January 11, 2011

KLCC dan SJMC

jumaat yang lepas, aku half day sebab nak kena gi SDMC (dulunya adalah SJMC. sangat terbiasa panggil SJMC okay). my beloved gynae : Dr Delaila arahkan aku ambik ubat atas sebab sebab masalah wanita aku..

tapi sebab aku rajin, sebelum ke SJMC, aku telah pun menyimpang kejap ke KLCC. ngeh ngeh~ ala, dari ofis ikut lorong SMART, dah sampai KLCC dah. tak sampai 12 minit pun. dahlah time solat jumaat. memang canteklah jalan time tu.. boleh buat selalu macam gini. ngeh lagi..

sebab aku dah tahu ke arah kedai mana aku nak tuju dalam KLCC tu, aku terus lah ke butik Arzu. oopss~ tipu sunat. ada singgah jap. 4 minit di Mothercare untuk cuci mata dress damia. agak lama jugek kat Arzu sebab tudung yang aku nak tu, kaler dah out of stock. SA yang pandai menghabihkan duit aku tu tunjuk lah satu scarf. cantek... so aku rembat satu. satu je sebab mahal hokkay! dan beberapa anak tudung Arzu gak. yum yum yum~

hasil tangkapan.. puas hati den!

lepas tu terus terkejar ke parking kereta sebab takut terlambat sampai ke SJMC. kalau tak burn pulak GL untuk hari tu. langkah kaki punyalah laju tapi mata tetap liar jeling kiri kanan tengok kedai yang agak2 best. dan yess! aku nampak satu kedai cupcake. kasi tawaf kedai tu satu kali. dan itu dia.. RED VELVET CAKE! sangat menggiurkanlah. aku tapau se-slice. cukuplah untuk lunch aku hari itu. ngap!

bukan hari sabtu. so masih guna plastik

amik bau dulu..

yaa itu dia.. lunch di hari jumaat

sebab KL nih banyak traffic light.. so aku sempat makan sambil menunggu.. heh~

oraits. sampai di SJMC lagi 15 minit pukul 3. kira oraitlah. ingat senang ke orang orang macam aku nih nak ber-shopping dalam masa masa singkat.. heh~ kat SJMC sekejap sahaja sebab my gynae tak ada. jumpa dengan nurse je sebab dia dah serah awal awal prescription form tuh. next visit baru gynae bagi detail.



nasib baik tak ramai orang petang petang nih. kalau tak, berasap menunggu.

oh oh. aku ada hutang cerita pasal trip ke johor dan wedding adek aku kan. baik. baik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...