October 4, 2015

[Review] Hotel Service Apartment Morrissey

Review time.

Jarang-jarang aku rajin me-review pasal hotel dalam blog nih. Ada satu lah entri pasal Hard Rock Hotel Penang tapi cerita pun setakat gitu-gitu je. Kali ni masa duduk di Jakarta bulan Ogos yang lepas (sila klik ENTRI SINI kalau nak baca) , rasa in love sangat sangat dengan hotel ni. Jom lah baca, nak share sikit pasal hotel nih.

Morrissey Service Apartment - I AM MORRISSEY!

Kami stay di sini 4 hari 3 malam. Lobby hotel sangat cool. Staff pun sangat friendly. Sempoi je dressing. Jeans, collar tshirt dan topi barret tapi nampak kemas. Sentiasa senyum dan very helpful. Di depan hotel ada sebijik Bajaj. Ada servis, boleh naik Bajaj tu untuk ke Sarinah Shopping Mall dalam 5 minit dah sampai. Sarinah Mall di Jalan Thamrin ni shopping kompleks pertama di Jakarta. Ada Mc Donalds, ada Starbucks, ada Chillis. Bolehla kalau nak jalan cuci mata.

Ok berbalik cerita review Morrissey ni. Counter check-in dan check-out nya kecik je. Berdepan dengan cafe tempat breakfast. Di sebelah kanan menuju ke open air dining area, dan sebelah kiri ada tangga untuk naik ke tingkat 2, meeting area. Kalau ada birthday event, boleh buat disana. Di bawah tangga tu ada sebijik motor besar BMW. Dan ada tempat main gitar dan drum box. Kalau ada masa free, staff Morrissey lepak situ sambil perform 2-3 lagu. Di sebelah paling kiri ada pintu masuk ke Restaurant Ocha & Bella. Nampak dari jauh macam best je..

Cafe tempat breakfast. 
Tuan Kecik dan Mem Kecik.
video


Dah setel check in kami menuju ke bilik, Studio Luxe Room. Besar dan luas. Mungkin sebab silingnya lebih tinggi jadi bilik nampak lebih luas. Kemasan dinding dengan stail nampak batu bata macam dinding tak siap gitu. Tapi nampak cool, lah. Lantai pakai lantai kayu je. Ada kitchenette. Ada mini fridge, stove top, microwave, kettle jar, toaster, set kuali periuk, set pinggan mangkuk, sudu garfu pisau semua lengkap. Macam dapur rumah aku dah haa.. Dalam almari ada iron and iron board. Jadi, tak perlu nak call hotel mintak hantar iron dah. Amenities kit pun unik, main letak dalam pouch bag je. Katilnya tak usah cakap lah. Memang lembut gila. Kalau dapat saiz besar sikit lagi, dapat markah 10/10. Mintak pulak extra bantal. Dah ada 6 bantal lembut atas katil. Bayangkan.. Memang tido tak bangun bangun ler jawabnyaa..




Anjing hitam ni memang ada dalam bilik. Kami letak dia jauh jauh sikit. Hee..
Tapi memang banyak anjing ni dalam bangunan ni. Wonder why. Tak sempat tanya staff.

Kitchenette area. 

Di Morrisey ni memang galakkan self-service agaknya. Dia tak galakkan kita order makanan dari dalam bilik. Lupa pulak ambik gambar menu makanan. Tapi dia dah siap siap letak dua harga dan kita boleh bandingkan harga food kalau order di cafe dengan harga food in room service. Contoh, teh ais laici order di cafe 25 ribu tapi in room harga jadi 75 ribu. Pastu siap bagitau kalau order in room dining, kena tunggu 30 minit. Kalau turun ke cafe guna lift, 10 minit. Kalau turun guna tangga, 5 minit. Haa.. pilihlah mana yang berbaloi. Gitu...

Melawat Laundrette Room. Pun sama konsepnya. Self service. Percuma saje. Pakai washing machine dengan dryer machine percuma. Siap sediakan sabun pencuci lagi. Tapi sorry ye, kena buat sendiri. Masukkan baju sendiri, dah kering nanti angkat sendiri. Hahaha.. Oklah, oklah. Esok pagi pagi, kat sini ler aku mendobi baju jawabnya.

Laundry room waktu malam. Kalau waktu siang, semua mesin tu penuh baju.

Swimming Pool. Di level 6 kalau tak silap. Simple but nice. Dengan pemandangan bangunan bangunan tinggi pencakar langit di ibukota Jakarta. Ada la 2-3 mat salleh tengah lepak sambil baring tepi pool buat macam rumah diorang. Punyalah syok sampai tido berdengkur lagi kau. Ahaha.. Aku duk sibuk nak berposing ambik gamba. Annya Nopal dah tak sabar nak berendam.

Memang dikosongkan kawasan lapang ni agaknya untuk kids lari lari.
Tuan punya blog nak enter frame.



It's breakfast time! Hoyeh!! Paling best aku rasa. Food semua sedap. Western sedap. Dia punya meat ball marvellous. Local food pun enak. Asian food pun sedap. Ada nasi lemak tau. Walaupun tak complete, takde ikan bilis dan kacang tapi good effort. Menu utama setiap hari bertukar. Dan paling best, ada home made waffle. Boleh makan dengan salad tuna atau choc with honey. Yums sangat! Bagi aku yang hantu dessert ni memang suka lah. Walaupun tak macam hotel 5 star yang lain, yang bila breakfast mesti ada mini kek yang berderet atas pinggan tu kan, tapi rasa cukup je makan semua orang. Dan walaupun kali ni aku tak dapat makan bread pudding hotel, tapi ok, sangat puas hati. Ahkak bagi 9/10.


Good one. Yakult for breakfast. 







Lobby Morrisey. My kid's favourite spot. Yelah, nak keluar hotel je sementara tunggu supir sampai, duk ketuk laa drum box tu. Dah sampai hotel pun malam ke petang ke pun singgah kat bawah tangga tu terus ketuk drum box. Nasib baik tak mintak bawak balik drum box tu. Jenuh kang..





Minum minum tengah malam di Ocha & Bella. Waktu malam sangat romantis di area open air restoran nih. Bulih candle light dinner gitu. Kami duduk lepak minum aja. Dengan makan lava cake yang tak cukup masak. Huhu.. Annya n Nopal duduk tengok wayang cerita Mr Bean. Enjoy!




Last day here. Breakfast with lovessss.



Itu sajalah review ringkas dari tuan belog mialanimasjuju.blogspot.com. Kesimpulannya, in love sangat dengan Morrissey nih. To readers sekalian, jangan serik datang singgah sini lagi ye. Kita sharing is caring saja kan.. Sampai jumpa semua! Dada!!!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...