February 17, 2011

imbau zaman kecik

masa jalan jalan di OU, aku ada ternampak satu permainan kat satu kedai nih tau.. teringat masa zaman kecik kecik dulu. bila bagitau kat encik suami, katanya dia pun ada pernah main benda alah ni jugak. korang pernah main tak? halah, main pancing ikan tipu tipu. halah, yang konon konon kita tengah tangkap ikan yang tengah nganga nganga mulut. halah, yang macam gambar nih...


haaaa.. ingat tak??? korang misti penah main kan? tengok harganya.. mak haih. RM33! gila mark-up!! aku rasa dulu masa bapak aku beli takdelah semahal tu. terus tak jadi nak belikan untuk damia.

tapi. kalau ada sesapa yang baik hati nak kasi hadiah hari jadi yang pertama untuk damia alani, apa salahnya. walaupun hari sudah berlalu tapi hadiah masih boleh terima. heh~ heh~ heh~
(ok, sila jangan lempang sekarang)


notakakitapibukansilapnotatangan: ada lagi satu mainan yang aku dok cari untuk damia. yang ada 3 ekor penguin yang terkedek kedek naik atas tangga pastu turun laju ke bawah pusing pastu naik tangga balik. haa.. yang tulah! ritu jumpa kat down town cheras tapi pakcik jual tu cakap dah habis tatau bila ada stok. huh kempunan aku. jadi sesapa kalau jumpa silalah bagitau. okeh, ni takyah kasi hadiah sebab dah bagi ikan kat atas tu, dah cukuplah. siyes, sila bagitau yaa~


2 comments:

  1. eh..da ada baju baru la umah ini. hihihi..
    alamak..seyes..Reen pun ada la mainan fishing tu. hihi.
    meh alamat nak antar adiah tu kat Damia :)

    ReplyDelete
  2. hehe... nyiru saya tadahkan reen.. siyes ke ni??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...