August 30, 2015

Outstation + Liburan : Banjarmasin & Martapura

06 Ogos 2015 

2.00 petang : dapat call dari suami suruh kemas beg, 'siap siap kena ikut pergi Banjarmasin malam ni dan ke Jakarta esoknya, ada urgent meeting disana'. Waduh pak, dah macam arahan askar gini. Sebab flight ke Banjarmasin dah habis untuk esok pagi, kami kena naik travel (naik feri pastu naik kereta) dari Kotabaru ke Banjarmasin. 8 jam! Oohh tidak!!

8.30 malam : bermulalah pengalaman pertama aku dan anak anak naik feri waktu malam dari Kotabaru ke Batulicin dan seterusnya ke Banjarmasin, ikut jalan darat. Dari rumah ke jeti ambil masa 1 jam. Atas feri lamanya dalam 1 jam juga. Takde gambar pun nak share sebab takde hati langsung nak ambik gamba bagai.. Gelap! Apapun tak nampak.

11.30 malam : tiba di jeti Batulicin dan teruskan perjalanan yang penuh liku. Berliku hokeh sebab jalannya bersimpang-siur, berlekuk-lekuk, berlubang-lubang, dan penuh ranjau dan onak duri. Sedih, kan? Memang tak boleh tidur dalam kereta.


07 Ogos 2015 

3.30 pagi : tiba dengan selamatnya di depan pintu lobi hotel di Rattan Inn, Banjarmasin. Alhamdulillah. Boleh tidur dengan nikmatnyaaaaa...

Dah agak cukup tidur barulah kami pun bersiap nak keluar jalan jalan Mall. Suami aku pun dah habis meeting dengan orang orang penting di Minamas, kenalah bawak Annya Nopal beramah mesra dengan rakyat Banjarmasin pulak di Duta Mall, mana lagi. Tempat favourite diorang, Amazing Park aka tempat kanak kanak bergedumbek. Bagi diorang happy happy main kat sana. Naik turun slide, baling baling bola pastu baring atas bola. Dapat 1-2 jam dah ok dah. 


Suka betul tempat ginih.

Pastu kami lepak minum di Excelso Cafe dalam Duta Mall. Cafe ni sempoi ja tapi best. Kalau datang Banjarmasin, aku memang suka duk minum sini. Makan pun lah, sikit sikit. Order segelas air teh laici, segelas kopi susu, makan sepinggan nachos. Pastu sembang berejam. Walaupun ala ala Starbucks tapi bukan. Cafe made in Indonesia 100%.  Menunya lagi banyak dan semua sedap. Best lepak sini. Patutla ramai orang. Boleh dikatakan di semua shopping mall di seluruh Indonesia mesti ada Excelso dan memang confirm full house, lagi lagi waktu minum petang. Siapa yang datang Indonesia, harus cuba minum di Excelso k. 



08 Ogos 2015

Pagi pagi (alah pagi kitorang takdelah pagi sangat..) nak ke Martapura buat kali kedua dalam hidup. Silalah baca sejarah Martapura atau Diamond City di Wikipedia okeh, sebab aku malas nak cerita. Terletak di Banjarbaru dan lebih dekat dengan Airport Banjarmasin. Kalau nak ke Banjarmasin ada lebih kurang 1 jam lagi. Saja nak habiskan masa setengah hari disini, kami terus ke kedai (ada baaanyak kedai lain jual permata) namanya Toko Permata Kalimantan's. One of the famous shop in Martapura dan kawasan penjualan di Cahaya Bumi Selamat ini termasuk dalam list di Tripadvisor. Toko Kalimantan's memang terkenal di sini sebab lebih selamat kalau nak membeli. Harga tetap, lebih dipercayai sumber jualannya dan yang penting ada aircond. Tapi sebab sendat dengan orang, aircond tak rasa dah.





Kedai ni banyak jual batu permata yang orang buat cincin atau buah rantai tu kan. Cantik memang cantik. Tengok ibuk ibuk datang sini kemain ko belanja sakan. Tapi sebabkan aku ni memang tak minat bab bab gini dan memang tak reti pun nak membelek, pilih pilih, tanya asal usul batu tu. Tengok jelah dari jauh. Ada la aku beli 3-4 rantai yang biasa biasa tu buat souvenir, itupun suruh jurujual tu pilihkan. Ahaha... Mana tahan beb. Tengok orang berebut-rebut haa membeli.


Masuk kedai terus cop duduk tepi kipas. Pandaiii..
Ni pun ada. Motifnya macam di Sabah Sarawak kan? 

Dah habis buang masa di Kalimantan's tadi, kami makan siang di Restoran Sederhana Masakan Padang di Martapura. Sedap dan kena la dengan tekak Melayu kami ni. Tapi dari berbelas lauk yang ada, kami makan 3 mangkuk je. Ayam goreng, rendang daging, sayur lemak pucuk ubi kot. Penat je abang abang tu ngangkut lauk pauk banyak banyak kasi penuh satu meja.



Huh.. siap ada delivery macam pizza hut pulak

Abis makan, aku pujuk suami ke kedai favourite aku di Banjarmasin. ACE HARDWARE. Cerita pasal kedai ni dah cover kat entri INI. Dah puas pusing satu kedai, dapat sesenduk dua Brabantia dan seplastic dua cover for luggage, cot cet kat kaunter, bayar, kami menuju ke Duta Mall lagi. Esok pagi kami akan berangkat ke Jakarta. Malam rehat aja di hotel. Tunggu cerita Jakarta pulak k. Bye!

Setelah beberapa kali jadi pengunjung tetap, akhirnya aku tewas..
Mbak kasir tu berjaya menjadikan aku sebagai ahli tetap ACE. 

Baca juga pasal :
Outstation + Liburan : Jakarta Part 1
Outstation + Liburan : Jakarta Part 2




1 comment:

  1. Menyediakan Jasa Sewa Bus di Banjarmasin, info lengkap klik --> Sewa Bus Banjarmasin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...