawah bantal. Nasib la gigi tu ada lagi atau dah hilang esoknya. Yang zaman sekarang ni, siap ada bekas khas hokeh untuk simpan gigi tu.

Her first experience with Dentist. Good job Kakak!

7 hari bergedumbek di Jakarta, kami pun pulang ke Kotabaru. Singgah satu malam di Banjarmasin. Bawak Tok Abah dan Wan jalan jalan di Banjarmasin, lihat apa yang di kota ni kan. Rupanya ada tugu atau macam monumen bentuk monyet jenis 'Bekantan' yang banyak hidup di kawasan Kalimantan. Kitorang pun barulah jugak sampai jejak kaki disini sebenarnya.


Alhamdulillah, penghujung tahun 2015 yang indah, aku simpan dalam kotak memori dengan kemas dan rapi. Tahun 2016 yang mendatang, semoga kami hidup bahagia, sabar dan tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. Insha Allah. Semoga kalian para pembaca blog ku yang selalu singgah di sini atau pertama kali tahu kewujudan blog ini, juga sentiasa  dirahmati dan dilindungi. Amin.. Jumpa nanti di lain entri ya. Assalamualaikum dan have a good day!



 

November 8, 2015

[Review] The Ascott Jakarta - Birthday Getaway

8 Oktober - 11 Oktober 2015

Okay, entri ni memang mencabar. Sebab dah habis upload semua gambar, simpan dalam draft. Bila buka nak mengarang, semua hilang!! Sebab tu ambik masa lama sikit nak update entri baru. *ALASAN KUKUH* Okeh, tariiiiik nafas, mulakan mengupload dengan senyuman.

Kami ke Jakarta untuk sekian kali tapi kali ini khas untuk Birthday Boy aka suamiku. Walaupun wishlist yang aku tulis sebenarnya 'Bali Birthday Getaway' tapi sebab timing flight yang tak berapa cantik, (timing flight dari Banjarmasin ke Bali) kami tundakan dulu ke Bali. Ke Jakarta lagi lah kita..

Birthday cake Manu untuk die hard fan Manu. GGMU!

Okay, pendekkan cerita. Selepas satu malam di Banjarmasin, suami setelkan segala kerja yang ada supaya tak ganggu holiday kami. Pagi esoknya kami bersiap untuk terbang ke Tanah Jawa.

Di Jakarta kali ni kami stay apartment di Jalan Kebon Kacang Raya, The Ascott Jakarta. Lokasi memang torbaek! Sebelah kiri ada Thamrin City Mall. Pusat grosir yang disukai ramai oleh mak-mak (aku ler tu) kalau datang Jakarta, atau pusat jualan barangan lokal Indonesia yang seangkatan dengan Tanah Abang dan Mangga Dua. Sebelah kanan ada Hotel Kempinski Jakarta, antara hotel hotel mewah dan eksklusif yang terletak di hadapan Bulatan HI. Dan paling dekat dengan dua shopping mall yang besar dan sarat dengan barangan berjenama yang mampu tengok saja, Plaza Indonesia dan Grand Indonesia Shopping Town. Waaah, best best best. Eh, orang lain pulak yang excited, dah kenapa. Ini siapa punya birthday ni, kan...

Kali ni aku book hotel di Booking.com dan bukan di Agoda.com seperti kebiasaan yang aku buat setiap kali nak booking hotel untuk little family nih berjalan. Ada masalah teknikal agaknya masa nak membeli tu, sebab dah 10 kali cuba tak berjaya di Agoda.com, kami korbankan untuk dapatkan jua free point reward kami. Uhuuuu sedih..

Kena paksa posing dengan bunga orkid di lobby Ascott
Muka happy dapat tengok banyak orchid cecantik di lobby Ascott 
Lagi dak dua orang kena paksa posing
Salah satu hiasan di The Ascott Jakarta

Suami pilih stay di Premier One-Bedroom Apartment untuk 3D2N. Alhamdulillah, apartmentnya besar dan luas. Boleh muat satu lagi family untuk tumpang tidur. Tapi kena mintak extra bed la kan.. Ada ruang makan mini, sofa di ruang tv, ruang dapur atau kitchenette yang lengkap dengan semua perkakas untuk masak dan makan, washing machine dengan pengering, bilik tidur yang luas. Best sangat. Bilik air pun luas dengan setiap hari dapat set mandian L'occitane. Sukaaa..



Selak tingkap nampak Thamrin City Mall.
Harus buat kunjungan pepagi esok

Sekali sekala fefeeling Mem Besar. Kasi can nak berangan jap.
Kabinet TV cum almari baju. In love. Idea untuk rumah sendiri nanti.
Set mandi L'Occitane. Siap mintak extra satu set.
Staff room service datang, bagi 5 set. Haa hamek..

Kitchenette area untuk apartment ni. Walaupun kecik dan agak sempit untuk beramai ramai di dapur, tapi semuanya cukup. Apa nak semua ada. Okay salah. Rice cooker rasanya takde. Tapi semua periuk belanga pinggan mangkuk piring cawan segala, ada dalam almari. Hati hati guna, jangan sampai pecah ye..





Breakfast. Agar kecewa sedikit dengan menu breakfast di Ascott. Tak sampai ke tahap 5 bintang. Makanannya biasa biasa aja. Nasi goreng tomyam sejuk. Menu western pun tak menarik. Tak banyak pilihan. Suasana makannya ok ok aja. Ala ala inggeris style. Aku kasi 2 bintang aja. Sebelum masuk ke restoran, sebelah kiri ada mini market jual barang barang keperluan harian. Nampak lengkap macam 7Eleven atau di Indo Maret. Sesuai untuk penginap yang stay lama di The Ascott, Jakarta.

Breakfast siap siap pakai baju mandi, senang pas makan terus berendam dalam kolam
Ready nak berjalan di Kota Jakarta.
Atas meja ada orkid.. Lovely Orchid, isn't it??
Sementara tunggu Pak Supir datang ambil kami di hotel, posing lagi di lobby

Ada benda yang aku suka sangat di Jakarta ni. Selain shopping mall yang besar dan luas, selesa sangat nak bershopping takdela bersesak sesak dengan orang, kan. Kebanyakan tempat di Kota Jakarta mesti ada ruangannya dihiasi dengan bunga orkid putih atau orkid ungu. Di lobby hotel hotel, di lobby shopping mall, di tandas tandas yang cleanernya sorang satu jaga tandas, di Jakarta Airport (international dan domestic) juga penuh dengan hiasan bunga orkid. Totally in love! Masa buat lawatan di Kem Chicks di Pacific Place Mall, beli buah apple dan pisang untuk Annya Nopal sebenarnya, pun dijual bunga orkid. Best best. Eh, di Malaysia pun ada lah bunga orkid dijual di shopping mall. Jomlah buat lawatan di Kafe Tous Les Jours di Empire Mall, Subang Jaya. Korang yang hati ada taman bunga tu, mesti suka punya.. Iols dah terjebak. Hehe..

Orchids at Pacific Place, Jakarta




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...