October 13, 2010

phuket : hari kedua

hari kedua : 05 oct

trip hari ni ke phi phi island. ada aktiviti snorkeling. tapi bila feri start sahaja enjin, hujan turun selebat lebat nya. alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi selamat balik. cumanya snorkeling kali ni tak berapa cantik. dan kena turun dari feri besar bukannya speed boat atau pun long tail boat. sebab musabab : musim hujan. bahaya naik boat kecik. mungkin masa hujan nih, coralnya tak boleh lawan dengan pulau redang lah. tapi view setiap island.. cantik yaa amat. maaf ya gambar dari kamera yang pixel nya kecil so agak kurang memuaskan. heh. layaann...

 green sticker for snorkeling with lunch treat

cepat naik feri sebelum hujan menderu turun

 subhanallah.. view of phi phi island

viking cave yang famous itu

snorkeling time

aktiviti malam, kami ke Phuket Fanta Sea. best jugak. lain kali nak datang sini dan mesti bawa damia alani okay. sebab banyak benda yang cute miyut. bebudak suka kot. sampai sampai sahaja terus menuju dining hall. memang jadi jakun dan batak ah kejap. dining hall dia.. mak aih. besar gilaaa. tapi memang highly recommended lah. siapa pergi phuket mesti dan kena pergi ke Phuket Fanta Sea. untuk maklumat lanjut. sila layari Phuket FantaSea.

 coach yang ambik visitor dari hotel ke FantaSea

 entrance

 ni baru satu section. ada banyak lagi section. halal section pun ada. dont worry.

white tiger. gerun weh.

balik sahaja dari FantaSea kami naik tuk tuk lagi singgah Hard Rock Cafe Phuket sebab tak puas semalam datang, sempat beli tshirt untuk anak yang kena tinggal kat Malaysia nuu. pastu kami lepak minum teh tarik di kedai semalam. tapi kali ini masih lagi hujan, kitorang decide jalan kaki ke hotel sahaja mengharungi hujan. yang best nya di Phuket ada baju hujan macam plastik sampah yang besar tu. pakai ni kepala tak basah dan tak penat pegang payung. murah. 30baht je.

tuan punya blog
Liza my travel partner
dah macam hantu kum kum.

sambung pulak hari ketiga di Phuket dan Krabi.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...