October 11, 2015

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Ingat tak cerita pasal Hard Rock Cafe Jakarta dalam blog nih. Kalau tak ingat, cer KLIK SINI

Soooo.. masa pulang Malaysia bulan lepas, aku sempat lah singgah jap ke Hard Rock Cafe yang paling dekat dengan rumah, di Kuala Lumpur.  Yang jauh sikit dari rumah kat Melaka dengan Penang, lah. Pergi pun tak rancang sebab sebenarnya kebetulan lalu je kat tepi HRC Kuala Lumpur tu. Bila suami tanya, ‘nak gi tak lepak minum HRC?’ Aku pun tetiba teringat pasal voucher appetizer yang belum diredeem, terus angguk laju laju. 


Jerebu teruk nau nau masa ni di KL, haruslah pakai mask kan!

Normally bila masuk HRC, staff yang friendly di HRC tu akan bagi kami tempat duduk, bagi menu dan color pencil dengan menu kids yang ada coloring activity attach dengan kids menu. Tapi kali ni, ada extra sikit. Diorang dapat rokin' activity book sorang satu. Waaah, bagus eh..



Berpossing dulu, acara wajib sebelum food sampai atas meja

Sebenarnya dekat dalam tu, aku sibuklah tunjuk email untuk redeem voucher tu kan. Hmm kepohnye kemain. Sebab patutnya aku kena print siap siap voucher tu pastu bawak ke HRC. Sebabkan aku tak buat, so aku kena email dulu voucher tu ke Manager HRC, lama sikit main course meal dah sampai, baru boleh pilih menu apa yang nak diredeem. Aku pilih ler appetizer yang paling mahal. Heheheh.. Mestilah kan, kata FREE! Sebelum tu suami aku dah order air minum yang sedap dan sepinggan burger. Knowing HRC yang portionnya super besar, kami share share makan berempat. 

Tak sangka ramai rupanya dok makan di HRC Kuala Lumpur nih. Tengok dari luar macam takde orang. Tapi kat dalam penuh. Kami sampai petang dalam pukul 6, orang dah start dinner dan live band pun belum mula. Ok gaklah, takdelah kena terjerit jerit nak berborak, bersantai-santaian aja.

Strawberry Basil and Legendary Burger

Appetizer yang dinanti nantikan. NACHOS!
Hambek banyak menggunung.

Sebelum pulang, cam biasa aku sure kena menyinggah Hard Rock Shop. Kecik aja shopnya tapi barang yang dijual kedai ni macam lengkap. Semua ada. Dan of coz dilayan dengan staff yang super friendly, peramah gila. Sempat aku beli fridge magnet dan shot glass buat tambah koleksi HRC ku. Pastu dapat 10% off on dessert and coffee.

Dapat free button badge HRC dan lighter

Untuk korang yang nak datang lepak minum minum atau makan lunch di HRC Kuala Lumpur, sangat sangat recommended. Food sedap, tempat selesa. Dan jangan lupa, dapat bill nanti cepat cepat isi survey yang ada kat bill, then boleh dapat makan appetizer FREE lagi! Till now, BYE!!

**** Penat buat announcement kat Insta bulan lepas, takde orang layan weh. Actually during this visit, aku dapat 2 voucher free appetizer lagik. Date masih valid, sempat lagi nak redeem. So, lagi sekali dengan berbesar hati, sesapa nak free appetizer, meh bagi email address korang buhla kat bahagian comment. Nak email sebab senang nak forward benda alah tu. Korang kena print voucher tu dulu, baru boleh redeem. Pastu di HRC, nak membayor tu janganlah lupa bagi membership reward number aku tau. Hehehe.. Itu lah tujuan utama pun. Ok guys, siapa yang seriously nak makan free, cepat letak email address kat bawah! *****





6 comments:

  1. Saya nak sis. Valid sampai bila tu? Macam mana nak apply membership?

    Ni email saya
    edabelle6@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay. Tunggu email sampai yaa.
      Jadi member, apply at counter atau via website.

      Delete
  2. Sis...nak juga...from sabah nk g kl..lepak sana..tq2..hehe
    Email :yda5923@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear. Satu dah berjaya bagi pada reader Eda Belle. Satu lagi voucher tu terpaksa buang sebab dah expired bulan April lepas. Sorry. Maybe next time yaa...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...