August 18, 2010

doa di Solusi

terbaca satu petikan di sebuah majalah. majalah Solusi. tentang doa. sangat menarik dan menginsafkan aku sekejap. ye betul. terasa diri sangat kecil dan sangat hina bila aku berdoa. apa yang aku doa? tak perlulah di kongsi kan. tapi aku percaya, Allah uji kita dengan satu masalah supaya kita tidak lupa dan sentiasa bergantung padaNya. dan Allah itu Maha Mengetahui. mungkin doa kita cepat dikabulkan atau lambat semuanya bersebab dan mesti terima yang itulah yang terbaik untuk kita.

dalam petikan majalah ni, ada yang buat aku tersedar. antaranya :

1- Allah menyuruh hambaNya berdoa padaNya
bayangkan Allah yang suruh kita meminta minta padaNya. buatlah sahaja. kalau nak feel, dengan khusyuk lagi tawadduk, time malam malam tu, baru syahdu. tapi jangan pulak kita doakan yang buruk untuk orang lain. itu memanglah tak elok. yang penting hati kita tenang. bagi aku, kalau mengadu nasib kat orang pun, kita akan rasa tenang. ni apatah lagi denganNya. takda sapa dengar. takda malu apa pun kalau hingus meleleh leleh nangis mintak ampun.. huhu~

2- berdoa lambang kehambaan pada Yang Maha Esa
betul. masa berdoa nih lah aku rasa aku nih makhluk yang hina dina, lemah, jahil. rase kecik teramat sangat dengan Allah. juga salah satu cara kita mengakui kewujudan Allah. dan berdoa ni boleh hilangkan rasa sombong kita kepadaNya. Nabi nabi lain pun berdoa, mintak sesuatu dengan Allah. apatah lagi kita manusia biasa ni kan.

3- wajib memuliakan Allah setiap masa
ketika berdoa praktikkan selalu memuji padaNya. Allah suka dipuji. kalau taktau dalam bahasa arab ya habibi, ya maulana, dalam bahasa kita pun boleh. pastu ditambah selawat untuk Nabi Muhammad saw. dalam majalah tu suggest ucap 'Ya Rab' sebanyak tiga kali setiap kali berdoa. cubalah..

4- firman Allah;
"berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku (Allah) akan perkenankan" (surah Al Ghafir 60)

Dan, ada satu lagi info untuk aku berkongsi bersama iaitu doa doa yang tidak terhijab lagi mustajab:

1- doa ibu kepada anak anak
2- doa anak soleh yang mentaati ibu bapa
3- doa orang teraniaya
4- doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat
5- doa orang musafir
6- doa orang yang berpuasa ~~mari doa cepat sempena ramadhan nih!


majalah ini dibeli oleh encik suami setelah di-suggestkan oleh ustaz IKIM yang best dan juga bekas pensyarah UIAM iaitu Ustaz Hj Zahazan Mohamed di suatu kuliah Subuh di surau teluk gadung.

review ku : menarik - seronok baca sebab gaya santai - insaf - banyak info.

silalah dapatkan di pasaran. kat kedai majalah yang kecik macam kat tepi tepi bus stop tu pun ada. yang besar besar macam Konikuniya, Popular ka tak tahulah pulak. rupanya dah isu ke 22 baru ku tahu ada majalah ni. ingatkan majalah Al-Islam sahaja. heh~

aku baru tahu kewujudan majalah solusi ini. teruk kan?

aku bukanlah alim sangat. cumanya, ingin berkongsi bersama dan ingat mengingati sahaja. happy reading~

3 comments:

  1. ada kat rumah mak aku, tp aku tak baca lagi,.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Mas baru tau..kira ok lagi. Reen ni ha, baca blog Mas ni baru ler tau ha. Bagus jugak kan..nati nak carik lah :))

    ReplyDelete
  3. kiena: baca jangan tak baca. =)
    reen: carik jangan tak carik. pastu blh share info sama sama.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...