August 9, 2010

rentetan damia berkhatan

baiklah. macam entri lepas, dah janji nak update pasal damia berkhatan kan. adik adik.. perkataan berkhatan ialah bersamaan dengan bahasa orang kampong iaitu bersunat. bahasa iklan ialah 'potong'. heh~ same lah tu... dulu-dulu macam mama aku cerita, yang menyunatkan budak perempuan nih mak bidan je. aku pun dulu mama suruh mak bidan yang sunat kan. ingat lagi, kalau balik dari sekolah agama nampak mak bidan tepi jalan sambil kunyah sireh, memang kayuh basikal laju laju punye. apesal tah. kecut je semua orang. aku pun pelik. mak bidan tu bukannya nak sunat 2 kali pun kan..

jadinya, damia aku decide nak sunatkan masa umur 6 bulan. mama cerita aku kena sunat mase umur setahun. oklah tu. anak lagi mesti kena advance dari mak kan. barulah anak solehah. hihihi..

so... hari sabtu lepas aku bawak damia ke klinik harian biase di rawang coz last weekend aku ade tercongok kat rawang lagi. aku decide bawak ke klinik islam dan ada doktor perempuan. aku nih punyalah bayangkan damia akan menjerit sekuat hati kan. aku pun standby lah segala macam stuff dia untuk tujuan melalaikan dia nanti. macam puting dia, lily dia. tapi tidak.... tidak sama sekali. damia merengek perlahan je. pastu dengan selamba dia terus nak berdiri. heh. tak sakit eh damia. cayalah~


terus carik lily. damia nak ngadu ke? alalala..

then tibe tibe. after doktor dah selesai tugas dia, doktor tu bagi satu soalan.
" kenapa puan hantar anak puan berkhatan ye?"

mama pandang aku. aku pandang mama. doktor nih biar benar. katanya perlukah seseorang bayi perempuan tu disunatkan. haish.. dah dipanggil pun sunat. so sunat lah. buat dapat pahala. tak buat tak berdosa. tanya punya tanya. rupanya doktor nih tengah buat research. sebab, di luar negara katanya, diorang bukan buang sedikit malahan buang semua dan dianggap sebagai penganiayaan terhadap perempuan. hmm... dan, di Malaysia nih orang kita selalunya menganggap bersunat itu hanyalah sebagai amalan dan tradisi yang mesti kena buat.

aku pun dengan rajinnya lepas balik dari klinik tu, nak gak dengar pandangan orang lain kan. so, aku dapat sesuatu info dari petikan ini. dan, terbaca jugak di salah satu blog yang mengatakan :

Dr. Yusuf Qardawi dalam Fatwa-Fatwa Mutakhir juga berpendapat, semuanya bergantung kepada ibu bapa kepada kanak-kanak itu. Jika mereka hendak mengkhatankan anak mereka, ia diharuskan, dan sebaliknya jika mereka enggan melakukannya, ia tidaklah menjadi suatu kesalahan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang cenderung untuk mengkhatan anak-anak perempuan mereka, beliau menasihatkan agar dikhatankan sedikit sahaja daripada kulit, berdasarkan sebuah hadis Nabi s.a.w.:
"Potonglah sedikit sahaja dan jangan sampai ke akarnya kerana ia mengelokkan wajah dan menyenangkan hati suami." (Hadis Daif)

bagi aku, bersunat ini salah satu cara untuk menjaga kebersihan dalaman dan luaran. samalah seperti sebab kenapa orang lelaki bersunat. yang penting damia sudah. anda?? heh~~


6 comments:

  1. ziyaad ilhaam blom lg! biar besar sket nk tgk macho tak? hahahaha

    ReplyDelete
  2. yelah. baby boy misti kena tggu besar sikit. jgn ko yg nervous lak kiena. heh~

    ReplyDelete
  3. Pn bersunat damia kt klinik mane ye? Sbb sy nk sunatkn anak perempuan sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Klinik Nur Aqilah di Rawang. Satu deret kedai, di belakang deretan Pustaka Rawang

      Delete
  4. Die bukak mlm x klinik aqilah tu? Smpai kul berapa eh? N berapa bayarannye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di tahun 2015 ni, kurang pasti ye bayarannya berapa. Mungkin mish ieka boleh terus ke klinik tersebut hujung minggu ni. 😉

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...