March 18, 2011

Alfatihah untuk anakandaku Muhammad Amin binti Masjuliana

Assalamualaikum semua,

bagaimana agaknya hendak memulakan bicara ya. rasa dah lama tak mengomel dalam blog sendiri.

hari ini genap selama 7 hari arwah anakandaku dilahirkan dan dikebumikan pada hari yang sama. pada hari kelahirannya juga di serahkan kembali kepada Yang Maha Esa. sesungguhnya mommy dan abah redha..

arwah Muhammad Amin dilahirkan pada hari Sabtu 12 March 2011 bersamaan 7 Rabiulakhir 1432H pada pukul 10.30 pagi. yang akan mommy ingat sampai akhir nyawa mommy bila tangan mommy sendiri yang sambut kelahiran anakanda Muhammad Amin dan disaksikan oleh abah sendiri.

dan, untuk pengetahuan damia alani, damia memang ada adik. adik lelaki tau. tak ada buktinya sayang, tapi damia memang ada adik lelaki yang menunggu mommy dan abah di pintu syurga. moga moga. amin~ mommy dan abah sentiasa doakan alfatihah untuk adik supaya gembira di atas sana. damia pun dah besar nanti selalu doakan adik juga ya.

 satu satunya bukti mommy mengandung kali ke 2 selepas damia alani..

kepada semua rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraanku dan meng-amin-kan doa doa ku di facebook, terima kasih yang tak terhingga. ramai sungguh. nak senaraikan di sini sangat panjang. maaf tapi aku sangat sangat menghargainya. terima kasih.

terima kasih kerana mengaminkan doaku.

terima kasih semua.

alfatihah~

mungkin ramai yang terkejut sebab aku tak berkongsi cerita tentang kandungan kali yang ke-2 ini, tapi ramai lagi yang agak terkejut dengan berita kelahiran anakandaku yang terpaksa digugurkan ketika usia kandunganku sudah mencecah 23 minggu (5 bulan). semua itu aku anggap urusan yang terbaik dari Allah dan kehendak Nya. kita hanya merancang dan Dia yang menentukan. apa yang terjadi, aku percaya ada hikmah disebaliknya. 

untuk Muhammad Amin, alfatihah untukmu...



Muhammad : memuji, kepujian, nama Rasul Allah yang terakhir

Amin : yang amanah, yang dipercayai, pemegang amanat


4 comments:

  1. Al-fatihah. x pa dia tunggu akak kat syurga nanti. Strong ye sis,,,

    ReplyDelete
  2. oh. Al-Fatihah utk Amin. Takpe, dia tunggu Juju kat sana nati kan.
    Reen pun tertanya2 gak mana la Ju da lama tak update. Tak update citer Damia.
    Tetiba rasa sebak.. :(

    ReplyDelete
  3. kay : ye kay. amin.. tq so much.
    reen : terima kasih juga atas keprihatinan.

    ReplyDelete
  4. mas..camne ko sambut sendiri tu..anyway..again..sabar k..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...